Monday, July 25, 2022

Tafsir Surah 'Abasa Ayat 80:17 hingga 26

-us Mohd Zawawi kuliah Maghrib Khamis 21-Jul-2022

Bhgn ke2 tafsir Surah 'Abasa Ayat 80:17 hingga 26

{ قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ }

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

- perkataan asal "khotala" ialah bunuh, "khutila" ialah dibunuh. Bahasa org arab kata "mampuslah", dimelayukan maksunya kpd "celakalah". Sudah tentulah Allah yg mencelakakan pelaku dlm ayat ini.
- "ak far" dimaksudkan yg terlebih kufurnya org (pelaku) itu. Kufur itu sama ada org itu beriman ataupun tidak beriman. Sudah pasti lebih teruk bagi pelaku yg kufur iman (ie tak mahu beriman ataupun bersyukur kpd apa yg dikurniakan Allah) .

Ayat 80:18 (klik sini)
{ مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ }

(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

- ayat ini menyebabkan otak mula berfikir.

Ayat 80:19 (klik sini)
{ مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ }

Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

- soalan yg Allah tanyakan dlm ayat ke-19 (yg menyebabkan otak mula berfikir), dijawabkan oleh Allah dlm ayat ke20.
- "min" bermaksud sebahagian ie sebhgn daripada air mani (kerana dlm air mani ada beribu sperma, bukanlah ada satu sperma).
- dihujung ayat ini Allah muliakan manusia

Ayat 80:20 (klik sini)
{ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ }

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

- Allah beri kemudahan kpd manusia. Kemudahan dlm kehidupan.

Ayat 80:21 (klik sini)
{ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ }

Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

- "kemudian" dlm ayat ini menunjukkan tempoh masa yg panjang. Perubahan masa dari peringkat bayi, kanak², dewasa, hingga usia tua.
- di hujung ayat ini "fa" memberi maksud "segera" kebumikan org yg sudah meninggal (ie jenazah).

Ayat 80:22 (klik sini)
{ ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ }

Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

Ayat 80:23 (klik sini)
{ كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ }

Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

- "lam ma" bawa maksud "belum lagi". Konteks ayat ini, org yg ingkar ini sebenarnya belum buat apa² lagi perintah Allah.

Ayat 80:24 (klik sini)
{ فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ }

(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

- makanan di sini bermaksud supaya dikaji makanan yg dimakan. Rumput yg sama jenis dimanakn oleh lembu dan kambing tidak menjadikan bau daging lembu dan kambing itu sama. Maha Suci Allah yg menciptakan makanan yg kita makan itu pelbagai rupa, bau, dan rasa.

Ayat 80:25 (klik sini)
{ أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَآءَ صَبّٗا }

Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

- "Kami" menunjukkan kebesaran Allah.

Ayat 80:26 (klik sini)
{ ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقّٗا }

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

- "sum ma" menunjukkan suatu jangka masa (agak panjang), bukan serta-merta.
- Allah yg pecahkan tanah utk membolehkan pucuk (dari benih) yg lembut itu keluar utk mendapatkan cahaya dan oksigen, seterusnya membesar sebagai pokok tanaman/buah-buahan. 


Sambungan akan datang Ayat 27 - 32

Ayat 80:27 (klik sini)
{ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا حَبّٗا }

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,


Ayat 80:28 (klik sini)
{ وَعِنَبٗا وَقَضۡبٗا }

Dan buah anggur serta sayur-sayuran,


Ayat 80:29 (klik sini)
{ وَزَيۡتُونٗا وَنَخۡلٗا }

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,


- buah zaitun byk di kawasan Syam dan Palastine


Ayat 80:30 (klik sini)
{ وَحَدَآئِقَ غُلۡبٗا }

Dan taman-taman yang menghijau subur,


Ayat 80:31 (klik sini)
{ وَفَٰكِهَةٗ وَأَبّٗا }


Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -


Ayat 80:32 (klik sini)

{ مَّتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ }


Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

No comments: