Sunday, July 3, 2022

Zaid bin Harithah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 2-Jul-2022

Sahabat Rasulullah, Zaid bin Harithah

-20 thn beza umur Zaid dgn baginda Rasulullah saw.
- Dia dari Bani Qalbe' (sebutan: "kalbek")
- kabilah² arab semasa zamn jahiliah apbl kalah dlm peperangan mereka akan dijadikan hamba. Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw membebaskan perhambaan.

- Kampung Zaid telah diserang dan kalah dlm peperangan, ketika itu Zaid sekitar 5-6 tahun. Dia di tangkap dan dijadikan hamba. Bapanya ketika tiada di kampung (mungkin kerana keluar berniaga pd ketika serangan terhadap kampung ya). Zaid telah dibawa ke pasar di Mekah, di sana ada pasar hamba. Zaid telah dibeli oleh seorang saudagar ie Hakim bin Hizam dan dia menghadiahkan kpd ibu saudaranya ie Khadijah binti Khuwailid. Apbl Khadijah bernikah dgn baginda Rasulullah saw, Khadijah hadiahkan Zaid kpd baginda.

- Zaid hidup dgn keluarga baginda Rasulullah dlm beberapa tahun. Hingga pd sauatu tahun haji, (org² arab dtg ke Mekah melakukan haji termasuk Bani Qalbe'. Mereka nampak  (dan kenal) Zaid dan apbl pulang ke kampung, mereka memberitahu kpd bapa Zaid, mengkhabar bhw Zaid dilihat di Mekah dan dimiliki oleh seorg yg terkenal di sana (ie Muhammad bin Abdullah). Bapa Zaid dtg bersama dgn abangnya (ie bapa saudara kpd Zaid) ke Mekah dgn membawa harta utk menebus anaknya ie Zaid. Apbl bertemu baginda Rasulullah saw, Harithah menyampaikan hajat utk menebus anaknya. Baginda cadangkan supaya ditanya sendiri kpd Zaid sama ada Zaid hendak pulang bersama bapanya, atau terus tinggal bersama baginda Rasulullah. Bapa Zaid setuju dgn cadangan itu.

- Apbl ditanya kpd Zaid sama ada dia kenal org yg datang itu, maka Zaid mengatakan dia kenal. Zaid membuat keputusan utk terus tinggal bersama Rasulullah saw. Ketika itu umurnya sekitar 8 tahun, dia memberi tahu ingin terus tinggal bersama Rasulullah saw, kerana tertarik dgn kebaikan Rasulullah. Harithah sangat marah dan menempelak Zaid, mengatakan Zaid memilih perhambaan dan tidak mahu pulang kpd keluarga sendiri. Kata Zaid, dia melihat suatu keistimewaan pd org yg memeliharanya. Mendengarkan itu baginda Rasulullah amat suka, seketika kemudian dia segera menarik Zaid kpdnya, kemudian membawa Zaid ke Kaabah dan memberitahu kpd org² di sekitar Kaabah bhw baginda membebaskan Zaid dan menjadikan Zaid sebagai anak baginda, menjadikan namanya Zaid bin Muhammad bin Abdullah.

- Apbl Harithah mendengar pengumumuan itu tenanglah Harithah bhw Zaid kini berada dgn org yg baik, terkenal sebagai seorg yg mulia di Mekah.

- Rasulullah saw juga membela Ali selain Zaid 
  • Kisahnya: bapa saudara baginda Rasulullah ie Abu Talib ada ramai anak, Rasulullah bertemu bapa saudaranya ie Abbas utk mengambil anak Abu Talib sebagai anak utk mengurangkan beban keluarga Abu Talib. Baginda mengambil dan memelihara Ali bin Abu Talib sementara Abbas mengambil dan memelihara Jaafar bin Abu Talib.
- di awal dakwah Rasulullah saw, org yg paling awal memeluk Islam adalah ahli rumah baginda sendiri ie Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, dan Zaid bin Harithah.

- Arahan supaya anak angkat tidak dibinkan kepada bapa angkat
- Ayat ke-4 Surah Al-Ahzab membatalkan anak angkat dan dibinkan kpd bapa angkat. Selepas turunnya ayat ini, maka nama Zaid dinamakan dari Zaid bin Muhammad kepada Zaid bin Harithah.

Surah Al-Ahzab Ayat 33:4 (klik sini utk paparan ayat)

{ مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٖ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِي جَوۡفِهِۦۚ وَمَا جَعَلَ أَزۡوَٰجَكُمُ ٱلَّٰٓـِٔي تُظَٰهِرُونَ مِنۡهُنَّ أُمَّهَٰتِكُمۡۚ وَمَا جَعَلَ أَدۡعِيَآءَكُمۡ أَبۡنَآءَكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ قَوۡلُكُم بِأَفۡوَٰهِكُمۡۖ وَٱللَّهُ يَقُولُ ٱلۡحَقَّ وَهُوَ يَهۡدِي ٱلسَّبِيلَ }

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

- Perangan Mu'tah
Sariah ie kumpulan kecil yg dilantik utk berdakwah di sesuatu tempat/kampung. 
  • Sariah ini kadang-kala berperang dgn kumpulan penentang dakwah (dlm pasukan kecil). Zaid sering menyertai sariah²,  dan terlibat dlm peperangan kecil. Ini menjadikan dia hebat dlm petempuran.
  • Pd tahun ke 8 hijrah (Peperangan Mu'tah) ie tentera Islam bertembung dgn tentera Rome. Org Islam 3 ribu org bertembung dgn 200 ribu. Rasulullah saw menyusun barisan pemimpin dgn Zaid berada di barisan paling hadapan, memimpin tentera Islam, dibelakangnya Jaafar bin Abu Talib dan di belakangnya Abdullah bin Rawahah, Jika Abdullah juga gugur baginda arahkan supaya di pilih mana² pemimpin yg disukai. 
  • Dlm peperangan Mu'tah Zaid gugur syahid.

- Perkahwinan dengan Zainab binti Jahsy
- Zainab binti Jahsy berasal dari Bani Quraisy.  Bani Quraisy adalah kabilah/suku arab yang disanjungi. Zainab adalah sepupu kpd baginda Rasulullah. Baginda Rasulullah merisik dan menguruskan perkahwinan Zaid dgn Zainab. Pada peringkat awal Zainab menolak cadangan Rasulullah utk pernikahan Zainab dgn Zaid. Hinggalah turun ayat Al-Quran, dan Zainab beriman dgn ayat itu dan menyatakan persetujuannya.

Surah Al-Ahzab Ayat 33:36 (klik sini)

{ وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا }

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

-Perkahwinan Zaid tidak panjang, Zaid sering mengadu kdp Rasulullah terhadap keluarganya. Nasihat baginda agar bersabar dgn isterinya dan tidak menceraikan Zainab. Sehingga turun ayat Al-Quran Surah Al-Ahzab Ayat 33:37.

- Baginda Rasulullah keberatan memberitahu kpd Zaid kerana baginda sendiri yg meminang dan menikahkan Zaid dgn Zainab. Juga Zaid itu adalah anak angkat baginda. Allah menegur sikap Rasulullah seperti dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:37 (klik sini)

{ وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا }

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

-Ayat ini diturunkan dan menghapuskan amalan org arab yg melarang berkahwin dgn bekas isteri anak angkat. Zaid menjadi org yg meminang Zainab utk pernikahan baginda Rasulullah dgn Zainab.

-Perkahwinan dengan Barakah
- Selepas bercerai dgn Zainab, Zaid selepas dari itu berkahwin dgn Barakah. Mereka dikurniakan seorg anak lelaki dinamakan Usamah bin Zaid.

  • Saidina Umar ketika membahagikan baitulmal, termasuk bhgn utk anaknya (ie Abdullah bin Umar) dan Usamah bin Zaid. Melihatkan Usamah mendapat bhgn yg lebih dari yang diberikan kpd Abdullah, Abdullah bertanya kpd bapanya mengapa Usamah mendapat bhgn lebih banyak daripada yg diberikan kepadanya? Saidina Umar menjawab, adalah kerana Usamah adalah anak kpd Zaid, seorg yg amat disayangi oleh Rasullah. Begitu juga Usamah amat disayangi oleh baginda Rasulullah.


Kata Aisyah ra:
  1. Baginda Rasulullah sayangkan Zaid hingga dikatakan boleh dijadikan pemimpin dgn sifat kepimpinan yg dimiliki Zaid.
  2. Apbl saidina Umar mengagih-agihkan baitulmal, saidina Umar memberikan bhgn yg lebih banyak kpd Usamah bin Zaid, melebihi bhgn kpd anaknya sendiri ie Abdullah bin Umar. Abdullah bertanya kpd bapanya kenapa Usamah mendapat bhgn yg lebih? Jawab saidina Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah lebih sayang kpd Usamah berbanding kamu, baginda Rasulullah juga lebih sayang kpd Zaid.


No comments: