Monday, December 12, 2022

Jangan Mengungkit-ungkit dan Menyakiti Hati Orang yg Diberikan Bantuan

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 10-Dis-2022

Panggilan Ar-Rahman oleh Allah swt kepada org² yg beriman: Panggilan kali ke-8

- Kita perlukan kerehatan rohani. Apbl Rasulullah saw berasa penat, baginda minta saidina Bilal utk berikan kerehatan ie solat.

Dari Surah Al-Baqarah atau 2:264 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

- Allah panggil hambaNya yg beriman supaya perhatikan ayat yg diturunkan ini, ie dlm ayat ini Allah membatalkan amalan kita yg dilakukan secara menunjuk², dan menyakiti hati org yg diberikan bantuan kepadanya.

- Allah berikan kpd sesorg itu harta, kuasa, ilmu, kemahiran sebagai suatu amanah, yg mana ianya perlu diinfaqkan sebahagiannya kpd org lain. Namun dlm lakukan kebaikan kpd org lain (dari apa yg Allah berikan kelebihan itu) Allah larang kita supaya tidak mengungkit², atau menyakiti hati org yg dulunya terima kebaikan yg diberikan.

Surah Al-Insan ayat 76:22 (klik sini)
{ إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمۡ جَزَآءٗ وَكَانَ سَعۡيُكُم مَّشۡكُورًا }
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

- 3 golongan yg Allah tidak bercakap dengan mereka, ie Allah tidak pedulikan, tidak tengok, dan tidak lihat pun mereka:
  1. Org Musbil ie org yg jika memakai jubah, jubahnya melebihi buku lali
    Org² Arab yg melabuhkan jubahnya merasa bangga, rasa gah, maka inilah yg Allah larang, benci kerana perbuatan itu datang dgn sifat sombong.
  2. Org yg selalu mengungkit, supaya kebaikan yg diberikan itu diharapkan supaya org memujinya,
  3. Org yg menjual barangan secara menipu.

Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Ada tiga golongan, di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat. Mereka itu ialah:
(1) Orang yang suka memberi, tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu.
(2) Orang yang menawar-nawarkan dagangannya dengan sumpah palsu.
(3) Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya.
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0083]

  • Catatan kuliah: Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan) yang dilakukan (klik sini)

Nota tambahan:
Hadis #1:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan Tuhan pada hari kiamat, dan mereka itu akan memperoleh seksa yang berat.
    • Pertama, orang yang mempunyai kelebihan air tetapi tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan dalam perjalanan.
    • Kedua, orang yang berjanji setia kepada Imam (Penguasa) tetapi hal itu dilakukannya hanya kerana kepentingan dunia. Kalau Imam memberikan keuntungan dunia kepadanya ia gembira. Tetapi kalau tidak, ia jadi marah.
    • Ketiga, orang yang berjualan setelah Asar, seraya berkata: Demi Allah, tiada Tuhan selainNya. Barang-barang saya ini telah ditawar orang sekian. Lalu kata-katanya itu dipercaya orang lain."
Lalu beliau membaca ayat yang bererti: "Orang-orang menjual janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang murah di akhirat mereka tidak akan mendapat apa-apa. Tuhan tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat nanti. dan tidak akan menyucikan mereka dari dosa mereka. Mereka akan memperoleh seksa yang pedih." (Ali Imran. 77)
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1143]

Hadis #2:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tiga golongan tidak bercakap-cakap Allah dengan mereka dan tidak akan menyucikan mereka di hari kiamat dan mereka memperoleh seksaan yang pedih:
  • 1. Orang yang mempunyai kelebihan air dalam perjalanan, tetapi dia tidak mahu memberikannya kepada musafir (yang memerlukan).
  • 2. Orang yang setia kepada Imam (Kepala Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi, dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak diberi, janji itu tidak dipenuhinya.
  • 3. Orang yang jual beli suatu barang sesudah Asar, lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, bahawa telah dibayarnya sekian, lalu dibenarkan oleh orang menjual. Maka diberikannya barang itu, pada hal yang sebenarnya belum dibayar."
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1927]

No comments: