Monday, December 12, 2022

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

- Dr Mohamad Adib bin Samsudin kuliah Maghrib Isnin 12-Dis-2022

Niat yang baik tidak membolehkan perkara yang haram

- Sesuatu kebaikan yg diiktiraf oleh ugama tidak membenarkan pelaksanaan suatu yg haram. Niat yg baik itu dihargai oleh Islam.
- Setiap perbuatan itu dinilai dari niatnya.

Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861]

- Setiap perbuatan yg baik akan di balas dgn pahala.

Dari Abu Dzar r.a., katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. pernah berkata kepada beliau, "Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Nabi saw., "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma'ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kebajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Tanya mereka, "(Kalau begitu), dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat (sex) kami?" Jawab Rasulullah saw., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0959]

- Islam tidak sama sekali terima, matlamat membenarkan cara.
  • Niat yg baik utk membantu org lain dgn cara merompak adalah haram. Cerita Robin Hood adalah suatu contoh usaha yg nampak baik tetapi perbuatan merompak adalah suatu yg haram. 
- Sesiapa yg menghimpunkan harta dari sumber yg haram bagi tujuan yg baik, haram hukumnya.

No comments: