Thursday, December 15, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:1 hingga 3

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 14-Dis-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:1 hingga 3

{ الٓمٓ }

 Alif, Laam, Miim.

- Surah Al-Baqarah dimulakan dgn "huruf al-muqattah". Hanya Allah shj yg mengetahui maksudnya.

Ayat 2:2 (klik sini)
{ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ }

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

- "za li ka" menunjukkan sesuatu yg dirujuk itu berada jauh dari org yg bercakap.
- ٱلۡكِتَٰبُ - menunjukkan suatu yg telah berada pada manusia -
- "hu da" bermaksud petunjuk.
- Petunjuk itu digunakan sebagai hidayah (ie Al-Quran) yg diberikan, yakin tanpa ragu² dgn itu akan menjadikan seseorg itu mendapat pedoman, jalan penyelesaian terhadap masalah yg kita hadapi.
- Yakin bhw: 
  • (i) itulah cara bacaan yg diajarkan oleh Rasulullah, yg diajarkan oleh Allah melalui malaikat Jibrail kpd baginda Rasulullah 
  • (ii) bhw maksud ayat² diturunkan itu datang dari Allah 
  • (iii) bhw terdapat petunjuk dlm ayat Al-Quran itu.

Ayat 2:3 (klik sini)

{ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

- 3 sifat org² yg bertakwa ie:
1. beriman ie percaya dgn yakin tentang perkara² ghaib ie perkara yg disampaikan oleh Rasulullah saw. Perkara ghaib itu yg datangnya dari Allah dan RasulNya.

2. org yg "mendirikan" solat.
- mendirikan solat bermaksud solat itu ditegakkan dlm amalan solat dan dalam kehidupannya. Solat memberikan kesan dlm diri seseorg dan dlm kehidupannya.
- menunaikan solat bermaksud setelah solat amalan² solat di bawa dlm kehidupannya.

3. Org yg memberikan apa² shj yg direzekikan oleh Allah kpdnya.
- dlm ayat ini Allah tidak nyatakan apa yg boleh diberikan kpd org lain, bermaksud tidak ditetapkan bentuk pemberian. Ilmu adalah satu bentuk pemberian dari Allah yg boleh diberikan kpd org lain, selain dari benda fizikal spt wang ringgit.

No comments: