Saturday, January 7, 2023

Umair bin Wahab

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Jan-2023

Sahabat Rasulullah: Umair bin Wahab

- Namanya Umair bin Wahab Al-Jumahi, dari Bani Jumah.
- Gelarannya "Abu Wahab" dari keturunan quraisy, kerana anaknya bernama Wahab. Dia salah seorg pemimpin Quraisy, yg sgt menentang org Islam hingga digelarkan juga sebagai "syaitan quraisy".

Perang Badar
- Dlm Perang Badar, dia mendpt tugasan besar ie mengetuai pasukan pemantau utk menyiasat kekuatan/ketumbukan tentera Islam yg dtg utk berperang. 
  • Dia memberitahu bhw terdapat 300 atau lebih sedikit atau kurang sedikit. Betul lah tu, tentera Islam seramai 313 org, menunjukkan kepakaran dan kemahirannya menjangkakan kekuatan pihak lawan.  
  • Rasulullah saw juga mempunyai kepakaran risikan tentang kekuatan tentera Quraisy.  Melalui 2 org hamba pemberi makan (pembantu dapur) org² quraisy yg ditangkap. Apbl ditanya oleh para sahabat jumlah tentera mereka tidak dpt memberitahu bilangan tentera. Rasulullah bertanya tentang penyediaan makanan, mereka memberitahu 9 atau 10 ekor unta disembelih setiap hari. Dgn bilangan sembelihan itu Rasulullah menganggarkan sekitar 1,000 org tentera quraisy.

- Umair mengatakan, aku melihat dgn mereka itu semangat dan dibelakang mereka nampak bayang-bayang kematian. Tiada apa yg melindungi mereka selain dari pedang² mereka, tetapi demi Allah aku melihat mereka tidak akan mati terbunuh kecuali setiap seorg dari mereka membunuh setiap seorg daripada kita. Apa lagi kebaikan yg ada sekiranya sepertiga drpd tentera kita ini terbunuh dlm peperangan begini, maka aku mencadangkan utk kita berundur (balik) ke Mekah (tidak meneruskan peperangan pd hari itu). 

- Oleh kerana Abu Jahal bersama pasukan tentera, dia memerintahkan serangan terhadap tentera Islam, mereka meneruskan juga perang (ie Perang Badar).
  • Dlm Perang Badar, 70 org quraisy mati dan 70 org lagi ditawan. Ramai pemimpin² quraisy yg tewas, termasuk Abu Jahal, dan Umayyah bin Khalaf.
  • Catatan kuliah berkenaan Perang Badar (klik sini)

- Umair bin Wahab tidak mati dlm Perang Badar, dia berjaya meloloskan diri pulang bersama tentera quraisy yg lain. Namun anaknya ie Wahab bin Umair ditawan. Org² quraisy bersedih, dan rasa tertekan kerana dikalahkan oleh bilangan tentera Islam yg kecil. Wanita² yg kematian suami menangis dan begitu juga penyair² membacakan sajak² sedih. 

- Suatu ketika waktu dhuha, Umair pergi ke tepi Kaabah, duduk di Hajr Ismail, Safwan bin Umayyah sahabat dan sepupunya juga ada di situ. 
  • Mereka bercerita tentang kesedihan dan malapetaka yg menimpa mereka. Bapa Safwan ie Umayyah mati dlm peperangan itu sementara Umair pula anaknya ditawan. 
  • Kata Safwan, tiada kebaikan utk hidup selepas mereka mati (merujuk kpd bapanya yg mati). 
  • Kata Umair, wahai Safwan, kalaulah aku tiada hutang, dan kalaulah aku tidak takutkan keadaan keluargaku, pasti aku akan ke Yathrib mencari Muhammad dan bunuhnya. 
  • Mendengarkan kata² itu, Safwan berkata, hutangmu aku tanggung, dan keluargamu akan menjadi seperti keluargaku. Jika berlaku sesuatu kpdmu, akan ku jaga mereka spt aku menjaga keluargaku sendiri. Umair seronok mendengar jaminan Safwan itu, dia mengarahkan Safwan menyimpan rahsia antara mereka berdua shj.

- Umair pulang ke rmh , mengasah pedangnya, dan meletakkan racun pd pedangnya. Keluarganya juga tidak menyedari hajatnya.  Org tidak mengesyaki dia kerana ramai org quraisy lain yg pergi ke Yathrib bagi tujuan menebus ahli keluarga mereka yg ditawan.

- Setibanya di Yatrib, dia menuruni tunggangannya, menyiapkan pedangnya dan menuju ke masjid Nabi. Umar Al-Khattab ra berada di tepi masjid ketika itu bersama rakan²nya, kata Umar, itu anjing quraisy, musuh Allah. Demi Allah dia tidak dtg melainkan ada perkara buruk yg dibawanya. Sahabat² lain masuk ke dlm masjid dan melindungi Rasulullah saw.

- Umar mencekak leher Umair dan dibawanya kpd Rasulullah saw. Rasulullah mengarahkan supaya Umar melepaskan Umair dan meminta Umair duduk rapat kpd baginda. Umair berkata, selamat pagi kpd Rasulullah. Kata Rasulullah, wahai Umair Allah telah memuliakan kami, dgn ucapan ahli syurga ie assalamualaikum. Kata Umair, betulkah begitu aku tidak tahu tentang ucapan itu.

- Umair berkata tujuannya utk merundingkan hal anaknya yg ditawan. Rasulullah bertanya kenapa bawa pedang?. 
  • Kata Umair pedang itu tidak ada apa², kerana telah tewas dlm perang (Badar), cuba menyakinkan Rasulullah bhw dia tiada apa² niat lain dgn pedang yg dibawanya itu. Rasulullah desak Umair supaya memberitahu hajat sebenar Umair dtg ke Yathrib, hinggalah Rasulullah memberitahunya bhw Umair dan sepupunya ie Safwan duduk di Hijr Ismail berbincang-bincang dan engkau berkata jika tiada hutang dan tiada keluarga maka dia akan mencari Muhammad di Yathrib dan membunuhnya. 
  • Kata Rasulullah, Demi Allah, Allah melindungi dari perkara itu berlaku. 
  • Mendengarkan itu terperanjat Umair kerana perkara itu hanya dia dan Safwan bin Umayyah shj yg tahu. Sebelum ini kami dustakan apa yg engkau katakan (sampaikan wahyu) yg turun dari langit (dari Allah), pada hari Ini aku yakin bhw tidak ada org lain yg memberitahumu melainkan Allah. Kata Rasulullah, Allah memberitahu apa yg disembunyikan dan dirancang oleh Umair. 
  • Umair terus mengucapkan syahadah selepas itu. Org Islam yg berada disekitar merasa seronok, begitu juga Rasulullah. Rasulullah mengarahkan sahabat utk 
    • (i) mengajarkan Umair tentang Islam, 
    • (ii) ajarkan kepadanya Al-Quran, dan 
    • (iii) bebaskan anaknya.

- Selepas pemerginan Umair, Safwan rasa amat gembira sedangkan org lain masih lagi berasa sedih. Apbl ditanya, dia mengatakan akan ada berita gembira dari Yathrib tidak lama lagi. Lama dia menunggu, akhirnya dtg seorg yg kembali dari Yathrib memberitahunya tentang Umair. Dia amat marah kerana diberitahu Umair telah memeluk Islam.
 
- Selepas beberapa ketika Umair meminta dari Rasulullah utk pulang ke Mekah, utk berdakwah, mengajarkan Islam kpd penduduk Mekah yg sebelum ini disakitinya.

- Selepas mendapat izin dari Rasulullah, dia kembali ke Mekah dan org pertama yg ditemuinya adalah sahabat dan sepupunya ie Safwan bin Umayyah. Safwan amat marah mendengar syarah (dakwah) Umair, lalu dia meninggalkan Umair. Umair teruskan usahanya menyampaikan Islam kpd penduduk Mekah. Ramai yg diislamkan dan dibawanya mereka ke Yathrib dan tinggal di sana.

Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)
- Dlm Pembukaan Kota Mekah (thn ke-8H), terdapat nama Safwan bin Umayyah sebagai org yg paling dikehendaki (wanted list), jika ditemui, mereka boleh dibunuh. Safwan dpt tahu perkara itu dan melarikan diri ke arah pantai. Umair memohon kpd Rasulullah supaya diberikan keamanan kpd Safwan bin Umayyah, seog pemimpin quraisy. Rasulullah bersetuju. Umair meminta tanda dari Rasulullah sebagai bukti jaminan utk ditunjukkan kpd Safwan. Rasulullah serahkan serban baginda sebagai bahan bukti. Umair berjaya mengejar Safwan yg hampir menaiki kapal utk melarikan diri, dan memujuk Safwan utk mengikutnya kembali ke Mekah dan diberikan serban Rasulullah yg dibawanya sebagai bukti bhw Muhammad telah memberi keamanan utknya.  Apbl tiba di Mekah, Safwan terus bertemu dgn Rasulullah, dia bertanya adakah benar engkau telah memberi keamanan kepadaku. Kata Rasulullah, benar. Safwan meminta tangguh 2 bln utk memikirkan tawaran supaya memeluk Islam di atas keamanan yg diberikan oleh Rasulullah. Kata Rasulullah ambillah 4 bln utk berfikir. 
  • Tidak sampai 2 bulan Safwan memeluk Islam. Mendengarkan itu Umair adalah org yg paling gembira.

- Sifat kawan yg baik adalah menyayangi sahabatnya. Umair berpegang kpd ajaran yg disampaikan oleh Rasulullah, dia mahu sahabatnya ie Safwan juga menjadi seorg Islam dan selamat dari api neraka.

Dari Anas r.a , dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu , sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk diri sendiri."
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0010]

- Umair meninggal dunia ketika Umar Al-Khattab ra menjadi khalifah.
 
Memilih Sahabat
- hubungan dgn sahabat, kata Hassan Al-Basri, perbanyakkan kawan² mukminin yg baik, kerana rakan yg baik boleh berikan syafaat di hari kiamat.
  • hindari kawan yg tidak beramal dgn Islam dgn cara yg selayaknya. Kawan yg hadir ke ceramah ugama tetapi dia juga sering melemparkan kata-kata kesat, dusta dan fitnah, bukanlah seorg kawan yg perlu dijadikan kawan rapat. 

- hadis: Sesungguhnya seorg lelaki dalam syurga bersama rakan-rakannya, dan bertanya apa yg sedang dilakukan oleh rakan mereka yg seorg lagi (sedangkan rakannya itu sedang berada dlm neraka), sejurus itu itu Allah berfirman kpd malaikat, cari dan bawakan sahabat mereka itu (dari neraka) masuk dlm syurga bersama sahabatnya. Gembiranya dia dan memberitahu org² dlm meraka bhw dia akan dibawa masuk ke syurga. Mereka yg dlm meraka sedih mendengarkan itu kerana mereka tidak disebut oleh kawan yg di dlm syurga.

- Perkara ini disebutkan dlm surah Ash-Syu'ara ayat 26:100-101.
{ فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ }

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

Ayat 26:101 (klik sini)
{ وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٖ }

Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

- Siapa yg kita jadikan sahabat? Carilah sahabat yg baik, yg padanya kita boleh diberikan syafaat.


No comments: