Saturday, May 13, 2023

Istiqamah Dalam Melakukan Ibadat

- us Syukri kuliah Suboh Sabtu 13-Mei-2023

Istiqamah dalam Melakukan Ibadat

Dalil: Dlm surah Hud ayat 112, Allah perintahkan supaya kita tetap teguh sebagaimana yang diperintahkan.

Surah Hud ayat 11:112 (klik sini)
{ فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

- Dlm hal ibadat kita perlu lakukan amalan hingga akhir hayat.

Dalil: Dlm surah Al-Hijr ayat 99, Allah perintahkan supaya kita sembahlah Dia (Allah) hingga akhir hayat

Surah Al-Hijr ayat 15:99 (klik sini)
{ وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ }

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

- Kita perlukan iman yg mantap utk menjadikan kita berterusan melakukan ibadah. Jika tidak ianyanya menjadi terputus-putus ("futhur").

a) Persekitaran yg baik, spt berada di surau/masjid menjadikan kita lebih terdorong utk melakukan ibadat.
b) Dorongan yg baik ketika berada di surau/masjid selepas dari solat suboh, membenarkan kita utk teruskan beramal spt berzikir mengingati Allah hinggalah waktu Israq (ie kira² 12 ke 15 minit selepas terbit matahari) utk teruskan amalan solat Israq.
  • Jika seseorang bersolat suboh berjemaah, kemudian dia kekal mengingati (berzikir) kpd Allah hingga terbit matahari kemudian dia lakukan solat sunat Israq 2 rakaat, maka dia mendapat pahala seperti melakukan ibadah umrah yg sempurna.
  • Jika disambung tunggu di surau/masjid kira² selepas 27 minit selepas terbit matahari, kita boleh teruskan amalan utk solat dhuha.
  • Waktu haram bersolat adalah selepas terbit matahari. Kita di Malaysia, pastikan solat Israq itu tidak dilakukan sebelum kiraan 12 minit selepas waktu terbit matahari.

- Tips istiqamah utk sesuatu amalan
1. Tidak lakukan amalan yg banyak. Mula dgn amalan yg sedikit, pendek atau mudah. Contohnya:
a) mula dgn bilangan zikir yg kecil spt 100x dn bukannya bermula dgn 1,000x.

b) berselawat yg pendek, berbanding dgn menghafal selawat yg panjang. Lakukan 10x sehari, kemudian tambah bilangan selawat, hinggalah timbul rasa seronok dlm diri. Kemudian panjangkan sedikit selawat.
c) begitu juga dgn istigfar, mulakan yg pendek dan mudah "astaghfirullah" maksudnya "aku meminta ampun kpd Allah".
  • Manusia tidak terlepas dari noda dosa. Mungkin juga kita tidak perasan, telah melakukan dosa.
d) baca Al-Quran, mulakanlah membaca setengah atau satu muka surat sehari, kemudian ditambah bilangan muka surat. Jika mulakan dgn satu juzuk, ianya akan berat dan mengambil masa lama.

2. Doa yg diajarkan oleh Rasulullah saw utk istiqamah,  
  • Hannad menceritakan kepada kami, Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al Aamasy dari Abi Sufyan dari Anas berkata: "Rasulullah SAW selalu memperbanyak berdoa: "Wahai Zat yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku atas agamaMu", lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepada mu dan apa yang engkau bawa apakah engkau khuatir kepada kami?", Beliau bersabda: "Ya, sesungguhnya hati itu di antara dua jari dari jari-jari Allah yang membalikkannya menurut apa yang Dia kehendaki." Dalam bab ini terdapat hadis dari An Nawas ; bin Samaan, Ummi Salamah, Aisyah dan Abi Zarr.Hadis ini adalah hasan sahih. Demikian pula tidak hanya seorang meriwayatkan dari Al-Aamasy dari Abi Sufyan dari Anas. Sebahagian rawi meriwayatkan dari Al-Aamasy dari Abi Sufyan dari Jabir dari Rasulullah SAW. Hadis Abi Sufyan dari Anas adalah lebih sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2226]
 

No comments: