Saturday, July 22, 2023

Beriman Kepada Al-Quran

- us Abdull Rahman bin Mahmood kuliah Suboh Sabtu 22-Jul-2023

Beriman kepada Al-Quran

- kitab² suci selain dari Al-Quran telah diubah, sebagaimana disebutkan oleh Allah dlm Al-Quran dlm surah An-Nisa ayat 4:46 (klik sini)
{ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَيَقُولُونَ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَٱسۡمَعۡ غَيۡرَ مُسۡمَعٖ وَرَٰعِنَا لَيَّۢا بِأَلۡسِنَتِهِمۡ وَطَعۡنٗا فِي ٱلدِّينِۚ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا وَٱسۡمَعۡ وَٱنظُرۡنَا لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۡ وَأَقۡوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُونَ إِلَّا قَلِيلٗا }

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

- Allah melaknat orang yang mengubah ayat-ayat dalam kitab yang diturunkan-Nya, seperti yg disebutkan dlm surah Al-Baqarah ayat 2:79 (klik sini)

{ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَٰبَ بِأَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلٗاۖ فَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ }

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

- Allah menjaga kesucian Al-Quran spt yg Allah sebutkan dlm surah Al-Hijr ayat 15:9 (klik sini):
{ إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

  • Kalau Al-Quran ini bukan dari Allah, maka kamu akan dapati banyak perbezaan.

- Wajib kita beriman kpd kitab Taurat, Zabur dan Injil yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Musa, Daud dan Isa. Juga kita beriman bahawa kitab² itu telah diubah oleh pengikut² yang mengambil keuntungan dunia yg sedikit.

- Alasan² yg diberikan oleh musuh² Islam terhadap Al-Quran:
  1. Nabi Muhammad saw seorg ahli sihir
  2. Al-Quran itu adalah cerita² org dahulu kala dan cerita dongeng

- Allah sebutkan hal ini dlm surah Hud ayat 11:13 (klik sini):
{ أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰهُۖ قُلۡ فَأۡتُواْ بِعَشۡرِ سُوَرٖ مِّثۡلِهِۦ مُفۡتَرَيَٰتٖ وَٱدۡعُواْ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

- Hadis: Quran yg ada ini akan menjadi hujah di Akhirat nanti.
  1. sekiranya kita membaca dan beramal dgn Al-Quran, maka Al-Quran akan datang di Akhirat menjadi hujah utk kita diberikan syafaat, kelebihan dan kedudukan dlm syurga.
  2. sebaliknya, jika kita tidak mengikuti ajaran² dan hukum yang dijelaskan dlm Al-Quran maka Al-Quran akan menjadi hujah menentang kita di Akhirat.

Hadis: "Nashr bin Ali Al Jahdhami menceritakan kepada kami, Abdus Shamad bin Abdul Warits memberitahukan kepada kami, dari Ashim dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi SAW. bersabda : Pemilik (orang yang tekun membaca dan mengamalkan) Al Quran datang pada hari kiamat, dan dia berkata :"Hai Tuhan ku hiasilah", maka dihiasilah mahkota kemuliaan, kemudian dia berkata :"Ya Tuhan ! Tambahlah !", maka dia ditambah dengan hiasan-hiasan kemuliaan, kemudian dia berkata :"Hai Tuhan ! relakanlah (pemberian itu.) dari-Mu, maka dikatakan (kepadanya) : Bacalah dan naiklah (pada tangga syurga) dan ia ditambah dengan setiap ayat (Al Quran) satu kebaikan". Hadis ini hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3076]


- Selepas Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah, rmh² di Madinah tidak lekang dari bacaan ayat² suci Al-Quran. Al-Quran menjadi punca kekuatan umat Islam.
  1. Dlm lipatan sejarah penjajah British, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugal menghapuskan Al-Quran dan kelas² mengaji dan pengajian Al-Quran di negara² yg dijajah.
  2. Penjajah telah mengkaji kekuatan org Islam adalah Al-Quran. Maka disibukkan org² Islam dgn perkara yg menjauhkan dari Al-Quran. Juga ditutup tempat² belajar Al-Quran dan merendahkan persepsi tentang Al-Quran.

- Apa² pemahaman yg salah akan memberi persepsi yg tidak benar.

- Hanya Aqidah yg akan menyelamatkan anak² cucu kita, kerana zaman berubah dgn cepat. Pastikan anak² cucu kita boleh membaca Al-Quran dgn tajwidnya, dan memahami maksudnya.


** Nota Tambahan:
- Apabila membaca Al-Quran, bacalah dengar tartil. Dimaksudkan tartil adalah:
  1. membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal.
  2. tartil al-Quran adalah dengannya dapat mentadabbur dan berfikir, dan menggerakkan hati dengannya, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan ayat-ayatNya, dan melakukan persediaan yang sempurna keranaNya.
  3. membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid. 

Dalil: Suruhan membaca Al-Quran dgn tartil, disebutkan oleh Allah dlm surah Al-Muzammil ayat 73:4 (klik sini)
{ أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا }

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
 
Hadis: Maksudnya :"Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abdurrahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami dari Sufyan dari 'Ashim dengan sanad ini seperti hadis di atas. Nabi SAW. bersabda :"Dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran. Bacalah, naiklah pada tangga syurga dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membaca dengan tartil di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3082]


Nota Kuliah Berkaitan:


No comments: