- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jan-2024
Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik
- Saudara kandungnya adalah Anas bin Malik ie pembantu kpd Rasulullah saw.
- Seorg yg berasal dari Madinah dari bani Najjar, ie salah satu dari bani Khazraj (keturunan keluarga Rasulullah saw).
- Dia menyertai semua peperangan kecuali perang Badar.
- Bersaiz badan kecil, namun kata Rasulullah, dia adalah salah seorg yg sangat sedikit di mana, bilamana dia bersumpah, insyaAllah dimakmulkan doanya.
- dlm perang melawan Farsi, sahabat² dtg menemuinya dan memohon darinya supaya berdoa kpd Allah utk diberikan kemenangan. Allah ganjarkan kemenangan kpd tentera Islam dlm peperangan itu.
Perang Yamamah
- Peperangan besar selepas kewafatan Rasulullah saw, adalah peperangan menentang org² yg murtad, yg diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab. Dlm peperangan Yamamah itu 40 ribu org murtad menentang 13 ribu org Islam. Musailamah sendiri terbunuh dlm perang itu. Di pihak org Islam 70 org hufaz syahid.
- Musailamah adalah ketua bani Hanifah, salah satu suku terbesar arab.
- Ketika itu Saidina Abu Bakar ra menjadi khalifah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw. Pasukan tentera Islam termasuk Akrimah dan Khalid Al-Walid. Al-Baraq berada dlm pasukan itu.
- Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.
- Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.
- Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.
- Musailamah berundur dan bertahan dlm kubu. terakhir mereka (kubu maut). Tentera Islam tidak dpt menembusi kubu tentera murtad, dgn pagar dan halangan yg dibina pihak musuh.
- Al-Barra' menawarkan dirinya diangkat di atas perisai dan diusung agar dia boleh melompat melepasi tembok kubu Al-Khazzab, agar dia boleh membuka pintu kubu.
- Al-Barra' berjaya membunuh lebih 10 org musuh, dan berjaya membuka pintu kubu. Kemudiannya tentera Islam menerobos masuk dan menewaskan 20,000 tentera Al-Khazzab. Musailamah sendiri terbunuh dalam serangan ini.
- Al-Barra' menerima lebih 80 kesan tikan dan pedang musuh. Dia dirawat selama sebulan sebelum kembali pulih dari kesan² peperangan.
- Dlm peperangan Yamamah, dia berpesan kpd para tentera Islam bhw tiada lagi Madinah utk mereka, sama ada kemenangan atau syahid.
Peperangan Turtus
- Dlm Peperangan Turtus, dia bersama saudaranya Anas bin Malik terlibat dalam peperangan itu.
- mereka menemui keadaan yg hampir sama di mana tidak boleh menembusi kubu org² Farsi.
- org² Farsi menggunakan sejenis senjata dgn cangkukk² besi yg dipanaskan dan menyapu dinding kubu. Tentera Islam yataerkena besi panas itu atau terkait dgn cangkuk akan ditarik dan dibunuh.
- Anas terkena cangkuk besi, melihatkan itu Al-Barra' meluru utk melepaskan Anas. Akibatnya tangannya melecur hinggga isi² tangannya luruh akibat dari pergelutan melepaskan Anas dari ke cangkuk itu. Apbl Anas berjaya dilepaskan, Al- Barra' pun melepaskan dirinya. Namun akibat dari peperangan itu Al-Barra' meninggal dunia. Peperangan Turtar menentang Farsi pd tahun ke-20 hijrah.
No comments:
Post a Comment