Saturday, January 6, 2024

Tafsir Surah At-Tahrim ayat 66:1

- us Khairy bin Abdullah kuliah Maghrib Sabtu 6-Jan-2024

Tafsir Surah At-Tahrim ayat 66:1

- Maksud At-tahrim adalah pengharaman

Surah At-Tahrim ayar 66:1 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ تَبۡتَغِي مَرۡضَاتَ أَزۡوَٰجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- ulamak mentafsirkan ayat ini menunjukkan kelainan Allah memanggil rasulNya dgn panggilan Nabi. Dlm ayat yg lain Allah panggil Nabi Muhammad dgn panggilan rasul. Berbanding panggilan kpd rasul yg lain Allah panggil dgn nama mereka. Contohnya nabi Musa.

- Turunnya ayat ini dan ada 2 kisah berkaitan - kedua-dua kisah adalah berkaitan cemburu isteri kepada suaminya:
  1. Pertama: Kisah Nabi saw mengharamkan Mariah al-Qibtiyyah untuk digauli sebagai isteri.
  2. Kedua: Kisah Nabi saw mengharamkan madu ke atas dirinya untuk kebaikan isteri-isterinya.
Kisah pertama:
- Pada suatu hari giliran Hafsah, Hafsah meminta izin kpd Rasulullah utk dia pulang ke rumah bapanya ie saidina Umar Al-Khattab. Di masa ketiadaan Hafsah baginda memanggil Mariah al-Qibtiyyah ke rumah Hafsah.
  • Nama beliau ialah Mariah binti Syam’un, beliau merupakan seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Mesir iaitu al-Muqawqas kepada Rasulullah SAW. Beliau juga dikenali sebagai Mariah al-Qibtiyyah kerana beliau berasal daripada Qibt (Mesir). Di samping itu, beliau mempunyai seorang anak lelaki bersama Rasulullah SAW iaitu Ibrahim, namun begitu anak beliau wafat ketika masih kecil.

a) Rasulullah saw ada 7 org anak. 6 org adalah dgn saidina Khatijah, manakala anak ke-7 adalah anak dari Mariah al-Qibtiyyah.
b) Anak Mariah bernama Ibrahim bin Muhammad. Namun dia meninggal pada usia bayi. Pada hari Ibrahim meninggal, kejadian gerhana matahari berlaku.  
  • Hadis:  Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., terjadi gerhana matahari, iaitu bertepatan dengan hari meninggalnya Ibrahim (putera Rasulullah saw.). Kerana itu orang banyak berkata, "Terjadi gerhana matahari kerana meninggalnya Ibrahim." Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya, terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan mendoalah kepada Allah swt." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0548]
 
Apabila Hafsah pulang ke rumah, dia dapati Mariah ada di rumahnya. Rasulullah ingin menjaga hati Hafsah, baginda mengharamkan dirinya utk bersama dgn Mariah al-Qibtiyyah.

Maka ayat ini menegur sikap Rasulullah yg mengharamkan dirinya utk mencampuri Mariah al-Qibtiyyah samata-mata menjaga hati isterinya Hafsah binti Umar Al-Khattab.

Kisah kedua:
- Kisah yg berlaku kpd baginda Rasulullah saw ie baginda kerap ziarah isteri² baginda selepas waktu Asar. Namun baginda akan berada lebih lama di rumah Zainab binti Jahsy, kerana Zainab menyimpan madu yg digemari oleh baginda di rumahnya.

- Giliran (bermadu) selepas dari rumah Zainab adalah bersama Hafsah binti Umar. Hafsah tidak suka bau mulut baginda jika dtg dari rumah Zainab kerana madu warna putih dihidangkan oleh Zainab. Utk menjaga hati Hafsah, Rasulullah mengharamkan diri baginda memakan madu. Turunnya ayat ini menegur baginda Rasulullah bhw madu adalah halal dan boleh dimakan.

  • Zainab ada pertalian keluarga dgn baginda Rasulullah. Ibu kepada Zainab adalah adik kepada Abdullah. Zainab binti Jahsy dan Nabi Muhammad adalah sepupu.
  • Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Harithah.
  • Zaid bin Harithah dibeli, dimerdekakan dan dibesarkan dlm rmh baginda Rasulullah.
    • Ketika Zaid menemani ibunya untuk mengunjungi saudaranya, mereka ditangkap oleh rombongan berkuda dari Bani al-Qain bin Jisr. Zaid dijadikan tawanan, kemudian mereka dijual di pasar Ukaz. 
    • Kemudian Zaid bin Harithah dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk dihadiahkan kepada Khadijah binti Khuwailid. Khadijah pun memberikan Zaid bin Harithah kepada suaminya, Abu al-Qasim Rasulullah saw sebelum kenabian. Nabi saw kemudian memerdekakannya dan mengangkatnya sebagai anak (ie anak angkat).
  • Apbl Zaid dewasa, dia berkahwin dgn Zainab binti Jahsy. Peminangan Zaibab dilakukan oleh Rasulullah saw. Namun Perkahwinan mereka tidak lama (sekitar 2 tahun lebih sahaja), kerana tidak serasi antara Zainab yg berketurunan bangsawan, manakala Zaid adalah dari hamba yang dimerdekakan. Zaid mengadu kepada Rasulullah akan hal Zainab yang membanggakan keturunannya, meminta nasihat dari Rasulullah. Rasulullah nasihatkan agar Zaid bersabar dan takutkan Allah. Keadaan berterusan menyebabkan Zaid tertekan. Akhirmya Rasulullah mengizinkan Zaid bercerai degan Zainab. 
  • Selepas edah, Allah perintahkan Rasulullah menikahi Zainah bin Jahsy, namun Rasulullah melengahkan perintah itu kerana khuatir ditohmah oleh orang sekeliling
    • tradisi arab tidak membenarkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkat. 
    • Allah menurunkan wahyu seperti dalam surah Al-Ahzab ayat 33:37 untuk menolak  tradisi arab tentang larangan perkahwinan dgn bekas isteri anak angkat.
Surah Al-Ahzab ayat 33:37 (klik sini)
{ وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا }

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

- Turunnya ayat ini membenarkan pernikahan baginda Rasulullah dgn Zainab. Setelah turunnya ayat ini, Zainab paling gembira kerana dia mengatakan bhw tidak pernah sebelum ini pernikahan sesiapa pun dinikahkan oleh Allah, tetapi ayat ini mengesahkan pernikahan Rasulullah dgn Zainab bin Jahsy.

Madu sebagai penyembuh penyakit:
- Allah sebutkan madu sebagai penyembuh penyakit dalam surah An-Nahl.

Surah An-Nahl ayat 16:68 (klik sini)
{ وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِي مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتٗا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ }

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah An-Nahl ayat 16:69 (klik sini)
{ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلٗاۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٞ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٞ لِّلنَّاسِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ }

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

- kita beriman dgn ayat 16:69 ini, makanlah madu sebagai ubat kpd penyakit yg dihidapi.

  • Hadis: Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665]


Hadis berkaitan:
  • Hafsah cemburu terhadap isteri Rasulullah ie Mariah al-Qibtiyyah
أَنَّ حَفْصَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، زَارَتْ أَبَاهَا ذَاتَ يَوْمٍ وَكَانَ يَوْمَهَا، فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَرَهَا فِي الْمَنْزِلِ، أَرْسَلَ إِلَى أَمَتِهِ مَارِيَةَ الْقِبْطِيَّةِ، فَأَصَابَ مِنْهَا فِي بَيْتِ حَفْصَةَ، وَجَاءَتْ حَفْصَةُ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتَفْعَلُ هَذَا فِي بَيْتِي وَفِي يَوْمِي؟ قَالَ: «فَإِنَّهَا عَلَيَّ حَرَامٌ، وَلَا تُخْبِرِي بِذَاكَ أَحَدًا» . فَانْطَلَقَتْ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَأَخْبَرَتْهَا بِذَلِكَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ}إِلَى قَوْلِهِ: {وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ} فَأُمِرَ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْ يَمِينِهِ، وَيُرَاجِعَ أَمَتَهُ".

Maksudnya: “Bahawa Hafsah telah menziarahi ayahnya pada suatu hari dan ketika itu adalah gilirannya bersama Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW pulang ke rumah, Baginda SAW tidak melihatnya di rumah. Kemudian Baginda SAW mengutuskan kepada hambanya Mariah al-Qibtiyyah. Setelah itu, Rasulullah SAW telah bersama dengannya di rumah Hafsah (menggaulinya). Tidak lama kemudian, Hafsah pulang ketika Rasulullah SAW dalam keadaan tersebut. Hafsah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, adakah engkau melakukan hal ini di rumahku dan ketika giliranku?”. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia (Mariah) haram ke atasku dan janganlah engkau memberitahu kepada sesiapa akan hal ini”. Hafsah keluar ke rumah Aisyah RA lalu menceritakan apa yang telah berlaku. Setelah itu, turunnya ayat Allah SWT “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu” sehingga firman Allah SWT “serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman”  lalu Baginda SAW diminta untuk membayar kafarah di atas sumpahnya dan kembali kepada hambanya”. [Lihat: Sunan Said bin Mansur, 1:438; sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1520-irsyad-al-hadith-siri-ke-35-kisah-mariah-al-qibtiyyah ]

 

  • Zaid meminang bekas isterinya ie Zainah binti Jahsy untuk Rasulullah saw:
Dari Anas r.a., hadis ini diriwayatkan pula oleh Bahzi r.a., katanya: "Ketika iddah Zainab (bekas isteri Zaid) telah habis, maka bersabda Rasulullah saw. kepada Zaid (anak angkat Nabi saw.), "Hai, Zaid! Pergilah engkau melamar Zainab untukku!" Maka pergilah zaid menemui Zainab; didapatinya Zainab sedang mengaduk adunan kuih. Kata Zaid, "Ketika aku melihat Zainab, hatiku berdebar, sehingga tak kuasalah aku rasanya hendak melihatnya, untuk menyampaikan pesan Rasulullah saw. kepadanya. Oleh kerana itu ku belakangi dia sambil mundur dan berkata kepadanya, "Ya, Zainab! Aku diutus Rasulullah saw. melamarmu untuk beliau. Bagaimana tanggapanmu?" Jawab Zainab, "Aku belum dapat membuat suatu putusan sebelum beroleh petunjuk dari Tuhan ku." Lalu dia pergi ke tempatnya solat, melakukan solat istikharah. Sementara itu Quran turun kepada Nabi saw. (memerintahkan beliau supaya mengahwini Zainab, surat Al Ahzab, ayat 37). Lalu beliau langsung masuk ke rumah Zainab tanpa izin lebih dahulu, (kerana beliau telah dikahwinkan Allah seperti dinyatakan dalam ayat 37 surat Al Ahzab ) Kata Anas, "Aku masih ingat, ketika itu kami dijamu dengan roti dan daging. Ketika hari telah agak tinggi, para tamu sudah banyak yang pulang, hanya tinggal beberapa orang bercakap-cakap dalam rumah sesudah makan. Rasulullah keluar menuju ke rumah para isterinya yang lain dan aku mengikuti beliau dari belakang. Beliau memberi salam kepada mereka dan mereka menjawab salam beliau sambil bertanya, "Bagaimana halnya isteri baru anda?" Kata Anas, "Aku tidak ingat, apakah aku yang mengkhabarkan kepada Nabi saw., atau barangkali beliau yang memberitahukan kepada ku, bahawa tetamu-tetamu telah pulang semuanya. Maka Rasulullah saw. pulang kembali ke rumah Zainab, dan aku masuk pula bersama-sama beliau. Sampai di rumah beliau tutupkan tirai antaraku dengan beliau. Maka turun ayat hijab memberi pelajaran kepada kaum muslimin. Ibnu Rati' menambahkan dalam hadisnya: "Janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah diizinkan masuk untuk makan, tanpa menunggu lama makanan terhidang hingga firman-Nya Allah tidak malu mengatakan yang benar." (Al Ahzab : 53). [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1354]

No comments: