Wednesday, December 10, 2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Maghrib Rabu 10-Dis-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

Surah Al-Baqarah ayat 2:231 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖۚ وَلَا تُمۡسِكُوهُنَّ ضِرَارٗا لِّتَعۡتَدُواْۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوٗاۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَٱلۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- "pegang" bermaksud rujuk semula.

"وَلَا" = La di sini, adalah utk hukum haram ie haram seorg suami menggunakan kuasa sebagai suami dgn menahan/menyiksa isteri atau pun mempermainkan hukum² Allah.
"ضِرَارٗا" = menahan
"نِعۡمَتَ ٱللَّهِ" Allah ikat nikmat itu adalah dari-/pemberian-Nya. Jangan sesekali berasa sesuatu nikmat yg diterima itu adalah hasil dari usaha kita semata-mata. Apabila berdoa, berdoalah bersungguh-sungguh seolah-olahnya tiada apa yg mampu dilakukan melainkan dgn pertolongan Allah.

- Ayat ini turun tentang suami yang menceraikan isteri, kemudian apabila hampir tamat ‘iddah, dia rujuk semula hanya untuk menyakiti dan menghalang isteri berkahwin dengan lelaki lain.

Allah melarang perbuatan itu dan memerintahkan dua pilihan sahaja:
  • rujuk dengan ma’ruf (pergaulan baik, niat membina rumah tangga) atau
  • melepaskan dengan ihsan (tanpa caci, tanpa menahan hak, tanpa mudarat).
- Jangan jadikan hukum talak dan rujuk sebagai alat ego, dendam, atau permainan status, kerana ia adalah syiar agama yang wajib dimuliakan.

- Surah Al-Baqarah ayat 2:232 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعۡضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحۡنَ أَزۡوَٰجَهُنَّ إِذَا تَرَٰضَوۡاْ بَيۡنَهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ ذَٰلِكَ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ مِنكُمۡ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۗ ذَٰلِكُمۡ أَزۡكَىٰ لَكُمۡ وَأَطۡهَرُۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

- "وَأَطۡهَرُۚ" merujuk kpd pembersihan dosa, ie Allah bersihkan dosa.


Carian Internet:
- Ibnu Kathir membawa riwayat daripada Ibn Abbas r.a. bahawa ayat ini turun tentang seorang lelaki yang menceraikan isterinya satu atau dua talak, kemudian iddahnya habis dan kedua-duanya ingin berkahwin semula, tetapi keluarganya (wali) menghalang kerana marah atau malu.

Allah menegur perbuatan ini dan memerintahkan agar para wali tidak menyekat hak wanita tersebut untuk berkahwin kembali apabila pilihan pasangan itu baik dan perkahwinan dilakukan dengan cara yang makruf.


Catatan Kuliah:
  1. Fasakh | us Ahmad Faizal bin Sudin Ali | 23-Nov-2025 (klik sini)
  2. Wali Nikah | us Ahmad Faizal bin Sudin Ali | 28-Sep-2025 (klik sini)
  3. Perkahwinan Dengan Perempuan Bukan Islam, Ahli Kitab | us Ahmad Faizal bin Sudin Ali | 22-Jan-2023 (klik sini)
  4. Isu Kekeluargaan dan Nikah Kawin | us Ahmad Faizal bin Sudin Ali | 31-Okt-2021 (klik sini) <-- Wali Enggan & Wali Ghaib
  5. Rujuk Selepas Perceraian |  us Dato Zaidi | 7-Mei-2015 (klik sini)
  6. Perkahwinan - bab Talak | us Shahrul Nizam | 21 Jun 2011 (klik sini) <-- Jenis-jenis talak


Sunday, December 7, 2025

Tadabbur surah Al-Muzzammil ayat 73:1 hingga 5

- us Khairy Abdullah kuliah Maghrib Sabtu 6-Dis-2025

Tadabbur surah Al-Muzzammil ayat 73:1 hingga 5

Surah Al-Muzzammil ayat 73:1 (klik sini) (ms 574)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُزَّمِّلُ }

Wahai orang yang berselimut!.

- Tidak ada mana² ayat Quran yg Allah panggil Nabi Muhammad dgn nama Muhammad. Berbanding panggilan kpd nabi² yg lain, Allah panggil nama mereka spt:
  • Nabi Musa dlm surah An-Namlu ayat 28:9 (klik sini) (ms 377), 
  • Nabi Zakariah dlm surah Maryam ayat 19:3 (klik sini) (ms 305), 
  • Nabi Yahya dlm surah Maryam ayat ke 19:12 (klik sini) (ms 306), 
  • Nabi Isa dlm surah Ali-Imran ayat 3:55 (klik sini) (ms 57).

- 6 kalimah Muhammad tetapi bukan panggilan nama sebaliknya kehidupan Nabi Muhammad. Panggilan² ini ada kemuliaan kpd baginda Rasulullah saw.
(i) surah Ali-Imran ayat 3:144 (klik sini) (ms 68),
{ وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡـٔٗاۚ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ }

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

(ii) surah Al-Ahzab ayat 33:40 (klik sini(ms 423),
{ مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٖ مِّن رِّجَالِكُمۡ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٗا }

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(iii) surah Muhammad ayat 47:2 (klik sini) (ms 507)
{ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَءَامَنُواْ بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٖ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡ كَفَّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَأَصۡلَحَ بَالَهُمۡ }

Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).

(iv) surah Fatah ayat 48:29 (klik sini) (ms 519)
{ مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ تَرَىٰهُمۡ رُكَّعٗا سُجَّدٗا يَبۡتَغُونَ فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٗاۖ سِيمَاهُمۡ فِي وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ فِي ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلۡكُفَّارَۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنۡهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا }

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

(v) surah At-Tahrim ayat 66:1 (klik sini) (ms 560)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ تَبۡتَغِي مَرۡضَاتَ أَزۡوَٰجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(vi) surah Al-Maedah ayat 5:67 (klik sini) (ms 119)
{ ۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

- Solat Tahajjud
SurahمAl-Muzzammil ayat 73:2 (klik sini) (ms 574)
{ قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلٗا }

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

- Dalil solat tahajjud Allah naikkan kemuliaannya utk org² yg solat tahajjud
Surah Al-Israq ayat 17:79 (klik sini) (ms 290)
{ وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةٗ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا }

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

- Allah sebutkan lagi org² yg solat malam, Allah puji mereka.
Surah Al-Furqan ayat 25:63 dan 64 (klik sini) (ms 365)
{ وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا }

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Surah Al-Furqan ayat 25:64 (klik sini) (ms 365)
{ وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمۡ سُجَّدٗا وَقِيَٰمٗا }

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Surah As-Sajaddah ayat 32: 16 (klik sini) (ms 416)
{ تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّهُمۡ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Surah Al-Muzzammil ayat 73:3 (klik sini) (ms 574)
{ نِّصۡفَهُۥٓ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلًا }

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Surah Al-Muzzammil ayat 73:4 (klik sini)
{ أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا }

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

Surah Al-Muzzammil ayat 73:5 (klik sini)
{ إِنَّا سَنُلۡقِي عَلَيۡكَ قَوۡلٗا ثَقِيلًا }

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)


Nota kuliah
  • Membaca Al-Quran dengan Tartil (klik sini)

  • Membaca Al-Quran dengan Berlagu (klik sini). <-- Akan berlaku kesilapan dlm bacaan Al-Quran sekiranya kita lalai atau kurang peka sewaktu membaca Surah Fusilat Ayat 41:29, Surah At-Tawbah Ayat 9:5 dan Surah At-Tawbah Ayat 9:11 

  • Perihal Membaca Al-Quran (klik sini)

Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Dis-2025

Muamalat: Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

Hadis tentang al-luqatah (barang temuan) riwayat Zaid bin Khalid al-Juhani ra.
  • زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلَهُ عَنِ اللُّقَطَةِ، فَقَالَ: اعْرِفْ عِفَاصَهَا وَوِكَاءَهَا، ثُمَّ اعْرِفْهَا سَنَةً، فَإِنْ جَاءَ صَاحِبُهَا فَهِيَ لَهُ، وَإِلَّا فَهِيَ لَكَ. قَالَ فَوَجَدَ الْجُهَنِيُّ غَنَمًا فَأَخْبَرَ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: خُذْهَا وَادْعُ لَهَا أَوْ اعْلَمْ بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَجْعَلْ لَهَا صَاحِبًا فَكُلْهَا. (Sahih Bukhari no. 2437; Sahih Muslim no. 1721)
  • Terjemah: "Zaid bin Khalid al-Juhani berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya tentang luqatah. Baginda bersabda: 'Kenalilah tali & wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika datang pemiliknya, maka miliknya. Jika tidak, milikmu.' Kemudian al-Juhani jumpa kambing, beritahu Rasulullah SAW. Baginda bersabda: 'Ambillah & panggilkan pemiliknya atau umumkan. Jika tiada pemilik, maka makanlah.'"

Hukum & Pengajaran:
  • Langkah: Kenali ciri (tali/wadah), umumkan 1 tahun, beri/serahkan kpd pemilik jika dia datang menuntut barangnya (Serah semula barang yg ditermui itu sebagai bukti kejujuran kita menjaga item yg ditemui dalam tempoh jagaan).

  • Selepas 1 tahun: Sekiranya selepas satu (1) tahun diumumkan penemuan item tersebut namun masih tiada sesiapa yg tampil menuntutnya, maka pemilihan item itu menjadi milik org yg menemukan item tersbt. 
    • Apbl telah bertukar hak pemilikan, maka item tersbt boleh diambil faedah darinya seperti dimakan, dijual atau diternak. 
  • Luqatah haiwan: Umumkan utk tempoh satu (1) tahun, jika tiada pemiliknya dtg menuntut, maka dikeluarkan zakat.

- Definisi Luqatah:
Imam Syafie dalam Kitab Al-Umm (Bab Luqatah) mendefinisikan al-luqatah sebagai harta terhormat (mahrum) yang tercicir daripada pemiliknya, tidak dalam jagaan sesiapa, dan penemunya tidak tahu pemiliknya.

Definisi Lengkap Imam Syafie:
  • Harta terhormat: Barang bernilai syarak (emas, perak, pakaian, makanan), bukan najis (arak, babi, muzik).
  • Tercicir & tidak dijaga: Hilang di jalan/kawasan umum, bukan disembunyikan.
  • Tidak diketahui pemilik: Penemu wajib kenal ciri (tali, wadah), umumkan 1 tahun, beri jika pemilik datang.
  • Contoh
    • Luqatah makanan cepat rosak: Boleh makan segera jika tak jumpa pemilik.
    • Luqatah berharga: Simpan 1 tahun, selepas itu milik penemu (boleh zakat).

- Tafsiran Imam Syafie berkaitan tali/ikatan & wadah:
  1. 'Ifaashahu (عِفَاصَهَا) = Tali, ikatan, atau pembalut luar
    • Contoh: Tali leher kambing, ikatan kain emas, tali beg wang.
    • Hukum: Kenali jenis, warna, panjang, & ciri unik (rusuk, simpul). Syafie: "Ini bukti pemilik"

  2. Wikaauha (وِكَاءَهَا) = Bekas, wadah, atau pembungkus dalam.
    • Contoh: Kulit kambing berisi madu, beg kulit, kotak kayu, kain pembalut.
    • Hukum: Kenali bentuk, saiz, bahan, warna. Syafie: "Wadah tunjuk nilai harta"

- Pemilikan (ownership) barang itu tidak berubah. 
  • Apabila pemilik dtg menuntut barangnya, maka ujilah sifat² barang yg didakwa miliknya, berdasarkan ikatan & wadah. Sekiranya tepat sifat tali/ikatan & wadah, maka wajib dipulangkan item yg ditemui itu kpd pemiliknya. 

- Hukum Mengambil Luqatah:
  1. Wajib: Jika yakin barang akan hilang/rosak/dijumpai orang zalim jika dibiarkan (contoh: wang jatuh di jalan malam). Penemu jadi pemegang amanah.
  2. Sunnat: Jika barang selamat tapi bernilai, ambil untuk umumkan & kembalikan.
  3. Harus: Selepas umumkan 1 tahun & tiada pemilik → milik penemu (boleh zakat).
  4. Makhruh: Ambil barang itu dan dia tidak dapat menjaga amanah dlm menjaga item/barang/haiwran tersebut.
  5. Haram: Jika yg mengambil barang itu utk digunakan dlm melakukan kemaksiatan.



Sabar Tanda Orang Yang Bersyukur

- us Dr Mohd Adib bin Shamsuddin kuliah Suboh Ahad 7-Dis-2025

Sabar Tanda Orang Yang Bersyukur

Definasi Sabar:
Sabar adalah menahan diri (jiwa, lisan dan anggota) ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, sambil tetap istiqamah dalam taat dan meninggalkan maksiat, serta redha dengan ketentuan Allah. 
  • Dalam disiplin akhlak, sabar biasanya dibahagi kepada tiga: 
    1. sabar dalam melakukan ketaatan, 
    2. sabar meninggalkan maksiat, dan 
    3. sabar menghadapi musibah.

Hadis:
  • Dari Shubaib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin , kerana pekerjaannya semuanya baik. Yang demikian tidak akan terdapat pada orang lain kecuali hanya pada orang mukmin. Kerana apabila dia berhasil (berjaya) dia bersyukur. Dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar. Itulah (rahsia) kebaikannya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2515]
- Imam Syafie tafsirkan: "Allah menolong kaum muslimin dlm perang Badar disebabkan kesabaran mereka menghadapi bilangan musuh 3:1 (313 vs 1000).
  • Mereka bertahan defensif, laung 'Ahad! Ahad!', Allah utus malaikat berturut (1000 → 3000 → 5000) kerana sabar & bertakwa." Beliau dalilkan dari surah Al-Anfal ayat 8: 65-66 & surah Ali-Imran ayat 3:123-125. 
  • Ayat Utama adalah dari surah Ali-Imran ayat3:123: "Allah telah menolong kamu di Badar sedang kamu lemah, dan dalil dari surah Ali-Imran ayat 3:125: "Jika sabar & bertakwa, Allah tolong dengan 5000 malaikat bertanda.".

- surah Al-Anfal ayat 8:65 (klik sini) (m/s 185)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَٰبِرُونَ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ }
 
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

- surah Al-Anfal ayat 8:66 (klik sini) (m/s 185)
{ ٱلۡـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمۡ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمۡ ضَعۡفٗاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ صَابِرَةٞ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمۡ أَلۡفٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفَيۡنِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ }

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

- surah Ali-Imran ayat 3:123 (klik sini) (m/s 66)
{ وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

- surah Ali-Imran ayat 3:125 (klik sini) (m/s 66)
{ بَلَىٰٓۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَٰفٖ مِّنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ مُسَوِّمِينَ }

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

- Dlm perang Badar, Allah membalas kesabaran org² Islam dgn menurunkan bantuan 5,000 malaikat yg menyertai peperangan Badar.

- Menangis sebagai tanda kesabaran
Menangis dianggap tanda kesabaran sejati kerana ia tunjuk hati sedih tapi mulut terkawal (tidak mengeluh atau membantah qada Allah). Ini selaras dengan 3 peringkat sabar: 
  1. sabar hati (menangis), 
  2. sabar lisan (diam), 
  3. sabar fizikal (taat syariat).
Hadis 1:
  • Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. pernah berkata: "Pada suatu malam anakku lahir, seorang bayi lelaki, lalu ku beri nama dia dengan nama bapaku, Ibrahim. Kemudian anak itu ku kirim kepada Ummu Saif, isteri seorang pandai besi, bernama Abu Saif, Rasulullah saw. mendatanginya dan aku ikut mengiringkan beliau. Ketika kami sampai di rumah Abu Saif, dia sedang meniup api di bengkelnya sehingga rumah itu penuh dengan asap. Aku berjalan duluan di hadapan Rasulullah saw., lalu ku beritahu Abu Saif. "Hai Abu Saif! Berhentilah! Rasulullah saw. datang!" Maka berhenti dia. Kemudian Nabi saw. menanyakan bayinya, lalu diserahkannya ke pangkuan beliau. Nabi saw. mengucapkan kata-kata sayang apa saja yang diucapkannya. Kata Anas. "Ku lihat bayi itu rela dengan sakit yang diderita, senang dalam pangkuan Rasulullah saw." Maka Rasulullah saw. menangis mengucurkan air mata. Kata beliau. "Air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali yang diredhai Tuhan kita. Demi Allah, wahai Ibrahim, kami sungguh sedih keranamu!" [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2145]

Hadis 2:
  • Dari Anas r.a., katanya: "Kami pergi dengan Rasulullah saw. kepada Abu Saif tukang besi yang sesusu dengan Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim lalu menciumnya. Tidak lama sesudah itu kami datang pula kepadanya, tetapi ketika itu Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dan air mata Rasulullah berlinang kerananya." Abdurrahman bin 'Auf berkata: "Ya, Rasulullah! Kenapa engkau menangis?" Jawab Rasulullah, "Hai, Ibnu 'Auf! Sesungguhnya yang demikian adalah kasih mesra. " Abdullah mengulangi perkataannya. Sabda Rasulullah saw., "Air mata mengalir, hati penuh duka, namun tidak ada kata-kata yang kami ucapkan melainkan apa yang diredhai Allah jua. Dan sesungguhnya perpisahan kami dengan engkau, hai Ibrahim, amat menyedihkan." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0678]

Konteks: Nabi saw menangis di depan jenazah anak baginda i.e. Ibrahim as. Menangis boleh dalam musibah asal tidak mengeluh kepada selain Allah (seperti "kenapa Allah buat begini").

- Bilakah sabar yg mendapat ganjaran? 
Sabar pada kali pertama ditimpa musibah mendapat ganjaran penuh ialah riwayat Sahih Muslim no. 926 (daripada Anas bin Malik RA melalui Tsabit)

Hadis.
  • عَنْ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَىٰ
Terjemahan: "Kesabaran itu (berpahala penuh) ialah ketika kejutan (musibah) mula-mula menimpa." (Sahih Muslim 926 - Muttafaq 'alaih).

- Hikmah: Musibah awal uji iman; sabar spontan = ganjaran besar. Segera ucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un".


Friday, December 5, 2025

Tadabbur Surah Al-Maidah ayat 5:49

- us Dr Hasnan Kasnan kuliah Maghrib Jumaat 5-Dis-2025

Tadabbur Surah Al-Maidah ayat 5:49

- Surah Al-Maidah ayat 5:49 (klik sini) m/s 116
{ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ }

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

- "وَٱحۡذَرۡهُمۡ" Allah peringatkan supaya berhati² dgn org yg nak menyesatkan org² Islam. Org² yg nak menyesatkan itu bukan terbatas kpd org² kafir, tetapi juga org² Islam yg nipis imannya.

- Ayat 49 ini menekankan perintah kepada Nabi Muhammad saw untuk memutuskan perkara menurut wahyu Allah, bukan hawa nafsu Yahudi/Nasrani yang cuba menyesatkan.

- Asbabun Nuzul (Sebab Turun)
Riwayat Ibnu Abbas ra (Ibnu Jarir, al-Baihaqi):
  • Ka'ab bin Asad, Abdullah bin Suriya, Waisyah bin Qais (Yahudi Madinah) datang kepada Nabi saw: "Kami pendeta besar Yahudi. Ada sengketa dengan kaum kami. Putuskan demi kami, kami akan beriman & semua Yahudi ikut!"Mereka mahu Nabi pihak mereka (ikut hukum jahiliah/Taurat palsu), janji masuk Islam massal.Nabi tolak kerana takut zalim. Allah turunkan ayat ini: "Hukum mengikut wahyu Allah, jangan hawa nafsu mereka".
- Dalil wajibnya tadabbur Al-Quran dlm Surah Sad ayat 38:29 (klik sini) m/s 455
{ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

- Org yg hidupnya mengikut nafsu (hawa), dia sebenarnya menjadikan hawa sebagai tuhannya, tidak mengikut hukum Allah. Dalilnya dlm surah At-Jathia ayat 45:23 (klik sini) m/s 501
- { أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ }

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

- Kesan Utama Dosa Menurut Ibn Kathir
1. Hati Bertitikan Hitam & Gelap
  • Surah Taha ayat 20:124 (klik sini) -- Maksudnya: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

  • Dosa buat hati gelap, sempit dada, tiada ketenangan walaupun nikmat zahir (pakaian, makanan). Hati jadi "kelam" susah terima petunjuk.

  • Hadis (HR Muslim): "Dosa tinggalkan titik hitam di hati, ulang dosa = hati hitam sepenuhnya." 

2. Rezeki Tertahan & Musibah
  • Surah Al-Anfal ayat 8:53 (klik sini) -- Maksudnya: "(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui."

3. Amal Baik Menjadi Sia-Sia
  • Surah Muhamad ayat 47:23 (klik sini) -- Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!"

- Tanda² iman sudah nipis
Seseorg itu susah hati/stress/menyampah pada majlis² ilmu ugama.

- Dalil dlm surah Az-Zumar ayat 39:45 (klik sini) (m/s 463)
{ وَإِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَحۡدَهُ ٱشۡمَأَزَّتۡ قُلُوبُ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦٓ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ }

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.