Monday, December 22, 2025

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 dan 230

- us Dr Zawawi bin Ismail Maghrib Rabu 26-Nov-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 dan 230

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 (klik sini)
{ ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَٰنٖۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَاۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

- Dlm amalan arab jahiliyah, tiada had talak. Kedatangan Islam memberi petunjuk dan penyelesaian hal kekeluargaan.

- Talak itu boleh dilafazkan dua kali sahaja secara umum, selepas itu suami mempunyai dua pilihan; sama ada menahan isteri dengan cara yang baik atau melepasnya dengan cara yang baik pula. Ayat ini mengingatkan supaya talak tidak menjadi sesuatu yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta memperingatkan agar tidak melampaui batas dalam perceraian.

Ibn Kathir turut menceritakan sebab turunnya ayat ini, yaitu ketika seorang wanita yang bernama Habibah isteri Thabit bin Qays bin Shammas datang kepada Nabi Muhammad saw mengeluh kerana hendak diceraikan oleh suaminya secara berulang-ulang tanpa alasan yang jelas, sementara dia tidak ingin keluar dari pernikahan tersebut kerana menilai suami tidak mengenakan syariat yang benar. Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai panduan hukum.

Dalam tafsirnya, Ibn Kathir menegaskan bahawa talak tiga sekaligus tidak sah dilakukan dalam satu masa, dan Allah menjelaskan bahawa pernikahan yang telah diceraikan sebanyak dua kali masih ada peluang untuk pembaikan atau bercerai secara baik. 
  • Jika sudah dilafazkan talak tiga, maka perceraian itu adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali melalui pernikahan baru dengan suami lain.

Definasi Khuluk:
Perceraian yang diminta oleh isteri di mana isteri memberi ganti rugi atau tebusan kepada suami sebagai syarat untuk membebaskan dirinya daripada pernikahan tersebut. Secara bahasa, khuluk berasal dari kata "khala’a" yang bermaksud menanggalkan atau melepaskan, kerana isteri adalah "pakaian" bagi suami dan suami juga "pakaian" bagi isteri secara metafora.

Dalam fiqh, khuluk adalah pemisahan yang dibuat oleh isteri dengan memberikan sesuatu kepada suami supaya suami melafazkan talak atau bersetuju untuk bercerai.

Ibn Kathir menjelaskan bahawa khuluk merupakan hak yang dimiliki isteri dalam Islam untuk mengakhiri pernikahan jika mereka mendapati kesulitan dan ingin melepaskan diri dari ikatan tersebut dengan mengganti hak suaminya seperti mahar yang telah diterima. 
  • Khuluk ini dilihat sebagai pengimbang kuasa talak yang dimiliki suami supaya isteri juga mempunyai pilihan dalam masalah perceraian.

Rujukan Kes:
  1. Jika dalam proses khuluk, sekiranya suami itu setuju dan melafazkan talak (cerai), maka isteri tidak wajib serahkan ganti rugi (yg awalnya hendak dijadikan ganti rugi kpd suami), kerana suami telah melafazkan talak.

  2. Talak 3 sekali gus bergantung kpd keputusan mahkamah. Hakim bertanggungjawab analisa dan menentukan sama ada ianya talak 1 atau talak 3.

  3. Talak yg berturutan, contoh: lafaz cerai pertama berlaku dlm rumah, suami berang dan keluar rmh dan dia lafazkan cerai ke2 depan rumah, lafaz cerai ke3 bila suami pulang masuk ke rumah semula. Dlm kes ini lafaz talak cerai dibuat pada 3 keadaan masa berbeza. Mahkamah boleh merumuskan telah berlaku cerai talak 3.

- Khuluk bukan perceraian yg dilafazkan oleh suami.

Surah Al-Baqarah ayat 2:230 (klik sini)
{ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُۥۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۗ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ }

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

- Talak ketiga yang bersifat muktamad dan tidak boleh dirujuk kembali kecuali setelah isteri menikah dengan suami lain yang sah secara syariat. Jika talak ketiga sudah jatuh, maka wanita tersebut haram kembali kepada suaminya yang lama kecuali setelah melalui pernikahan baru dan penceraian yang sah (halala).

- Syarat kes cina buta:
Suami kedua yg dikahwini perlu melakukan "dukhul" ie hubungan seks suami isteri, maka sekiranya suami ke2 itu menceraikan isterinya, maka selepas tempoh eddah, baharulah suami pertama boleh rujuk kembali dgn cara akad nikah yg baru.

  • Definisi dukhul dalam konteks fiqh Islam secara umum adalah persetubuhan atau masuknya alat kelamin suami ke dalam kemaluan isteri setelah akad nikah. 
    • Secara bahasa, "dukhul" berarti masuk atau memasuki, dan dalam istilah fiqh dukhul merujuk kepada hubungan seksual suami isteri yang sah.

  • Dari segi hukum, dukhul mempunyai implikasi penting seperti menimbulkan kewajiban nafkah dari suami terhadap isteri dan memulai masa eddah jika terjadi perceraian. 

  • Para ulama membezakan antara dukhul haqiqi (persetubuhan secara nyata) dan dukhul hukmi (khalwat atau berdua-duaan dalam keadaan aman yang menimbulkan dugaan persetubuhan).

Fasakh
Definisi fasakh dalam konteks fiqh Islam adalah pembatalan ikatan pernikahan yang dilakukan oleh hakim (qadhi) atas permintaan salah satu pihak kerana adanya sebab syar’i yang sah, seperti cacat fizikal yang tidak diketahui sebelumnya, ketidakmampuan suami memenuhi kewajibannya, atau sebab lain yang membuat pernikahan sulit diteruskan secara sah dan adil.
  • Fasakh adalah pemutusan pernikahan tanpa lafaz talak suami, dan dilakukan sebagai solusi menjaga keadilan dan kemaslahatan dalam rumah tangga.


Catatan Kuliah:
  • Fasakh | us Ahmad Faizal Bin Sudin Ali | 23-Nov-2025 (klik sini)
  • Perceraian | us Dr Zawawi Ismail | 10-Dis-2025 (klik sini)
  • Menyusu dan hak penjagaan anak | us Dr Zawawi Ismail | 18-Dis-2025 (klik sini)

No comments: