- us Syed Hussaini bin Syed Hasan kuliah Suboh Sabtu 20-Dis-2025
Sifat Mazmumah - Bakhil Kepada Diri Sendiri
Hadis Nabi:
- Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : 'Takutlah kamu akan berbuat zalim. Kerana perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan kelak di hari kiamat. Dan takutlah kamu akan berlaku bakhil. Kerana berlaku bakhil itu telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu kerana telah menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menyebabkan mereka melanggar larangan (segala yang diharamkan) Allah:' [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2209]
- Allah sebutkan sifat bakhil dalam beberapa ayat Al-Quran antaranya:
(1) Dlm surah Ali-Imran ayat 3:180 (klik sini)
{ وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.
- kekikiran bukan kebaikan tetapi keburukan yang menambah dosa, di mana harta yang dikumpul secara tamak akan menjadi azab, berbeza dengan orang dermawan yang dimuliakan.
Dlm ayat yg lain Allah katakan org² yg bakhil itu sebenarnya bakhil kpd dirinya sendiri. Sifat semula jadi manusia yang enggan mengeluarkan harta walaupun diminta oleh Allah, dan kekikiran itu membuka kedengkian hati
(2) Dlm Surah Muhammad ayat 47:38 (klik sini)
{ هَٰٓأَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم }
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(3) Dlm surah At-Taghaabun ayat 64:16 (klik sini)
{ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ وَٱسۡمَعُواْ وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيۡرٗا لِّأَنفُسِكُمۡۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
- Apakah zakat kpd org² berilmu?
- Sesorg ilmuan itu kebanyakannya belajar dgn pembiayaan pengajiannya ditanggung oleh org lain spt institusi, pusat zakat, etc. Maka ilmu yg diperoleh perlu diajarkan sebagai salah satu cara memberi balasan atau imbalan. Ada guru mengatakan itulah cara berzakat ilmu ie mengajarkan ilmu kpd org lain.
- Jangan kedekut mengajarkan ilmu kpd org lain, kerana ilmu tidak berkurang apbl diajar kpd org lain, malah meningkatkan kefahaman dan menambah ilmu yg kita ada.
- Bagaimana mengikis sifat kikir/kedekut?
1. Qana'ah (redha dengan rezeki Allah) dan sabar melawan cinta syahwat duniawi, serta memendekkan angan-angan dengan ingat mati, membantuti akar bakhil yang datang daripada cinta harta berlebihan.
a) Sesorg yg bakhil perlu memberulkan pandangan/tanggapan tentang dunia. Sabda Nabi hidup di dunia ini jadilah spt org asing, tidak sayangkan atau mengumpulkan harta setamak²nya.
2. Bantuan dari Allah i.e. banyakkan doa utk elakkan sifat kedekut.
Hadis:
- اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Dari Anas bin Malik ra. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa sebagai berikut: Allahumma inni a'udzu bika minal 'ajzi, al kasali, wal jubuni, wal harami. wal bukhli; wa a 'udzu bika min 'azabil qabri. wa min fitnatil mahyaa wal mamaati( Wahai Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, dari kemalasan, dari penakut, dari kepikulan dan dari kebakhilan; dan aku berlindung dengan Engkau dari seksa kubur dan dari bencana hidup dan mati ) [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2328]
No comments:
Post a Comment