- us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Maghrib Khamis 18-Dis-2025
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:233
Surah Al-Baqarah ayat 2:233 (klik sini) (m/s 37)
{ ۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
- "وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ" penggunaan perkataan ini (walid atau walidah), walid ie bapa biologi. Walidah ie ibu biologi. Sementara "abun" merujuk kpd penjaga lelaki (spt datuk, bapa saudara, bapa tiri), dan "ummun" merujuk kpd penjaga perempuan spt nenek, ibu saudara.
Hukum berkaitan isu menyusukan anak:
- Harus utk seorg ibu biologi utk menysukan anak yg dilahirkannya.
- Haram utk seorg bapa memerintahkan isterinya yg melahirkan anak mereka supaya menyusukan anak yg dilahirkan.
- Sekiranya ibu dengan sukarela memberi susu badannya kpd anak, dan rela tidak menuntut sebarang bayaran upah menyusu dari suami, maka gugur hak isteri utk menuntut bayaran upah dari suaminya.
- Kiraan utk tempoh menyusu seorg anak adalah 2 tahun qamariah.
- Sekiranya seorg isteri memberitahu suaminya dia tidak menuntut sebarang bayaran upah menyusukan anak, tetapi setelah bercerai dia menuntut bayaran upah menyusukan anak, maka tuntutannya tidak sah.
Sekiranya berlaku perceraian, dan anak berada di bawah hak penjagaan ibunya, maka bapa wajib membiayai perbelanjaan anak.
- Jika anak itu masih kecil, maka perbelanjaan anak itu perlu diserahkan kpd ibunya.
Sekiranya ibu itu dgn sengaja membawa pindah anak jagaannya jauh dari bekas suami agar bekas suami tidak dapat berjumpa anak²nya, maka gugur hak penjagaan anak ke atas ibu tersebut.
- Haram hukumnya ke atas ibu yg dgn sengaja menjauhkan hubungan bekas suaminya dgn anak² jagaannya. Contoh perbuatan bekas isteri dgn niat menjauhkan anak² jagaannya dari bekas suami:
- Memburuk²kan bekas suami, dgn tujuan menimbulkan rasa benci anak kpd bapanya.
- Tidak membenarkan anak² jagaannya berjumpa dgn bapa mereka.
Tempoh jagaan adalah anak² jagaan itu sampai akhil baligh atau boleh menjaga diri mereka sendiri, atau masih lagi menuntut ilmu (fardu ain).
- Sekiranya anak itu menuntut di asrama, kolej atau universiti (ilmu fardu ain), maka bapa (biologi) masih bertanggungjawab utk mebiayai anaknya belajar.
Isteri Bernikah Baru:
Sekiranya bekas isteri itu bernikah maka bekas suami masih wajib menanggung/menyara anak².
- Suami baru (bapa tiri) yang menyara anak² tiri mendapat pahala dari kebaikannya membela dan memberi belanja kpd anak² tirinya.
Bapa Meninggal Dunia (Selepas Bercerai):
Sekiranya bekas suami meninggal dunia, maka tanggungjawab menanggung/menyara anak yg masih di bwh jagaan bekas isteri adalah terletak kpd adik beradik lelaki (i.e. bapa saudara), atau datuk.
- Adik beradik perempuan (i.e. ibu saudara) atau nenek tidak wajib menanggung/menyara anak yg masih di bwh jagaan bekas isteri.
- Ayat 2:233 ini mewajibkan ibu menyusui anak selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakannya. Sementara bapa wajib menyediakan nafkah makanan dan pakaian bagi ibu yang menyusui tanpa berlebihan atau kekurangan.
Carian Internet:
Larangan Menyusahkan Bekas Pasangan:
Ibnu Kathir menafsirkan frasa " لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا " sebagai larangan ibu menderita disebabkan anaknya, misalnya dengan menyerahkan bayi untuk menyusahkan ayah melalui biaya pemeliharaan. Demikian pula, ayah dilarang merampas anak dari ibu hanya utk menyusahkan bekas isterinya.
Tanggungjawab Bapa:
Seorg bapa bertanggung jawab penuh atas nafkah anak dan ibu penyusunya, termasuk jika si bapa meninggal maka ahli warisnya mewarisi kewajiban ini. Ini mencakupi pencegahan mudarat demi maslahat anak, sebagai rahmat Allah bagi orang tua dan anak
Hak Penjagaan Anak:
Seorg ibu adalah lebih berhak mengasuh anak selama masa menyusui, dengan hak ini gugur jika ia menikah lagi menurut sebagian ulama. Keputusan hak penjagaan anak harus atas kerelaan kedua pihak demi kebaikan anak.
No comments:
Post a Comment