Sunday, October 25, 2026

Berdiri Mengadap Allah di Padang Mahsyar

- us Dr Mohd Al-Ikhsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 25-Okt-2026

Mahsyar: Berdiri Mengadap Allah (Peringkat ketiga)

Peristiwa utama di Padang Mahsyar ialah manusia dibangkitkan, dikumpulkan, berdiri menghadap Allah untuk dihisab, kemudian diberikan balasan. Keadaan manusia ketika itu amat dahsyat iaitu tanpa pakaian dan alas kaki, berpeluh mengikut amal, serta menunggu hisab dalam keadaan penuh ketakutan.

1. Dalil manusia berdiri di Padang Mahsyar dlm keadaan berdiri dlm surah Al-Mutaffifin ayat 83:6 (klik sini)
{ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

2 Dalil² hadis
2.1. Keadaan manusia ketika di Mahsyar
يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا

Maksudnya, “Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak ber alas kaki, tidak berpakaian, dan belum dikhitan.” [HR Muslim, no. 2859]

Hadis ini menerangkan keadaan asas manusia ketika dibangkitkan ke Padang Mahsyar.

2.2. Manusia berdiri dalam keadaan berpeluh
يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الْأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ

Maksudnya, “Manusia akan berkeringat pada hari kiamat sehingga keringat mereka memenuhi bumi sebanyak tujuh puluh hasta, dan keringat itu menenggelamkan mereka sehingga sampai ke telinga.” [HR Al-Bukhari no. 6532 dan Muslim no. 2863]

Kadar peluh seseorang bergantung kepada amalnya; ada yang sampai ke buku lali, lutut, pinggang, mulut, atau telinga.

2.3. Matahari didekatkan
يُدْنَى الرَّجُلُ مِنَ الشَّمْسِ مِلًّا

Maksudnya, “Manusia akan didekatkan kepada matahari sejauh satu mil.” [HR Muslim, no. 2864]

Ini menyebabkan keadaan menjadi sangat panas dan mengerikan, lalu manusia berpeluh mengikut kadar amal masing-masing.

- Siapa yg pertama akan diberikan pakaian di Padang Mahsyar? -- Nabi Ibrahim dan selepas itu Nabi Muhammmad saw.
Mengapa Nabi Ibrahim menjadi pilihan Allah utk diberikan org pertama diberikan pakaian? -- Sebagai balasan pengorbanan dan ujian yg ditanggung oleh Nabi Ibrahim di mana sewaktu Nabi Ibrahim hendak dicampakkan dlm api akibat dari tindakannya memecahkan patung² sembahan kaumnya, dia dilucutkan pakaiannya, dimalukan dihadapan kaumnya sebelum dicampak dlm api.

- Adakah keadaan peluh manusia ketika di Padang Mahsyar itu sama? -- Tidak sama. Dalil manusia berpeluh di Padang Mahsyar sehingga peluhnya menembusi bumi sebanyak 70 hasta dan sampai ke telinga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الْأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا، وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ.

Maksudnya, Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Manusia akan berpeluh pada hari kiamat sehingga peluh mereka menembusi bumi sebanyak tujuh puluh hasta, dan peluh itu akan menenggelamkan mereka sehingga sampai ke telinga.” [Hadis Sahih al-Bukhari no. 6532 dan Sahih Muslim no. 2863]


- Dalil Al-Quran bhw manusia akan sibuk dgn kerisauannya sendiri, datang mengadap Allah di Padang Mahsyar secara sendiri² tidak kisah hal pasangan, anak² mereka. Keadaan ini disebutkan dalam surah An-Nahlu ayat 16:111 (klik sini)
{ ۞يَوۡمَ تَأۡتِي كُلُّ نَفۡسٖ تُجَٰدِلُ عَن نَّفۡسِهَا وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا عَمِلَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ }

(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.

- Dalil yg lain bhw manusia datang mengadap Allah secara sendirian dlm surah Maryam ayat 19:80 (klik sini)
{ وَنَرِثُهُۥ مَا يَقُولُ وَيَأۡتِينَا فَرۡدٗا }

Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.

- 7 golongan yg mendapat keringanan sewaktu menunggu di Padang Mahsyar. Hadis bhw tujuh golongan yang dinaungi Allah pada hari kiamat, iaitu hari apabila tiada naungan kecuali naungan Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

Maksudnya, Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dengan naungan-Nya pada hari apabila tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
  1. Pemimpin yang adil;
  2. Pemuda yang dibesarkan dalam ibadah kepada Tuhannya;
  3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid;
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah;
  5. Lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang berkedudukan dan cantik, lalu dia berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’;
  6. Orang yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya;
  7. Orang yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian sehingga mengalir air matanya.” 
[HR Al-Bukhari no. 660, 1423, 6606 dan 6806, serta Muslim no. 1031]



No comments: