Friday, February 1, 2013

Ayat perang terhadap iblis

- us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 1-Feb-2013

Surah Al-Araf ayat 7:12 - 18

- 2 golongan di akhirat nanti ie 

  1. (i) golongan yg berat timbangan amalan baiknya. 
  2. (ii) golongan yg rugi, yg berlaku zalim terhadap ayat-ayat Allah.

- tanya para sahabat kpd Rasulullah, "apa maksud rumah menjadi kubur?", jawab baginda, "Iaitulah rumah yg penghuninya tidak membaca Al-Quran dan mendirikan solat sunat".

- ayat 12, dalil bhw iblis bukan berasal dr golongan malaikat. Malaikat diciptakan dr nur, manakal dm ayat ini iblis mengaku di hadapan Allah bhw ia diciptakan dr api.


Surah Al-Araf Ayat 7:12, ms (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."


- ayat 13, org yg ada sikap takabbur (ie tahu kebenaran, tetapi menolaknya) dlm dirinya tidak akan masuk syurga.

Surah Al-Araf Ayat 7:13, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ 

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".


- ayat 14, apbl iblis mendengar Allah menghinanya, ia memohon supaya ditangguhkan kematiannya hingga hari kiamat.

Surah Al-Araf Ayat 7:14, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ أَنظِرۡنِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".


- al-Qurtubi menulis dlm kitabnya bhw iblis mempunyai 2 kelamin yg terletak di peha kiri dan kanannya. Apbl dicantumkan kedua-dua pehanya maka lahirlah 4 anak iblis. Iblis tidak perlu ada pasangan spt manusia utk menambah bilangannya, berbanding manusia perlu mendapatkan pasangan utk menambah zuriat. Dgn itu bilangan iblis sentiasa melebihi bilangan manusia.

- ayat 15, Allah menerima permohonan iblis utk ditangguhkan kematiannya hingga ke hari kiamat.

Surah Al-Araf Ayat 7:15, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".


- ayat 16, iblis kemudiannya bersumpah utk menghalang anak Adam dr menuruti jalan yg lurus. Oleh sbb itu ramai manusia yg laju utk melakukan perkara yg haram dan makhruh.

Surah Al-Araf Ayat 7:16, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;


- ayat 17, iblis mendatangi manusia dr 4 penjuru (depan, belakang, kiri dan kanan).

Surah Al-Araf Ayat 7:17, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


- Jumhur ahli tafsir mengatakan dr depan, blkg, kiri dan kanan adalah kiasan shj.

  1. Maksud dr hadapan adalah melucutkan ingatan manusia dr mengingati hari akhirat (biar tak ingat langsung).
    • Org yg bijak adalah org yg sentiasa ingatkan mati.
  2. Maksud dr belakang adalah supaya manusia sentiasa ingatkan dunia, sentiasa mencari kekayan dunia.
    • tanya Rasulullah kpd para sahabat, "Apa makna org papa kedana?" Jawab para sahabat "adalah org yg papa, tiada wang dan harta". Jawab Rasulullah, "adalah org yg mempunyai harta dan apbl dia mati hartanya tidak memberi apa2 kepadanya (di akhirat nanti)."
  3. Maksud dr kanan adalah, supaya manusia lalai dr melakukan perkara yg wajib dan sunat.
  4. Maksud dr kiri adalah, supaya manusia suka melakukan perkara yg haram dan makruh.


- ayat 18, Allah perintahkan iblis keluar dr syurga. Allah pula bersumpah bhw akan memenuhkan neraka jahanam dgn iblis dan manusia yg mengikuti iblis.


Surah Al-Araf Ayat 7:18, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡهَا مَذۡءُومٗا مَّدۡحُورٗاۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;


-Iblis bersemayam di dunia, duduk di air.

-Allah bertanya kpd neraka jahanam, samada sudah penuh atau belum. Jawab neraka jahanam, ada lagikah manusia?. Bermakna neraka tidak penuh, dan menggambarkan betapa luasnya neraka.


Surah Qaf Ayat 50:30ms 519 (klik sini utk paparan ayat)

يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٖ

(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"



No comments: