Monday, February 11, 2013

Sirah Rasulullah saw

Haji Widak, Kuliah Maghrib Isnin 11-Feb-2013
- Us Azam

-Rasulullah saw pergi menunaikan haji sekali, dlm keadaan beliau sudah sampai ke penghujung urusan menyampaikan ugama Allah.

-pd 26 Zulkaedah baginda bersiap utk menunaikan haji, menyediakan 100 ekor unta utk dibat qurban di Mekah. Baginda berangkat selepas solat Zuhor. Sampai di Bir Ali ketika waktu Asar.

- perjaanan dr Bir Ali mengambil masa 8 hari utk tiba di Mekah, ie pd 4 Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

- niat Nabi adalah menunaikan haji qiranie haji dan umrah. Biasanya jemaah Malaysia melakukan haji tamattuk.

- beliau perintahkan kpd para sahabt g tidak membawa haiwan qurban agar membuat haji tamattuk.

- Nabi tidak membuat tahallul kerana baginda telah membawa bersamanya haiwan qurban.

- pd hari 8 Zulhijjah (hari tarwiyyah), baginda terus berangkat ke Mina. Sampai di Mina baginda solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Selepas solat suboh 9 Zulhijjah baginda berangkat ke Padang Arafah. Setibanya di Arafah, para sahabt telah menyediakqn tempat berteduh/khemah utk baginda. Sampai waktu Zohor, Nabi berkhutbah, ketika itu jumlah umat Islam adalah 124,000 org, ada riwayat mengatakan 144,000 org.
- Antara perkara yg disampaikan semasa khutbah baginda:
1) kehormatan org Islam (maruah, harta) perlu dijaga dan dipelihara.
2) minta menjaga org perempuan Islam (kerana org lelaki memegang amanah Allah utk menjaga org perempuan mahramnya)

- kemudian Nabi bertanya kpd mereka, apa yg mereka mahu menyaksikan di hadapan Allah nanti? Pd hari itu turunlah ayat melengkapkan ajaran Islam.

- ada org yg bergembira mendgr berita trsbt, namun saidina Umar menangis kerana apbl telah sempurna ajaran Islam, maka Allah akan menjemput Rasulullah saw.

- selepas solat Zohor dan Asar, baginda menunggu hingga waktu Maghrib. masuk waktu Maghrib, Nabi menumpang Uzmah bertolak ke Mudzalifah. Baginda solat Magrib dan Isyak secara solat jamak takhir. Nabi bersolat jamak takhir dgn diantaranya diiqamahkan.

- Lembah Muassir, Nabi bergerak laju, kerana di situlah tentera abrahah dimusnahkan oleh Allah.
- bagi juga dlm kisqh yg lain, ketika melalui Lembah bani Soleh, Nabi minta para sahabat supaya disegerakan utk melaluinya, dan jika ada roti yg diuli dgn air di kawasan itubmaka baginda memerintahkan agar roti itu diberikan kpd unta/haiwan tunggangan.

- Nabi samapi ke jamratul aqaba, baginda melontarkan 7 batu kelikirdan bertakbir pd setiap lontaran.

- Nabi sembelih sendiri 63 ekor unta, selebihnya diarahkan kpd saidina Ali utk menyembelihnya. ketika itu usia Nabi 63 tahun. Sebhgn dr daging sembelihan itu diarahkan oleh Nabi agar daging qurban itu dimasak.

- Nabi menghabiskan hari2 tasyrik, hingga hari ke 13. Pd hari ke 14 baginda berangkat pulang ke Madinah

- dlm perjalanan pulang dan tiba di suatu tempat yg ketika itu baru selesai hujan, Nabi berpesan agar umat Islam menjaga keturunan baginda.

- sambung kuliah akan dtg apbl Nabi tiba di Madinah, iaitu kira2 dua bulan selepas meninggalkan Madinah utk menunaikan haji. Nabi sekembalinya ke Madinah mengalami sakit dan sakit baginda berterusan hinggalah baginda wafat.

- kesakitan baginda adalah juga berpunca dr terkena racun pd tahun ke 7 hijrah, dimana racun diletakkanoleh seorg wanita (zainab?) dlm hidangan kambing utk dijamu kpd Rasulullah.

No comments: