Monday, February 18, 2013

Dosa Besar ke-8: Derhaka kepada Kedua Ibu Bapa

-Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 17-Feb-2013
Dosa besar ke-8 ie Dosa menderhaka kpd kedua ibu-bapa.

-Sedang Rasulullah saw menyampaikan kuliah, dtg 3 lelaki. Lelaki pertama dtg dan memenuhkan ruang yg kosong. Lelaki ke2 dtg dan melihat tiada ruang dihadapan jd dia duduk di belakang. Lelaki ke3 dtg dan mendapati tiada ruang, kemudian dia turus pulang. Selesai kuliah, Nabi memberitahu kpd para sahabat, bhw lelaki pertama akan bersama-sama dgn jemaah lain mendiami syurga. Lelaki ke2 ini adalah org yg pemalu dan tidak mahu menyakiti hati para sahabt yg lain. Manakala lelaki ke3 itu Allah akan berpaling drpdnya.

-jika ibu-bapa meminta harta dr anaknya, maka berikanlah.

-kedudukan ibu adalah lebih utama, berbanding bapa.

-bagaimana menguruskan ibu saudara apbl ibu dan bapa telah meninggal. Pd ketika itu, ibu saudara itu satu taraf dgn ibu kita dr segi hubungan, hormat, dan ketaatan.

-Allah memerintahkan Nabi Musa berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya. Kerana sesungguhnya barangsiapa yg berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya, maka akan dipanjangkan umurnya.

-Ditafsirkan tentang hal umur yg panjnag itu sebagai
(i) umur yg berkat, ie walaupun umurnya pendek tetapi amalan baiknya banyak.
(ii) Ditafsirkan juga, bhw akan dikurniakan anak yg soleh dan solehah yg taat kpdnya, dan akan mendoakannya apbl dia sudah meninggal.

-dlm kitab Taurat, barangsiapa yg memukul bapanya maka hukumannya adalah bunuh.

-hadis yg diriwayatkan oleh Amru bin Marrah; tlh dtg seorg lelaki kpd Rasulullah saw, bertanyakan pandangan Nabi apbl dia telah melakukan segala perkara yg dituntut oleh ugama (solat, puasa, zakat dan menunaikan haji), apakah yg dia akan dapat. Jawab Rasulullah, org yg melakukan perkara spt yg disebutkan itu akan masuk syurga, dgn syarat dia taat kpd ibu bapanya.

-barangsiapa yg mencerca ibu bapanya, masuk dlm kubur nanti, maka batu2 dr neraka akan gugur kpdnya, ibarat titis2 hujan dr langit. Apbl dikafankan dan dikebumikan, maka kubur akan mula menyempit sehingga tulang belulang berlaga satu sama lain.

-sabda Rasulullah, 3 golongan yg terima balasan spt itu (kubur menjadi sempit) adalah:
(i) org yg musyrik
(ii) org yg berzina dan
(iii) org yg mencerca ibu bapanya.

-para sahabat bertanya kpd Nabi, bagaimana seorg anak buleh memaki ibu bapanya. Jawab baginda, apbl seseorg itu memaki ibu atau bapa org lain. Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ...

- 10 perkara
1) apbl salah seorg atau ke2 ibu bapa hendak makan, maka beri mereka makan. Jika mereka sakit, berikan sedikit makanan yg diminta utk mereka merasa. Jangan berikan berlebihan kerana akan menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk.

2) berkehendak kpd pakaian, maka belikan mereka.

3) berkehendak kpd khidmat atau bantuan, maka berikan khidmat atau bantuan kpd mereka.
-Kata Al-Basyar, adalah lebih afdal berada dekat dgn ibu bapa dr mengangkat pedang berjuang.
-Dan melihat wajah ibu itu adalah lebih baik dr melakukan benda lain.
-Suatu ketika Abu Hurairah pergi ke pasar (selapas kewafatan Rasulullah), dia merasa pelik melihat begitu ramai org di pasar. Dia memberitahu kpd org di pasar bhw Nabi saw tlh mengagih-agihkan hartanya di masjid.

4) apbl dipanggil, maka segera datang.

5) apbl diperintahkan, maka segerakan/laksanakan selagi mana tidak melakukan perkara yg bertentangan dgn syariaat.

6) bercakap dgn lemah lembut.

7) jgn sesekali panggil ibu atau ayah dgn namanya. Panggil ibu atau ayah.

8) apbl berjln, kita menuruti mereka (dibelakang mereka, bukan mendahului mereka)

9) berikan apa yg mereka suka.

10) mendoakan keampunan ke atas ibu bapa pada setiap hari.

-kisah Al-Qomah, 3 sahabat berjumpa dgn Al-Qomah ketika sedang nazak, kemudian mereka pulang berjumpa Nabi dan memberitahu bhw Al-Qomah masih tidak boleh mengucap. Rasulullah perintahkan sahabat (Umar?) memanggil ibu Al-Qomah utk berjumpa Rasulullah. Kemudian baginda bertanya kpd ibunya apa perkara yg menyebabkan anaknya berlaku demikian. Ibu Al-Qomah memberitahu bhw anaknya sgt mentaati mengerjakan ajaran Islam, namun ibu Al-Qomah ada perasaan marah terhadapnya, kerana anaknya itu melebihkan isterinya (berbanding ibunya) Rasulullah memberitahu, oleh kerana ibu Al-Qomah tidak mengampunkan anaknya maka tergantung amalan Al-Qomah. Namun ibu Al-Qomah masih tidak mahu mengampunkan dosa anaknya. Rasulullah perintahkan Bilal bin Rabah utk menghimpunkan kayu utk membakar Al-Qomah. Akhirnya ibu Al-Qomah mengampunkan anaknya. Rasulullah kemudiannya memerintahkan Bilal utk menjengok Al-Qomah sama ada dia sudah mampu mengucap kalimah tauhid. Bilal kembali menemui Rasulullah dan memberitahu Al-Qomah mampu mengucap sebelum meninggal.

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum, minta maaf ..saya tumpang tanya. Beberapa hari lepas saya telah bertengkar dengan ibu saya. Saya dituduh ibu, jadi saya cuba pertahankan diri sendiri dengan mengatakan 'bukan salah saya ' ..Ibu marah saya dan enggan bercakap dengan saya. Sebelum tidur saya dengan ikhlas memohon maaf dari beliau. Walaupun sudah tiga kali pohon maaf, beliau masih enggan maafkan saya, beliau menjerit,menengking serta memaki hamun saya. beliau merendahkan saya dan ingin menyerang saya. saya hilang pertimbangan dan jadi marah ..saya memukul kepala ibu saya apabila beliau bertembung muka beliau dengan muka saya sambil menjerit pada saya.....selepas itu saya sedar diri dan saya menangis merayu supaya beliau memaafkan saya ,kerana saya tidak sengaja, saya biarkan syaitan menguasai diri saya. sudah berapa lama merayu .,walaupun beliau cakap beliau tidak ada anak dan beliau tidak mengaku saya anak berkali2..saya memeluk kaki beliau dan enggan melepaskan kaki beliau sehingga beliau maafkan saya...akhirnya beliau maafkan saya....tapi beliau masih enggan bercakap/bersembang dengan saya......saya sudah solat taubat dan masih bertaubat...tapi saya masih rasa tidak cukup..saya masih rasa saya akan ke neraka...tolong saya, bantu saya ...