Sunday, November 22, 2015

Bible menerangkan hudud sebelum kedatangan Rasulullah

- us  Roby Tandang kuliah Maghrib 22-Nov-2015

Kitab Genesis (Kejadian)
- Kitab Genesia adalah berkenaan kejadian. Kejadian bumi dan diikuti kisah2 para Nabi.

- Bible menyebutkan kejadian dunia dlm masa 7 hari,  dan kisah2 para Nabi,  hinggalah Nabi Ishak, Nabi Yaakob, Nabi Ismail.

- Namun kisah Nabi Ismail diputuskan (ditamatkan kisahnnya) setakat Nabi Ismail sahaja.

- Salah-silah Nabi Ishak di teruskan hingga 12 keturunan. Termasuklah kisah Nabi Yusof, Musa dan Isa.

-  Tentera firaun di sesatkan di Padang pasir selama 40 tahun.
- Kisah Nabi Musa dikatakan

Surah Al-Maedah Ayat 5:26 (klik sini utk paparan ayat)


قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

 

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

  • Kemudian kisah para nabi itu diteruskan hingga kisah Nabi Daud, hingga kisah kelahiran Nabi Sulaiman.

  • Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, pemerintahannya di sebelah Utara di sebut tanah Israel dan selatannya di warisi oleh Nabi2 lain.

  • 500 tahun selepas dr Nabi Isa, Allah turunkan Nabi Muhammad saw, yg datang dr keturunan Nabi Ismail.

  • Antara kata Nabi Daud, dlm Bible Nabi Daud ada 70 pecahan suara dlm berzikir kpd Allah. Dlm Al-Quran dikatakan ada 7 suara.

  • Dlm syair zikir Nabi Daud,  disebutkan kedatangan Nabi Muhammad.

  • Dlm Bible ada Perjanjian Lama (Old Tastement)  yg di dlmnya ada 39 kitab. Dlm Perjanjian Baru (New Tastement) ada 27 kitab.

  • Namun org kristian kini tidak membaca Old Tastement,  sebaliknya hanya membaca New Tastement,  yg di bawa oleh Luke, Marcus,

  • Org Islam boleh membaca dan berhujah dgn menggunakan Bible,  namun tidak boleh beriman kpd Bible.

  • Dlm kitab Bible disebutkan makan khinzir, arak adalah haram, tetapi org kristian mengatakan minum sedikit arak tidak haram, tetapi jika diminum byk ianya haram.

  • Bible juga mengatakan riba itu haram.

  • Bible mengatakan Nabi Ibrahim dikhatankan pada usia 80 thn. Namun org kristian mengatakan khatan tidak wajib.

  • Bible mewajibkan jenazah perlu dikafankan dgn kain kapas, namun hari ini hanya org Islam sahaja yg mengkafankan jenazah dgn kain kapas.

4 perkara paling utama dlm Bible
(1) Mengakui Allah Maha Esa,
(2) jangan mencuri,
(3) jangan berzina dan
(4) jangan memberi persaksian palsu.

Hukum hudud seperti dlm Bible Old Tastement

  • Dlm Bible, jika seorg lelaki ditangkap basah ketika sedang berzina dgn isteri lelaki lain, maka seretlah mereka ke khalayak ramai dan rejam mereka hingga mati. Sekiranya mereka belum berkahwin maka sebat mereka.

  • Kitab Mathew bab 5 no 50, jika mencuri maka potong tangan kanan dahulu. 


Surah Al-Maedah ayat 33, juga menyebutkan hukuman potong tangan kanan ke atas pencuri. Potong secara bersilang utk kejadian berulang.


Surah Al-Maedah Ayat 5:33 (klik sini utk paparan ayat)


إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

- Bible lama melarang memberi saksi palsu. Perlu datangkan saksi 4 mata (ditafsirkan sebagai 2 org) yg soleh, yg dtgkan seekor lembu yg sihat dan sempurna anggotanya, di bawa ke tempat ibadat dan mengakui bhw dia memberikan persaksian yg benar.

  • Kitab John bab 8, Ketika Nabi Isa menjadi hakim kpd kes perempuan dituduh berzina. Nabi Isa mengetukkan tongkatnya apbl pihak yg menuduh gagal mendatangkan 2 saksi.  Dgn itu Nabi Isa memutuskan supaya dibebaskan wanita itu.


- Hukum hudud telah diwahyukan kpd Nabi-nabi Bani Israel, bukannya hukum baru yang di wahyukan kpd Nabi Muhammad. 

  • Hukum hudud telah wujud sebelum Nabi Muhammad melalui para Nabi terdahulu, dan diceritakan dlm Bible Old Tastement.
      
  • Dlm Al-Quran hukum hudud kpd tuduhan zina perlu mendatangkan 4 org saksi yg beriman, ini lebih menjaga maruah org yg dituduh zina, jika 2 org saksi pun susah utk ditampilkan, maka 4 org saksi lebih-lebih lagi utk didatangkan. Inilah dikatakan hudud rahmat.


- Apbl membaca kitab Bible (Old Tastement) penganut kristian akan faham ugama Islam. Namun Bible Lama (Old Tastement)  tidak boleh dijadikan panduan utk beramal kpd Allah. Al-Quran yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia mesti dijadikan kitab utama dan menggunakan hadis sebagai panduan utk melakukan amalan ketaatan kpd Allah. 


New Tastement (ie Bible) tidak boleh dijadikan rujukan utk melakukan ketaatan kpd Allah, kerana kandungan New Tastement telah diubah-suai mengikut nafsu, dan penganut kristian disesatkan dgn konsep trinity.


- Penggunaan kalimah Allah dlm Bible terjemahan akan menyebabkan penganut kristian akan keliru dgn:

1) Allah yg diucapkan itu merujuk kpd Nabi Isa.
- Kitab Naba Ul-Uslum tlh mencatatkan bhw 40 ketua kitab ketika bertemu Rasulullah. Rasullah mengajak wakil2 kristian itu utk memeluk Islam. Jawapan wakil kristian itu adalah bhw mereka telah mengenali Islam sebelum dari kedatangan Nabi Muhammad. 

- Rasulullah kemudiaannya menjelaskan penyelewengan dlm kristian apbl:

  • (a) kitab Taurat mengatakan, Allah bukan manusia, dan bukan anak manusia. Maka Nabi Isa bukan Allah.

  • (b) membuat patung menggambarkan Allah. Dlm kitab Ulangan, menegah umat kristian dari membuat sebarang patung yg dikatakan Allah. Kitab ini mengatakan Allah bukan patung sembahan.

  • (c) memakan khinzir adalah haram dlm Bible, sebaliknya org kristian membenarkan/menghalalkan khinzir.

Antara akhlak baik yg diamalkan di gereja:
- Amalan gereja mempunyai prinsip yg tinggi dan tidak mengharapkan politik.

- Amalan gereja menolak tapisan ie tapisan kpd tabung2 sumbangan (dengan maksud mereka tidak bersalah guna duit sumbangan).

No comments: