Saturday, November 28, 2015

Pemberian harta yang makhruh

- us Dato Zaidi kuliah Maghrib Sabtu 28-Nov-2015
Pembahagian harta kepada anak-anak

- Dilema kpd ibu bapa utk membahagikan harta kpd anak-anak. Oleh itu jangan di tanya soal kasih-sayang kerana ianya akan membawa kpd kekecewaan.

- pemberian oleh seorg ayah kpd seorg anak berdasarkan alasan kasih sayang, maka urusan pemberian itu adalah sah dari segi undang-undang.
-- Cth seorg bapa yg uzur dipujuk secara senyap oleh warisnya (katalah anak bongsu) utk memberikan harta tanah kpd dia seorg sahaja, dan tidak diagihkan kpd anak-anak yg lain.  Dlm kes harta tanah, borang 14A di Pejabat Tanah membenarkan alasan kasih-sayang dlm transaksi pertukaran nama geran tanah.

-- Apbl di rujuk ke mahkamah oleh lain2 anak, utk membatalkan pemberian harta tanah tsbt, maka mahkamah memutuskan bhw pemberian itu adalah sah. Maka tiadalah bahagian kpd lain2 anak itu.

- Jumhur ulamak bersetuju dgn hukum harus kpd seorg bapa berhak memberikan (hibah) apa2 hartanya kpd anak-anaknya (warisnya) mengikut penilaiannya sendiri.

- Makhruh sekiranya pemberian kpd anak-anak itu tidak seimbang. Makhruh itu jika dibuat) dilakukan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan (tidak dilakukan) maka dia dpt pahala.

- pemberian kasih-sayang itu merupakan hadiah.

- Anak-anak yg telah diberikan peluang belajar tinggi perlu berlapang dada dan redho sekiranya dia tidak diberikan harta peninggalan. Sekiranya bapa memberikan kpd anak-anak yg kurang berpelajaran tinggi, maka redhokanlah pemberian kpd adik-beradik yg lain itu, kerana anda telah diberikan kelebihan utk mencari rezeki hasil dr peluang pengajian yg diberikan oleh bapa. Semoga anda diberikan rezeki yg lebih disamping menjaga hubungan silaturrahim kpd adik-beradik.

Wasiat wajibah
- Wasiat wajibah adalah pemberian faraid kpd anak saudara yg mana ayah atau ibunya adalah adik-beradik yg sepatutnya mendapat harta/agihan faraid.

- Seorg datuk boleh memberikan hibah kpd cucunya yg telah kematian bapa, di mana bapanya adalah anak kandung datuk tsbt. Pemberian hibah tabt sewaktu datuk itu masih hidup. Sekiranya datuk itu telah meninggal maka cara pemberian kpd cucu tadi adalah dgn kaedah wasiat wajibah.

No comments: