Sunday, November 22, 2015

Jaga hati

- us Zainal Arifin kuliah Suboh Ahad 22-Nov-2015

Surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini utk paparan ayat)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

5 perkara yg perlu dijaga utk mendekatkan diri kpd Allah.

1)-Jangan terlalu percaya dgn isu semasa. Elakkan fitnah dari media sosial. Jangan kita menyesal di akhirat nanti.

2) jangan menghina diri kita.
  • Jangan lakukan perkara yg boleh menyebabkan diri kita dihina oleh org lain.
  • Elakkan sesuatu yg tidak baik yg menyebabkan org lain mengata.
  • Jangan menggelarkan org lain dgn gelaran yg tidak elok

3) jangan cepat buruk sangka.

4) jangan cari2 kesalahan org lain

5) jangan mengumpat.

Org beriman ini bersaudara...

- Musuh Islam lakukan 3 perkara
1) menimbulkan keraguan,
2) membenci, dan
3) mengeluarkan
seorg muslim dari ugama Islam. Ini adalah sunnatullah, spt adik-beradik Nabi Yusof.

5 usul utk menjaga hati kita:

1) hati perlu dijaga kerana Allah Maha Mengetahui apa yg ada di dlm hati.
- Org sentiasa melihat kejadian bumi ini, dan mengingatkan dirinya kpd Allah. Sekurang-kurannya dia mengucapkan subhanalah.

Surah Ghafir ayat 40:16 (klik sini)

يَوْمَ هُمْ بَارِزُونَ ۖ لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ ۚ لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ۖ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!

2) sesungguhnya Allah tidak melihat kpd amalan yg zahir semata-mata, Allah melihat hati.
  • Apbl melakukan ketaatan, amalan itu mestilah disebabkan dgn keikhlasan hati.
  • Siapa yg beramal dgn amal yg soleh, lelaki atau perempuan, dan dia org yg beeiman, maka dia dimasukkan ke dlm syurga.
  • Seseorg yg bersangka baik dgn Allah, maka dia beramal dgn iman dan ikhlas dlm amalannya.
  • Jaga hukum Allah, maka Allah akan jaga kita, rezeki kita.
  • Jangan dengki dgn nikmat yg Allah kurniakan kpd org lain. Walaupun org itu bukan muslim, sebaliknya kita berlu menjaga diri supaya tidak

-tidak boleh iri hati melainkan kpd 2 golongan ie org yg diberi harta dan dia menggunakan hartanya utk mendekatkannya kpd Allah. Kedua adalah org yg diberi ilmu kpdnya dan dia mengajarkannya kpd org lain.
  • Jangan dengki apa yg Allah telah kurniakan
  • Jangan diredhoi dgn perbuatan/amalan yg buruk seseorg yg mendapat nikmat.

Ke-3) hati ini spt raja yg ditaati
  • Sesuatu amalan itu bermula dgn hati/niat.
  • Allah campakkan iman dlm hati kita.
  • Utk pertanggungkawaban, Allah mulakan dgn hati.

Sesunggunhya kami tlh tempatkan jin dan manusia, mereka ada hati tetapi tidak mahu beriman dgnnya, mata.. Melihat kebesaran Allah,

- Anggota akan mengikut kata hati. Baik-buruk seseorg itu bermula dgn hatinya.

Nabi Isa mengatakan waktu itu ada 3
  1. Waktu yg tlh berlalu
  2. Waktu yg akan datang
  3. Waktu sekarang.
Maka manfaatkanlah waktu sekarang utk menjadikan hati kita cintakan Allah, dan melakukan amalan yg ikhlas.

Surah Al-Ankabut ayat 29:69 (klik sini)

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Ke-4) Hati tempat khazanah yg berharga.



No comments: