Saturday, November 28, 2015

Hari Penyesalan

- us Dr Muhammad Al Ikhsan kuliah Subuh Sabtu 27-Nov-2015

Hari Penyesalan

Peringatan dari ayat Al-Quran Surah Maryam ayat 19:39 (klik ini utk paparan ayat)
 
وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.


- Hari penyesalan di mana manusia tidak dpt kembali semula ke dunia, utk melakukan ketaatan kpd Allah, dan mereka dlm keadaan yg rugi, iaitulah ketika hari Akhirat.

- Dlm bahasa arab, sesuatu benda/perkara yg banyak makna, maka benda/perkara itu adalah sesuatu yg amat besar. Hari kiamat adalah contohnya.

- Ada juga penyesalan walaupun mereka telah dimasukkan ke dalam syurga. Penyesalan penduduk Syurga adalah kerana mereka amat cuai dlm melakukan ketaatan kpd Allah, ie menyesal kerana kuantiti atau kualiti amalan di dunia dahulu tidak dipertingkatkan atau dilebihkan dari yang telah dilakukan.
-- Contohnya menyesal kerana
  1. tidak melebihkan solat sunat
  2. tidak melebihkan sumbangan (derma)
  3. tidak solat berjemaah
  4. tidak membanyakkan mengaji Al-Quran

- kematian itu akan di bawa ke hari kiamat, dan diletakkan di antara syurga dan neraka. Malaikat akan menanyakan kpd ahli syurga dan ahli meraka sama ada mereka kenal dgn makluk kematian itu. Mereka kemudiannya menjawab, kenal akan makhluk kematian tersebut. Lalu Allah perintahkan malaikat utk menembelih makhluk kematian itu, dan dibacakan ayat Hari penyesalan (surah Maryam ayat 39) dan dikatakan tidak ada lagi kematian selepas itu.

- Faedah ayat ini
1) org kafir akan menyesal dgn keengganan mereka kerana menolak Islam.

2) org yg menzalimi org lain.
  • Pahala akan digunakan utk menebus kekurangan pahala org yg dizalimi di Akhirat nanti. Org yg kehabisan pahala kerana pahalanya telah diambil utk diberikan kpd org yg pernah dizalimi, maka mereka akan menyesal dgn seburuk-buruk penyesalan.

  • Org yg zalim itu menggigit jari dan menyesal kerana tidak mengikut ajaran Rasulullah dan menyesali kesilapannya kerana mengikuti nafsu dan ajakan syaitan.

  • Sesiapa yg berhajat bertemu dgn Allah, maka ajal akan menemui mereka. Maka mereka perlu bersedia dgn amalannya utk menemui Allah.

Surat Al-Hasr ayat 59:18
 (klik ini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.


3) org kafir akan merasakan kehidupan di dunia itu amat singkat. seolah-alah hanya satu pagi atau satu petang sahaja.

4) kpd org yg akan masuk neraka, mereka akan cuba menebus dosa mereka dgn anak isterinya, dan ahli keluarganya utk menebus dosanya, dari dicampakkan ke neraka. Namun tidak boleh.

Surah Az-Zumar ayat 39:47
 (klik ini utk paparan ayat)

وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ مِنْ سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَبَدَا لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ

Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.


5) Seorg mukmin itu perlu menjaga imannya hingga hari kematiannya.

Surah An-Nisa Ayat 4:136
 (klik ini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۚ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


Ummu Salamah meceritakan bahawa Rasulullah saw memperbanyak dalam do’anya:

اللَّهُمَّ مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya Allah, yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamamu.


No comments: