Monday, February 11, 2019

Solat Berjemaah

- us Mohd Hasif kuliah Maghrib Isnin 11-Feb-2019

Melazimi solat berjemaah

- alasan yg dibenarkan utk tidak solat berjemaah (bagi lelaki):

1. ada masalah keselamatan atau bahaya jika keluar rumah utk solat berjemaah.

2. kerana sakit uzur seperti yg menyebabkan wuduk tidak lama kerana kerap berhadas kecil (spt sakit kelenjar prostat menyebabkan kerap dlm keadaan bernajis.) Jika dia dtg juga ke masjid, dikhuatiri akan mengotorkan masjid dgn najis.

- org yg tidak dpt bersolat kerana keuzirannya, namun merasa amat kesal kerana tidak dpt bersolat jemaah, maka dia masih dikira mendapat pahala solat berjemaah.

- Surah At-Taubah Ayat 9:92

وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ إِذَا مَآ أَتَوۡكَ لِتَحۡمِلَهُمۡ قُلۡتَ لَآ أَجِدُ مَآ أَحۡمِلُكُمۡ عَلَيۡهِ تَوَلَّواْ وَّأَعۡيُنُهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُواْ مَا يُنفِقُونَ

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).

- utk mendptkan kekusyukkan solat berjemaah, ianya bermula dr rumah, ambil wuduk sebelum keluar rumah, jaga hati, jaga pandangan mata, jaga mulut dr mengata atau membuat mengutuk, mencaci, sindir atau merendahkan org yg kita temui dalam perjalanan. Hal ini akan memberi kesan kpd keadaan solat kita, spt memikirkan apa yg ditemui dlm perjalanan tadi.

- jika terlewat (tidak sempat masbuk), boleh diajak org yg telah berjemaah utk menjadi makmum supaya dpt pahala solat berjemaah. Begitu juga jika pulang ke rumah, isteri tlh selesai bersolat, boleh diajak isteri utk solat berjemaah.

- kerugian org yg bersolat jemaah adalah apbl tidak mahu berada di saf hadapan.

- menjadi makmum kpd imam yg baik (sifat solatnya, bacaannya) maka dia dpt belajar solat dan bacaannya, begitu juga kelebihan dan tinggi darjat solatnya.

No comments: