-us Johari kuliah Maghrib Sabtu 23-Feb-2019
- kisah seorg sahabat yg diberi gelaran "syahid yg berjalan" ie Tolhah bin Ubaidillah.
- Dlm peperangan Uhud, baginda Rasulullah telah mengumpulkan tentera Islam 1,000 org, namun 300 org tidak ikut serta kerana termakan hasutan Abdullah bin Ubai - ketua org munafik (akhirnya 300 itu pulang ke Madinah dan tidak menyertai peperangan Uhud - kerana pd sangkaan mereka pd peperangan Uhud ini tentera Islam akan tewas). Tentera Islam menentang 3,000 org tentera kafir Quraisy.
40 org dari 50 org pemanah (terbaik tentera Islam yg dipilih oleh Rasullah) yg diamanahkan menjaga posisi tempat tinggi, meninggalkan posisi mereka mengejar harta perang yg ditinggalkan pihak musuh. Khalid Al-Walid (ketika itu belum Islam) mengambil peluang menyerang balas melihatkan pasukan tentera Islam yg beekawal di atas bukit sudah meninggalkan posisi mereka.
Apbl diserang balas keadaan tentera Islam kucar-kacir. Ada yg mengatakan Rasulullah telah terbunuh dlm keadaan kucar-kacir tersbt.
Dlm keadaan itulah Tolhah bin Ubaidillah mengambil tanggungjawab melindungi baginda Rasulullah, sebelah tangannya memeluk Rasulullah dan sebelah tangan lagi memegang pedang membunuh tentera kafir Quraisy.
Disebutkan terdapat 79 tusukan panah di badan Tolhah bin Ubaidillah, dlm melindungi Rasulullah. Tolhah juga diberi gelaran "mata helang" keran ketajaman matanya menangkis serangan tentera musuh semasa melindungi Rasulullah.
- masalah kencing tidak lawas utk lelaki:
Boleh guna-pakai fatwa bkt utk melindungi/menjaga wuduknya:
(1) dibenarkan pakai pampers (juga kpd wanita. Dlm kes lelaki yg bukan tua, pakai pempers menjadi masalah baru pula)
(2) dibenarkan meletakkan alas/balut utk menjaga pakaian agar tidak terkena najis kpd pakaian utk solat (atau pakaian ihram).
- kesalahan² biasa pd hari Jumaat:
(1) lewat tiba ke Masjid. Hinggakan lebih lewat dr khatib.
- khatib disunatkan tiba lewat pd hari Jumaat, agar apbl dia tiba memang masuk waktu dan dia terus naik le mimbar. Kedatangan khatib ditunggu² utk mendengar khutbah yg akan disampaikan.
(2) tidak memenuhkan sof pertama.
(3) tidak melaksanakan saranan supaya disunatkan mandi sunat Jumaat, memakai pakaian yg paling elok, memakai bau-bauan, bersiwak.
- perokok dtg ke masjid dgn bau busuk melekat pd pakaian dan juga bau mulut. Dia dibenci oleh ugama kerana tidak menjaga adab, dan menjaga hubungan dgn org lain.
- hadis: seorg lelaki mandi, berwangian dgn yg paling baik dan memakai pakaian paling baik kemudian ke masjid dan tidak lagha (lalai) ketika khatib berkhutbah.
4) berjalan melangkau sof (utk ke sof dihadapan) hingga melangkah bahu jemaah yg sedang mendengar khutbah apbl khatib sedang berkhutbah.
5) Lagha (lagho) ketika khatib berkhutbah.
- tidur ketika khatib berkhutbah, atau bermain handphone (media sosial atau games).
- duduk yg dilarang ketika khatib berkutbah, ie duduk dlm keadaan memeluk dua lutut (bangsa Arab pula dlm keadaan meninggikan lutut itu mereka melilit dan mengikat dua lutut mereka dgn kain/jubah).
No comments:
Post a Comment