Monday, February 4, 2019

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:58 -60

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 4-Feb-2019

Sambungan kisah Nabi Musa dan kaum bani Yahudi yang tidak mahu mengikut arahan Allah.

Dlm ayat  58 surah Al-Baqarah, diceritakan hal kedegilan mereka yg banyak berdalih dgn arahan Allah yg disampaikan oleh Nabi Musa as.


Surah Al-Baqarah Ayat 2:58

A058

وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".


- ayat ini menceritakan kisah kaum Nabi Musa as, disuruh memasuki Baitul Muqaddis di Palestin.

- mereka tidak masuk ke Baitul Muqaddis kerana ketika itu ada sepuak manusia yg gagah tinggal disitu.

- org Yahudi penakut, apbl mereka di ajak oleh Nabi Musa utk memasui8 Baitul Muqaddis mereka tidak mahu. Begitu juga utk melawan puak yg tinggal di Baitul Muqaddis, mereka tidak mahu bersama utk berperang. Sebaliknya mereka suruh Nabi Musa dan Allah shj pergi berperang. Rujuk Surah Al-Maidah.


Surah Al-Maidah Ayat 5:22

A022


قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".

Surah Al-Maidah Ayat 5:24

A024


قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".


- dlm keadaan semasa, tidak digalakkan ziarah Baitul Muqaddis, kerana secara tidak langsung rombongan ziarah mengiktiraf kuasa rejim Israel, di mana permohonan utk ziarah perlu melalui pemerintah Israel. Jika Israel benarkan ziarah barulah rombongan boleh memasuki kawasan Baitul Muqaddis. Begitu juga yuran/fi/permit utk rombongan pastinya dibayar kpd rejim Israel. Seolah-olah kita membiayai kerajaan rejim Israel.


- Surah Al-Baqaran Ayat 2:59

A059
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:60

A060

  

وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


- org Yahudi yg disesatkan oleh Allah di padang pasir (kerana tidak mahu mengikuti suruhan Allah, dan juga supaya memasuki Baitul Muqaddis). Mereka memohon kpd Nabi Musa supaya diberikan air minuman.

- 12 pancutan air dari baru itu adalah utk setiap suku, hasil dr mukjizat Nabi Musa dgn izin Allah. 12 suku ini adalah berasal  dari keturunan Nabi Yaakob.

- walaupun diberi layanan oleh Allah, org Yahudi masih tidak bersyukur kpd Allah.

No comments: