Sunday, March 26, 2023

Tadabbur Surah Al-Waqiah ayat 56:1 hingga 14

- us Hasnan Kasan tazkirah Ramadhan Sabtu 25-Mac-2023

Tadabbur Surah Al-Waqiah ayat 56:1 hingga 14

- Antara surah yg ditakuti oleh Rasulullah saw, kerana ngerinya malapetaka hari kiamat, hingga baginda beruban.
  • Hadis: Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Muawiyah bin Hisyam memberitahukan kepada kami dari Syaiban dari Ibu Ishaq dari Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata; Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah paduka telah beruban". Beliau bersabda: "Telah membuat aku beruban adalah bencana-bencana yang diterangkan dalam surat Hud, AlWaqiah, Al-Mursalat, 'Amma yatasaa-alun dan Idzasy Syamsu kuwwirat." Hadis ini adalah hadis hasan gharib kami tidak mengetahuinya dari hadis Ibnu Abbas selain dari sanad ini dan Ali bin Shaleh juga meriwayatkan hadis ini dari Abi Ishaq dari Abi Juhaifah seperti hadis Syaiban dan hadis ini juga meriwayatkan dari Abi Ishaq dari Abi Maisarah secara mursal. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3351]
- Surah Al-Waqiah ayat 56:1 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ }

Apabila berlaku hari kiamat itu,

Jangan kita lupa akan hari kiamat. Org yg lalai dari mengingati hari kiamat, membiarkan diri dan keluarganya melakukan kemungkaran. Surah As-Sajadah ayat 32:14 (klik sini)
{ فَذُوقُواْ بِمَا نَسِيتُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمۡۖ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡخُلۡدِ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }

(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

- Ayat 56:2 (klik sini)
{ لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ }

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

- Ayat 56:3 (klik sini)
{ خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ }

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

Bermuala dari ayat ke-4 ini Allah mula ceritakan hal hari Kiamat:
- Ayat 56:4 (klik sini)
{ إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا }

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.

Allah sebutkan juga saat berlakunya hari kiamat itu dlm surah Al-Zalzalah ayat 99:1 (klik sini)
{ إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا }

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

  • Org² yg beriman akan dimatikan oleh Allah sebelum dari kedatangan huru-hara hari kiamat. Allah selamatkan org² yg beriman dari seksaan saat berlakunya hari kiamat.
Setelah bumi dihancurkan akibat dari goncangan (spt gempa bumi), hingga gunung-ganang hancur menjadi spt debu² berterbangan. Surah Al-Kahfi ayat 18:47 (klik sini)
{ وَيَوۡمَ نُسَيِّرُ ٱلۡجِبَالَ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ بَارِزَةٗ وَحَشَرۡنَٰهُمۡ فَلَمۡ نُغَادِرۡ مِنۡهُمۡ أَحَدٗا }

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

- Ayat 56:5 (klik sini)
{ وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا }

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

- Ayat 56:6 (klik sini)
{ فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا }

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

- Ayat 56:7 (klik sini)
{ وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ }

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

- Ayat 56:8 (klik sini)
{ فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ }

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?


- Ayat 56:9 (klik sini)
{ وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ }

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

- Ayat 56:10 (klik sini)
{ وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ }

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Siapa org² yg disebutkan telah mendahului itu. Surah At-Tawbah ayat 9:100 (klik sini)
{ وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَٰنٖ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Sifat² mereka (org² terdahulu) boleh kita tiru (contohi/ikuti), antaranya yg disebutkan dlm Surah As-Sajadah ayat 32:16 (klik sini)
{ تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّهُمۡ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Di waktu sahur mereka beristigfar.

- Ayat 56:11 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ }

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

- para imam perlu membaca Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran/surah dgn tartil, begitu juga dgn bacaan tasbih dlm rukun² solat, sekadar makmum telah selesai membaca tasbih. Dgn itu tidak timbul isu jemaah tidak dapat bersama imam dlm rukun solat, atau isu imam terlalu laju (keadaan solat dimana makmum mengejar imam).

- Ayat 56:12 (klik sini)
{ فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ }

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

- Ayat 56:13 (klik sini)
{ ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ }

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

Gorombolan yg besar itu adalah generasi awal yg memeluk Islam.

- Ayat 56:14 (klik sini)
{ وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ }

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

Org² yg mengikuti sifat² org mukarrabun, mereka termasuk dlm golongan yg sedikit (kecil) itu.


Nota Kuliah:
  • Tadabbur Surah Al-Waqiah ayat 56:15 hingga 26 (klik sini)

No comments: