Sunday, March 5, 2023

Tafsir Al-Quran Surah Yunus ayat 10:1 hingga 3

- kuliah Suboh Ahad 5-Mac-2023


Tafsir Al-Quran Surah Yunus ayat 10:1 hingga 3

- mengandungi 109 ayat.
- Semua ayatnya di turunkan di Mekah kecuali 4 ayat ie 40, 94-96 diturunkan di Madinah. 

- Dimulakan dgn ayat muqakta'ah Alif, Laam Raa'. 

  • 29 surah dimulakan dgn huruf muqakta'ah, antara 1 hingga 5 huruf. 
  • org² Arab apbl dibacakan ayat² Al-Quran mereka faham maksudnya, mereka kata ayat² Al-Quran hebat, bahasa²nya indah. Adakalanya mereka kata ayat² Al-Quran itu biasa. Namun apbl ayat² muqakta'ah dibacakan kpd mereka, mereka tidak mampu melawan mukjizat Al-Quran. Maka mereka menyanjung Al-Quran.


{ الٓرۚ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ }

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.

Ayat 10:2 (klik sini)
{ أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنۡ أَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ رَجُلٖ مِّنۡهُمۡ أَنۡ أَنذِرِ ٱلنَّاسَ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنَّ لَهُمۡ قَدَمَ صِدۡقٍ عِندَ رَبِّهِمۡۗ قَالَ ٱلۡكَٰفِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٞ مُّبِينٌ }

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."

- org² arab memperlekeh Nabi Muhammad sebagai nabi. Mereka kata kenapa Muhammad menjadi nabi kerana dia seorg anak yatim dan dibela oleh Abdul Mutalib. Ayat ke2 ini Allah turunkan sebagai sindiran kpd org Arab bhw Allah boleh lantik Nabi Muhammad itu seorg nabi utk membacakan ayat² Al-Quran yg diwahyukan, walaupun dia adalah seorg anak yatim, utk beri amaran kpd manusia. Dituduhnya pula nabi Muhammad seorg ahli sihir.

Ayat 10:3 (klik sini)
{ إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يُدَبِّرُ ٱلۡأَمۡرَۖ مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ إِذۡنِهِۦۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُوهُۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ }

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

- Allah berkuasa menciptakan sesuatu, dlm konteks masa yg singkat, dalilnya dlm surah Yasiin ayat 36:82 (klik sini)
{ إِنَّمَآ أَمۡرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ }

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

- perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad, kerana baginda diberikan keistimewaan utk beri syafaat di Akhirat nanti.

No comments: