Saturday, March 18, 2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:35 hingga 36

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 16-Mac-2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:35 hingga 36

Surah Al-Baqarah ayat 2:35 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَقُلۡنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

- "يَٰٓـَٔادَمُ" menunjukkan rapatnya Allah dgn Nabi, menunjukkan kasih-sayang Allah kpd Nabi Adam as, tetapi bukan rapat dari segi fizikal. Keistimewaan dan kemuliaan yang Allah berikan kpd Nabi Adam as berbanding makhluk² yg lain. Begitu jugalah rapatnya Allah kpd kita sebagai zuriat/cucu Nabi Adam as.

- "ٱسۡكُنۡ" bermaksud diami/duduk/menetap.

Ayat 2:36 (klik sini)
{ فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوّٞۖ وَلَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرّٞ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٖ }

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

- Allah perintahkan 3 makhluk keluar dari syurga ie Nabi Adam as, Hawa dan syaitan.

- Nabi Adam ditempatkan di dunia utk bertaubat. 
  • Dunia ini sesungguhnya tempat manusia bertaubat.

- Fenomena manusia diturunkan ke dunia, utk mengagungkan kekuasaan dan kebesaran Allah.


No comments: