Sunday, August 13, 2023

Al-Khiyar dalam Perniagaan

- kuliah Maghrib Ahad 13-Ogo-2023

Al-Khiyar dalam Perniagaan

- Satu hak yang diberi kepada pihak-pihak yang berkontrak sama ada hendak meluluskan akad yang dibuat atau tidak.
- bermaksud pilihan sama ada utk meneruskan atau membatalkan sesuatu perniagaan. Terdapat 3 jenis khiyar:

1. Al-Khiyar Majlis - pilihan utk membuat keputusan ketika mana pihak pembeli dan penjual dlm situasi akad ie kedua-dua pihak masih berada di tempat transaksi perniagaan, contoh dalam premis kedai.

2. Al-Khiyar Syarat - tempoh utk membuat keputusan, ie suatu tempoh yg dipohon oleh pembeli atau penjual utk memikirkan sama ada utk meneruskan transaksi perniagaan itu.
  • cth tempoh 3 hari dipohon oleh pembeli utk memikirkan utk membeli atau tidak. Dlm tempoh itu penjual tidak boleh menjualkan kpd pembeli lain.
  • cth ke2, seorg pembeli tanah menawarkan harga rm100 ribu kpd pembeli A. Pembeli A memohon tempoh 3 hari utk memikirkan. Pembeli B mengetahui hasrat tuan tanah utk menjual tanah dan menawarkan harga rm110 ribu. Tuan tanah perlu memberitahu kpd pembeli A bahawa dia membatalkan hasrat menjual tanah itu. Maka tamatlah Khiyar Syarat itu. Selepas itu baharulah tuan tanah boleh menjualkan tanahnya kpd pembeli B dgn harga rm110 ribu tersbt.

3. Al-Khiyar Aib ie yg dilakukan ke atas kecacatan barangan.
- Barang yg disebutkan aib itu mengurangkan harga jualan.
  • Contoh: pembeli seekor kambing untuk qurban mendapati kambingnya tempang. Maka dia pulangkan kambing itu kerana ada kecacatan. Maka penjual wajib terima khiyar aib itu dan menggantikan dgn kambing yg cukup syarat dan sifat utk dijadikan kambing qurban.
- Khiyar aib ini adalah bergantung kpd kejujuran penjual.


Perbezaan antara khazzab dan ghassa:
- khazzab adalah penipuan terhadap subjek bukan barang fizikal.
- Ghassa adalah penipuan terhadap subjek fizikal. Contoh: penipuan dilakukan ke atas air minuman berbotol dikatakan mempunyai mineral yg menyembuhkan penyakit. Sebenarnya air minuman berbotol itu adalah air paip.
  • (a) Kewajipan ke atas org yg mengetahui aib (keburukan atau kecacatan) sesuatu barang utk memberitahu kpd org lain (pembeli lain) tanpa perlu menjatuhkan maruah penjual (mengaibkan si penjual).
  • (b) Jual-beli menjadi sah apbl pembeli redha dgn kecacatan.
  • (c) Jual-beli menjadi tidak sah sekiranya wujud unsur paksaan.


No comments: