Saturday, August 5, 2023

Sahabat Rasulullah: Zaid bin Tsabit

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Ogo-2023

Sahabat Rasulullah: Zaid bin Tsabit

- Zaid bin Tsabit adalah seorang sahabat Anshar dari Madinah.

- Perang Badar pd thn ke2 hijrah, Rasulullah susunkan org² Islam merampas harta perniagaan kafir Quraisy yg pulang dari berniaga di Syam, bagi mendapatkan ganti rugi harta² org Islam Mekah yg harta mereka dirampas sewaktu hijrah ke Madinah.
- Salah seorg Ansar yg memohon utk menyertai peperangan itu adalah Zaid bin Tsabit. Dia muda (kanak²) ketika itu, dikatakan pedang yg di bawanya sama tinggi dgnnya. Rasulullah saw nasihatkan Zaid supaya tidak turut sama. Zaid melihat kpd dirinya, walaupun tidak mempunyai susuk badan yg tegap utk berperang, dia tahu kelebihan dirinya seorg yg berilmu dan kuat menghafal.

Kelebihan Zaid bin Tsabit
- Zaid memberitahu ibunya ie An-Nawwar binti Malik, yg dia mempunyai kelebihan ie seorg yg bijak dan mempunyai daya ingatan yg tinggi, dan hendak berkhidmat dgn Rasulullah saw. Ibunya sangat gembira, kemudian ibunya bertemu dgn bapa saudaranya. Bapa Zaid meninggal sewaktu peperangan sebelum dari hijrah Rasulullah ke Madinah. Bapa saudaranya menguji Zaid. Zaid diminta membacakan ayat² Al-Quran yg ketika itu masih diturunkan. Zaid menghafal 17 surah. Rasulullah saw memberi peluang kpd Zaid utk memperdengarkan bacaan Al-Quran yg dihafalnya. Rasulullah saw dapati bacaan dan hafalan Zaid tepat.

- Satu lagi kelebihan Zaid adalah kelebihan menulis dan membaca. Rasulullah saw gembira dgn kelebihan Zaid. Tugasan awal yg diberikan kpd Zaid adalah mempelajari bahasa org² yahudi ie hebrani, kerana Rasulullah tidak mempercayai org² yahudi. Dlm masa yg singkat Zaid telah berjaya menguasainya bahasa org² yahudi. Selepas itu baginda mengarahkan Zaid mempelajari bahasa suryani. Kurang lebih dlm masa 17 hari Zaid telah dpt menguasai bahasa suryani.

- Dgn kelebihan itu, Rasulullah melantik Zaid sebagi penulis wahyu. Tulisan² Al-Quran dikumpulkan pd zaman khalifah saidina Abu Bakar as-siddiq.

Perang Yamamah
- Peperangan besar selepas kewafatan Rasulullah saw, adalah peperangan menentang org² yg murtad, yg diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab. Dlm peperangan Yamamah itu 40 ribu org murtad menentang 13 ribu org Islam. Musailamah sendiri terbunuh dlm perang itu. Di pihak org Islam 70 org hufaz syahid.

Al-Quran Rasm Uthmani
  1. Pengumpulan - 70 org hufaz Al-Quran yg syahid itu menjadi kerisauan kpd saidina Abu Bakar, maka diarahkan tulisan² Al-Quran dikumpulkan.
  2. Penjilidan - Semasa pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, dijadikan jilid Al-Quran disimpan oleh Habsah binti Umar. 
  3. Baris & Tanda Tajwid - Semasa khalifah Usman ibn Affan, Al-Quran diletakkan baris dan tanda tajwid, bagi membantu pembaca membaca Al-Quran.
  4. Rasm Uthmani - Tulisan dlm Al-Quran tidak semuanya sama dgn penulisan arab. Rasm Uthmani yg ada dlm Al-Quran adalah hasil penulisan Al-Quran oleh Zaid bin Tsabit.

- Kekuatan dan kehebatan Zaid yg lain adalah dlm ilmu faraid. Seorg lagi sahabat yg hebat dlm ilmu faraid adalah saidina Usman ibn Affan. Manakala Kelebihan saidina Abu Bakar adalah ilmu nasab,dia dpt menjelaskan susur-galur keluarga.

- Org paling mahir dlm ilmu faraid adalah Zaid bin Tsabit. Salah satu ilmu yg diangkat oleh Allah adalah ilmu faraid.

- Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib, suatu ketika dia melihat Zaid bin Tsabit hendak menunggung tunggangannya (mungkin kuda, unta atau himar), Abdullah segera dtg memegang kuda. Kata Zaid, wahai sepupu Rasulullah tidak perlulah lakukan perkara ini. Kata Abdullah, beginilah cara kita memuliakan dan menghormati ulamak. Zaid kemudiannya turun dari tunggangannya dan mengambil tangan Abdullah dan mengucupnya, kata Zaid, beginilah caranya kita menghormati ahli keluarga Rasulullah saw.
  • Catatan kuliah: Abbas bin Abdul Mutalib (klik sini)

No comments: