Friday, August 4, 2023

Tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 2:286

-us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 4-Ogo-2023

Tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 2:286

Surah Al-Baqarah ayat 2:286 (klik sini)
{ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

- "يُكَلِّفُ" dari perkataan "yu kal li fu", tambahkan mim, dan tukarkan baris menjadi "mukallaf". Maksud mukallaf adalah (i) aqil ie berakal dan (ii) baligh. Mukallaf terikat dgn 5 hukum ie wajib, sunat, harus, makhruh, dan haram.

- beribadah perlu dgn ilmu.

- hadis: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: 'La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0553]
- Allah tidak akan uji dgn benda yg sesorg itu benci.

- Surah Az-Zumar ayat 39:45 (klik sini)
{ وَإِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَحۡدَهُ ٱشۡمَأَزَّتۡ قُلُوبُ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦٓ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ }

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

- Sifat org² yg turun imannnya (atau imannya dah kering) dia menyampah, menolak, tidak hadir ke majlis² yg diimarahkan dgn mengingati Allah.

- " إِذَا هُمۡ" maksudnya bertukar/berubah dgn pantas.

- Iman bukannya kekal. Boleh bertambah dan boleh berkurang. Jaga dan tegur anak² utk lakukan ibadah dgn lebih baik, agar mereka menjadi org² yg bertambah iman.


No comments: