Monday, August 7, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:234 hingga 235

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 7-Ogo-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:234 hingga 235

Surah Al-Baqarah ayat 2:234 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا فَعَلۡنَ فِيٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

- Ayat 234 ini sambungan dari ayat 233 (isterinyg diceraikan). Ayat 234 ini tempoh edah perempuan yg kematian suami wajib dia beredah selama 4 bulan 10 hari.
  • a) Undang² Islam memperbaiki keadaan zaman jahiliyah terhadap org² perempuan. Pd zaman jahiliyah, perempuan² yg kematian suami akan ditempatkan di tempat/bilik yg kotor dan busuk dan teruk selama setahun. Lagi busuk lagi elok pada pandangan mereka. Dia pula akan ditugaskan melakukan kerja² yg kotor dan busuk, sesuai dgn keadaannya dlm tempoh itu. Hanya dibenarkan menunggang keldai dan kibash (tidak boleh menunggang kuda kerana kuda haiwan yg dipandang mulia berbanding keldai/kibash), membersihkan najis² haiwan tunggangan.
  • b) kenapa 4 bln 10 hari? Tempoh itu adalah tempoh yg Allah tetapkan. Dlm tempoh itu sebagai tempoh bertenang, dan perempuan itu kembali kpd kehidupannya dan memikirkan meneruskan kehidupannya dan membesarkan anak².

Ayat 2:235 (klik sini)
{ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا عَرَّضۡتُم بِهِۦ مِنۡ خِطۡبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوۡ أَكۡنَنتُمۡ فِيٓ أَنفُسِكُمۡۚ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ سَتَذۡكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُواْ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗاۚ وَلَا تَعۡزِمُواْ عُقۡدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡكِتَٰبُ أَجَلَهُۥۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٞ }

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

- Ayat 235 ditujukan kpd lelaki yg menaruh hati kpd perempuan yg baru kematian suami. Ayat ini menyatakan adab² kpd lelaki tsbt.
- Kenapa kiasan?
Islam mengajarkan supaya menjaga perasaan (hati) org yg ditimpa musibah, begitu juga keluarga sebelah suami.


Nota tambahan:
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (klik sini)
Tidak dibenarkan keluar rumah bagi perempuan yg kematian suami itu termasuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.
  • a) Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.
  • b) Keharusan untuk keluar rumah ini juga tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya.
  • c) Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.


No comments: