Saturday, October 8, 2016

Hijrah

- us Zamri kuliah Suboh Sabtu 8-Okt-2016

- Mahkamah Allah adalah mahkamah yg seadil-adilnya.setiap jiwa tidak akan dizalimi. Walau sekecil-kecil amalan ianya akan didatangkan utk dihitung.

Surah Yasiin Ayat 65:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

- Perkara-perkara yg boleh menghapuskan dosa adalah
1) melakukan amalan yg baik.
2) bersedekah. Antaranya memberi minum kpd org ramai.

Surah Al-Baqarah Ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Hijrah Rasulullah ke Madinah bermula pd bulan Safar dan sampai di Madinah pd bln Muharram.

- Saidina Umar Al-Khattab memulakan kalendar dgn mengambil 1 hari bulan (cadangan dr Saidina Ali) Saidina Uthman mencadangoan dgn permulaan bulan bermula dr bln Muharram ie bln pertama selepas dr musim haji.

- Fathul Makkah ie tuntutan wajib ke atas org Islam utk berjihrah dr Mekah ke Madinah secara fizikal.  Namun selepas Fathul Mekah, tiada lagi hijrah dr Mekah ke Madinah.

- Imam Shafie berkata pentingnya kita berhijrah,  bermusafir meninggalkan org yg dikasihi, maka akan ditemui org yg sayang kpdnya, kemanisan hidup akan dtg selepas diuji dgn sedikit kesusahan.

- Anak-anak yg mendpt peluang belajar di asrama/kolej/universiti, semoga mereka mendpt hikmah dan ilmu yg menjadikan mereka anak yg lebih baik, berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, October 2, 2016

Dosa Besar ke-20 - Bertaruh

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2016 (1-Muharrram-1438H)

- Apbl mati anak Adam, maka kuburnya sama ada menjadi salah satu taman2 syurga atau pun menjadi salah satu dr lubang2 neraka.

- Tidak berhimpun pengikutku melainkan utk mereka duduk mempelajari Al-Quran, kandungannya melalui tafsir2, dan hadis2.

- 5 penawar hati
1) Baca Al-Quran dan tadabbur makna Al-Quran.
  • Jaga 7 anggota zahir perlu dijaga (mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, dan kemaluan) barulah menjadi penawar hati.
  • Al-Quran akan menjaga dan merawat 7 anggota
2) Banyakkan zikir kpd Allah
  • Ada malaikat yg menebarkan sayapnya kpd majlis2 zikir antaranya majlis ilmu. Bukan sekadar zikir kpd Allah, maka kita fikir kpd kehebatan dan keagungan Allah.
  • Apbl Allah panjangkan umur kita, maka fikirkan dosa2 yg kita tidak sedar dilakukan setiap hari. Adakah ibadah yg tidak terima. Maka berfikir kita itu akan menyedarkan kita akan kekurangan kita.
3) Kosongkan perut kita
  • Tolak makanan yg sumbernya dr sumber2 yg haram
4) Qiamulail
  • Jika kita mampu bangun di waktu mlm, jangan disia-siakan waktu siang.
5) Duduk dlm majlis ilmu
  • Hadirlah walau sekejap dlm majlis ilmu, utk memdpt ilmu.
  • Hati yg hidup adalah apbl terkena kpd diri kita, maka tersedar kita dr kelalaian kita, atau kesilapan kita, atau dosa2 yg kita tidak perasan.
  • Masalah hari ini: Org menilai keikhlasan org yg berbuat baik. Tidak dirisaukan org yg masih lagi jauh dr Islam. Org yg pergi berjemaah di surau dikatakan riak.

Sambungan dr Dosa Besar ke-20 ie Al-Kumar (Berjudi atau bertaruh)

- Segala bentuk pertaruhan itu adalah judi (Al kumar).
  • Barangsiapa bermain buah dadu itu seolah2 dia mencelupkan tangannya ke dlm daging babi yg berlumuran darah.
  • Kebanyakan ulamak menghukumkan kpd haram, bermain permainan dadu atau catur.
  • Sekiranya ada pertaruhan maka haram hukumnya.

- Harus sekiranya:
  • Dia tidak bermain dikhalayak ramai
  • Dia tidak melalaikan solatnya
Ditanya kpd Imam An-Nawawi akan permainan catur: haram hukumnya dikalangan ramai ulamak. Pandangan imam An-Nawawi sendiri adalah jika disebabkan permainannya itu menyebabkan tinggal solatnya atau adanya taruhan, maka haram hukumnya.

- Dijatuhkan hukum haram ke atas permainan catur kerana kebiasaanya akan dimainkan dgn adanya taruhan.
  • Kata Saidina Ali: buah2 catur itu seperti berhala2 (buah catur mempunyai bentuk), apa faedahnya duduk mengadap buah2 catur (berhala2), maka lebih baik bagi kamu menggenggam bara2 api.

- Dlm kitab Al-Kabair ini, ada satu tajuk khusus berkenaan permainan chess.

- Ada pandangan dari Dr. Yusof Al-Qardawi, berkenaan bermain catur.


Nota kuliah berkaitan: 
  • Nota kuliah sebelum ini - Dosa Besar ke-20 Bertaruh (klik sini)

Sunday, September 18, 2016

Dosa Besar ke-20 Bertaruh

- us Shairozi Hasyim kuliah Maghrib Ahad 18-Sep-2016

Dosa Besar ke-20 ie Al-Kummar iaitu bertaruh yg disebut juga sebagai berjudi.

Dalil: Surah Al-Maidah Ayat 5:90 (klik sini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Andaikan seorg pergi ke kuil dan memohon nombor ramalan, dan berkata dia bernazar utk membuat sembelihan kambing sekiranya menang taruhan nombor. Ditakdirkan dia menang taruhan nombor, maka dibuat sembelihan kambing dan diajak warga kampung/kariah utk dtg jamuan nazarnya.
  1. hukum bertaruh adalah dosa besar
  2. hukum sembelihan kambing nazar itu adalah sembelihan bukan kerana Allah. Sebaliknya kerana nazarnya kpd kuil. Haram hukum sembelihan itu kerana niat sembelihan bukan kerana Allah.

Ayat 5:91: (klik sini)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Org yg berjudi membawa kpd bermusuhan, saling marah-memarahi, benci-membenci. Itulah tujuan syaitan utk menghalang manusia dr mengingati Allah, dan kyusuk dlm solat.
  • Jika seorg itu berkata kpd kawannya utk melakukan bertaruh (betting) maka hendaklah dia melakukan kafarah iaitu bersedekah.


Nota kuliah berkaitan: 
  • Sambung: persilisihan pendapat berkenaan permainan dadu dan catur dlm bab Dosa Besar ke-20 - Bertaruh (klik sini)

Sunday, September 4, 2016

Qurban dan permasalahan semasa

- us Johari Kuliah Maghrib 4-Sep-2016

Ibadah Qurban

1. Hadis riwayat Imam Ahmad: sesiapa yg Allah beri dia kelebihan. Allah beri dia kelebihan rezeki, tetapi tidak buat qurban. Janganlah dtg dekat dgn tempat sembelihan qurban.

- Mazhab Hanafi mewajibkan ahlinya melakukan qurban pd setiap tahun.

2. Rasulullah mengajarkan:
  1. Lihat dan pilih sendiri haiwan yg hendak dijadikan qurban.
  2. Memilih haiwan qurban yg berkeadaan terbaik di antara haiwan² yg ada.
  3. Menyembelih sendiri haiwan yg diqurbankan.
    • Gunakan pisau/parang sembelih paling tajam, spt dr jenama Zwiling (pemegangnya dibuat di German manakala mata pisau/parang dibuat di Jepun, sykt pengeluar mata pedang samurai)
  4. Memakan masakan qurban di tempat sembelihan. Baginda menghirup sup kambing yg disajikan.

3. Hukum memberi bahagian daging qurban kpd org bukan muslim: Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi, dibolehkan Pembahagian daging qurban kpd bukan muslim, lebih-lebih lagi kpd mereka yg ada kecenderungan kpd Islam. Pembahagian kpd bukan muslim itu merupakan suatu dakwah kpd mereka (yg bukan muslim) utk merapatkan mereka kpd Islam, semoga diberikan hidayah kpd mereka utk memeluk Islam, di atas kebaikan yg ditunjukkan dlm ibadah qurban.

- Perlu lihat konteks luar kampung (yg majoriti atau semuanya muslim), di mana agihan daging qurban kpd golongan miskin yg bukan muslim merupakan dakwah islamiah.

4. Qurban itu utk keseluruhan ahli keluarga yg duduk serumah, oleh ketua keluarga. Manakala Aqiqah adalah utk individu.
  • Ahli keluarga yg duduk rumah lain atau tempat lain, maka mereka tidak termasuk dlm kumpulan qurban di tempat lain.
  • Begitu juga kpd lelaki yg mempunyai isteri lebih dari satu yg tidak duduk serumah, maka qurban itu adalah utk keluarga yg dimana Aidil Adha disambut.
  • Lakukan qurban di tempat di mana Aidil Adha di sambut.

5. Agihan daging qurban boleh diambil oleh jawatankuasa qurban dgn persetujuan peserta qurban, boleh di lihat/dicatat dlm borang serta qurban. J/K qurban gunakan daging qurban dan masak makanan utk dimakan bersama di surau/masjid.
  • Agihan 1/3 kpd yg mengambil bahagian dlm ibadah qurban.
  • Agihan 2/3 daging qurban kpd fakir miskin.
  • Agihan daging sahaja, manakala organ dalaman (spt paru, limpa, perut, hati, jantung, perut), ekor, kepala, tulang dan kulit, tidak diagihkan kpd fakir miskin.

Catatan kuliah:

Sunday, August 14, 2016

Qurban dan Permasalahannya

- us Dr Hasnan Kassan kuliah Maghrib Ahad 14-Ogo-2016

Dalil Qurban

1. Surah Al-Haj ayat 22:36 (klik sini utk paparan ayat)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Kauthar Ayat 1-2:
Ayat 108:1 (klik sini)
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Ayat 108:2 (klik sini)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Maksud solat dlm ayat ke2 ini adalah solat sunat Aidil Adha.

- Hukum Qurban adalah sunat muakkad (yg dituntut)
- Imam Nawawi menyebutkan dlm kitabnya, hukum qurban adalah sunat kifayah, apbl telah ada salah seorg dr ahli keluarganya telah melakukan qurban. Boleh disimpulkan, 1 keluarga 1 bhgn qurban.
- Hukum qurban menjadi wajib bila seseorg itu bernazar.

- Sunat utk org yg hendak berqurban utk tidak menggunting atau bercukur bulu di kepala, badan, ketiak dan kemaluan, juga tidak menggunting /potong kuku bermula dr 1 Zulhijjah hingga sembelih qurban. Makruh hukumnya seseorg itu memotong/gunting rambut dan bulu di badannya, atau memotong kukunya dlm tempoh itu.

- Surah Al-Haj ayat 22:32 (klik sini)
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

- Jika dia tidak boleh menyembelih kerana keuzuran, maka dia dibolehkan menyaksikan org lain menyembelih haiwan qurbannya.

- Bagi seorg wanita, Rasulullah mengarahkan anaknya Fatimah utk bangun dan pergi ke tempat penyembelihan utk menyaksikan qurban.

- Afdal haiwan utk diqurbankan adalah:
  1. Unta
  2. Lembu
  3. Kambing kampung
  4. Kambing biri-biri
  • Qurban seekor kambing adalah lebih afdal dr menyertai salah satu bhgn qurban unta atau lembu.
  • Afdal kpd peserta qurban utk menyembelih sendiri haiwan qurbannya.

- Qurban utk org yg telah meninggal
1) Sekiranya ada wasiat dr arwah, maka dibolehkan melakukan qurban untuk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg telah meninggal.
2) sekiranya tiada wasiat, maka org yg berqurban boleh mensedekahkan pahala qurbannya utk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg masih hidup (contoh nama anak sulung). Dia kemudiannya meniatkan pahala ibadah qurban itu disedekahkan kpd si mati.
- Apbl dia qurban utk org lain, maka wajib dia sedekahkan daging qurban itu. Jika termakan, maka tergantung sah qurbannya, sehingga dia menggantikan daging tsbt.

- paling afdal adalah berqurban di tempat di mana kamu tinggal.

- Utk qurban di tempat lain, afdalnya adalah jadikan itu sebagai sedekah. Lakukan qurban di tempat tinggal. Sementara sedekah kpd acara sembelihlah di tempat lain.

- Pembahagian daging qurban
1) Wajib bersedekah kpd org yg miskin sama ada yg tidak hadir atau hadir ke tempat qurban.
  • Sekiranya adik-beradik berqurban seekor lembu, kemudian membahagikan daging qurban sesama mereka shj. Maka tergantung sah qurban mereka hingga digantikan daging itu dgn daging segar, (bukannya diganti dgn daging beku).
3) daging yg telah diagihkan kpd org miskin, maka org miskin itu boleh menjual daging tsbt, kerana telah bertukar milik daging tsbt kpdnya.

- Afdalnya semua daging qurban disedekahkan, melainkan sedikit dr daging qurban itu dijamu kpd peserta qurban sekadar sesuap dua. Tidak dibawa pulang daging qurban tsbt.

- Daging agihan qurban utk org miskin itu tidak boleh dicampurkan dgn kulit, lelemak, organ dalaman. Ianya mestilah daging shj.

Qurban nazar
- Qurban nazar, maka org yg bernazar itu mestilah mensedekahkan keseluruhan daging qurban itu, dan tidak boleh diambil sedikit dibawa pulang utk jamu keluarganya. 
  • Sekiranya dia berbuat demikian, maka mestilah dia menggantikan daging tersbt dgn daging segar dn disedekahkan kpd org miskin.

-

Friday, August 12, 2016

Dayus dan permasalahan dlm keluarga

- Dato' Zaidi kuliah Maghrib Jumaat 12-Ogo-2016
Lelaki yang dayus.

- Nusyus ie isteri yg derhaka kpd suami.
- Haram bagi seorg isteri yg minta cerai tanpa sebab.
- Kebiasaanya suami yg menjadi punca kpd isteri memohon perceraian di mahkamah.
- Dayus ie seorg yg membenarkan maksiat dilakukan dlm keluarganya.

- 3 golongan manusia yg Allah tidak pandang kpd mereka di akhirat
(1) Seorg anak yg derhaka kpd ibu bapa
(2) Seorg perempuan yg menyerupai lelaki
(3) Seorg yg dayus.

- 3 golongan yg tidak masuk syurga:
(1) Dayus ie sesiapa yg membenarkan seorg yg bukan mahram memasuki rymahnya, yg boleh menyebabkan berlakunya kemaksiatan dlm keluarga.
(2) Wanita yg menyerupai lelaki
(3) Peminum arak.

- Kata Imam Zahabi, dayus adalah seorg suami merasa syak terhadap isteri melakukan maksiat namun tidak bertanya kpd isterinya perkara sebenar.

- Hati mati yg membawa kpd hilang keimanan seseorg apbl tidak ada rasa/sensitif terhadap perkara maksiat yg berlaku dlm keluarganya.

Sunday, August 7, 2016

Dosa Besar ke-18 Saksi Palsu

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 7-Ogos-2016

Dosa Besar ke-18 Bersaksi dgn saksi yg palsu

Akibat saksi palsu:
-Oleh kerana saksi palsu, maka berubah sesuatu hukuman.
-Saksi palsu juga boleh menyebabkan perkara yg tidak benar/betul bertukar menjadi benar.

- Tindakan saksi palsu, menjuruskan kpd penganiayaan kepada org lain. Kerana hukuman dijatuhkan ke atas org tidak bersalah.

- Sabda Rasulullah,  org yg menjadi saksi palsu adalah sama spt dosa melakukan syirik kpd Allah.
-- Seolah2 si pelaku saksi palsu itu menafikan kuasa/sifat Allah mengetahui segala perbuatan kita yg jelas dan tersirat.

- Org2 yg melakukan saksi palsu ini, adalah telah melakukan dosa besar kpd Allah.

- Org yg melakukan persaksian palsu itu melakukan 4 dosa:
(1) berdusta dan membuat pengakuan (palsu)

- Gelak ketawa itu mematikan hati.

- Seorg mukmin tidak melakukan 2 perkara:
(i) khianat i.e. Diberi amanah tetapi tidak melakukan amanah yg diberi.
(ii) menipu i.e. berkata palsu

(2) Dia menzalimi org yg dia menjadi saksi.
(3) Dia telah menzalimi org yg ditolong (dgn bersaksi palsu).
(4) Dia telah menghalalkan perkara yg Allah haramkan. Maknanya dia mengambil tempat Allah, menyabablan seauatu yg haram menjadi halal.

- 2 perkara yg ada pd seorg mukkin, ie:
(1) rasa risau, kalau2 amalan yg dibuat tidak diterima oleh Allah
(2) rasa mengharap dgn harapan yg tinggi agar segala amalan yg kita buat diterima oleh Allah.

4 perkara yg menghalang rahmat Allah:
1) org yg bwrterusan minum arak
2) org yg derhaka kpd ibu bapanya
3) org yg memutuskan silaturrahim
4) org yg tidak berkata-kata dgn saudaranya lebih dr 3 hari.