Wednesday, June 29, 2011

Beradab dgn Al-Quran

- Us Nizam Kuliah Maghrib Selasa 28 Jun 2011 (**catatan kuliah)

- Adab dgn Al-Quran dr kitab Minhajul Muslim oleh Sheik Abu Bakar Jabir Al-Jazairi

- menghalalkan perkara yg halal adalah wajib, mengharamkan yg haram adalah wajib, menghalalkan perkara yg haram adalah berdosa, juga mengharamkan perkara yg halal, hukumnya berdosa.

1) Org yg beradap dgn Al-Quran mestilah menjaga adab apbl membaca Al-Quran:
(a)
Duduk dlm keadaan tenang dan beradab
- spt lengkap berpakaian.
- solat berlengeng (tanpa baju) mengikut syariat: tidak boleh bersolat tanpa memakaikan pakaian (ridak) di badan.


(b) Mulut perlu bersih, tidak berbau spt rokok, bau bawang putih (akibat dr memakan bawang putih mentah/ulam). 
- ditakuti malaikat Hafazah (yg menjaga manusia) berada jauh dr manusia. Setiap org dilindungi oleh malaikat, dikhuatiri akibat malaikat ini berada jauh dr individu, maka dia terdedah kpd hasutan iblis atau bencana malang/malapetaka.
 

(c) Mengadap qiblat.
 
2) Membaca dgn tartil ie memberikan setiap huruf akan haknya.
- sebutan huruf adalah penting, dan ini akan membernarkan hak huruf2 tsbt. 
- belajar makhraj huruf akan memudahkan bacaan Al-Quran dan mengindahkan lagu.

(a) jgn terlalu cepat

(b) jgn baca Al-Quran cepat dan menghabiskannya kurang dr 3 hari. Kecuali pd bulan Ramadhan. Kerana Nabi berpesan "barangsiapa yg menghabiskan Al-Quran kurang dr 3 hari, maka org itu tidak faham Al-Quran".

- Para sahabat menghabiskan bacaan Al-Quran setiap 7 hari, spt saidina Umar ra.

- pd zaman Nabi, makhruh berjaga mlm terlalu lama selepas solat Isyak, tujuannya adalah utk membolehkan mereka bangun bersolat/beramal pd sebelah awal pagi (2/3 mlm).
 
(c) seorg muslim apbl membaca Al Quran, dia mestilah beriltizam utk khusyuk membaca Al-Quran
- hendaklah menzahirkan kesedihan apbl membaca Al-Quran, menangis atau dlm keadaan ingin menangis. Sebagaimana kata Nabi, "bacalah Al-Quran dan menangislah pd tempatnya".

(d) hendaklah mencantikkan suara. Memperbaiki bacaan Al-Quran dgn melagukannya.
- seorg lelaki membaca Al-Quran dan mengharapkan utk dipanggil oleh manusia sebagai qari (riak), dia akan diseret mukanya dan dicampakkan dlm neraka.

(e) hendaklah dia merendahkan suaranya. Jika dia takut ada sifat riak atau rasa menunjuk2 atau rasa mengganggu solat jemaah lain.
- spt mana ada dlm hadis Nabi "org yg kuat membaca Al-Quran spt kuatnya ketika bersedekah. Sesungguhnya sunat bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Namun ada pengecualian utk sedekah utk dibuat secara terang-terangan utk menggalakkan org lain turut sama bersedekah."
 

No comments: