Monday, June 20, 2011

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar

- Uz Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 5 Jun 2011 (** catatan kuliah)

- apbl masuk bln Rejab, maka kehadiran Ramadhan menghampiri kita, dgn itu kita diminta berlatih berpuasa. Setidak-tidaknya Isnin dan Khamis.

Dosa besar.
1. Dosa besar pertama ialah syirik kpd Allah. Syirik yg jelas dan riak
2. dosa besar ke-2 ialah membunuh ie menghilangkan nyawa sesorg dgn niat membunuh.

Membunuh
- melakukan sendiri, merancang, memasukkan racun, dgn niat utk membunuh. balasannya dia masuk dlm neraka dan kekal dia di dlmnya.
- sifat org beriman: 1. Dia tidak membunuh, 2. Tidak berzina. barangsiapa melakukan perkara di atas, Allah ancam akan dilipat gandakan azab di akhirat. Dan di akan kekal di dlm neraka. Kecuali org yg bertaubat.
- dosa besar tidak terhapus kecuali dgn taubat nasuha. Jika yg membunuh dia perlu menyerah dia kpd pihak berkuasa. Dia perlu bertaubat, beriman dan beramal.
-  balasan utk pembunuh janin: di akhirat nanti dia akan bertanya semula kpd ibu bapanya, apakah dosanya hingga dia dibunuh.

7 perkara yg membinasakan (dosa besar)
1. syirik kpd Allah
2. sihir
3. membunuh
4. mkn harta anak yatim
5. makan riba
6. lari dr medan perang
7. menunuh perempuan yg baik melakukan perkara2 yg keji (spt zina).

- kata saidina Abas, yg 7 itulah kepala2nya dan di bwhnya ada 70 kategori.
- Sorg lelaki pernah bertanya Rasulullah, apakah dosa paling besar? Jawab baginda, apbl kamu jadikan Allah memunyai sekutunya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, sorg yg membunuh janin kerana takut tidak dpt memberi makan kpdnya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, berzina dgn jiran.

Maka turun ayat surah Al-Furqaan ayat 68.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- termasuk juga dlm syirik iut adalah melakukan amalan dgn riak.
- merancang keluarga  (azal) dibenarkan kerana tidak terbentuk janin.

- Apbl org islam berbunuhan sesama sendiri, maka mereka yg dibunuh dan mereka yg membunuh, di balas azab neraka. ...bersambung di kuliah seterusnya.

No comments: