Monday, June 20, 2011

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar (membunuh)

- Us Shairozi Kuliah Maghrib Ahad 19 Jun 2011 (** catatan kuliah)

--> sambungan bab dosa2 besar ke-2 ie membunuh.

-para sahabat bertanya kpd Rasulullah ttg dosa yg paling besar, jawab Baginda:
1) mensyirikkan Allah
2) membunuh anak kerana takut tidak dpt memberi makan kpd anak itu nanti
3) berzina dgn isteri jiran

-sabda Nabi terhdp 2 org Islam yg bergaduh dan kedua-dua mempunyai senjata, pembunuh dan yg dibunuh akan dimasukkan dlm neraka. Sahabat bertanya kenapa ke2-2 mereke masuk neraka. Jawab Nabi kerana yg dibunuh itu juga berusaha bersungguh-sungguh utk membunuh, maka ke2-2nya masuk meraka. 

-kata imam xxx, org itu melakukan pembunuhan kerana atas sbb dunia (kedudukan/pangkat/kuasa/harta) atau permusuhan (dendam/hasad) atau sbb asobiyah (taksub kpd sesuatu kumpulan/parti/suku/kaum).

-peliknya manusia kerana hidupnya mengumpul harta utk ditinggalkan utk org (anak/isteri), beruntunglah manusi yg mengumpulkan harta utk dibawa mati ie harta yg dikuniakan oleh Allah kpdnya yg dikeluarkan pd jln Allah (spt sedekah/fisabilillah).

-bagaimana kematian
seorg Islam yg berbunuhan yg tidak masuk neraka?
1) jika berlaku pembunuhan sewaktu mempertahan negara dr kumpulan pemberontak (bugho), maka kematian itu tidak masuk neraka kerana mempertahankan negara/syariat Islam yg telah tertegak.
2)mempertahan diri dr perompak/penceroboh (rumah/maruah). 
-namun sekiranya penceroboh/pencuri itu melarikan diri, dan dikejar hingga dia tertangkap, maka pd ketika itu hukumnya haram utk dia dibunuh. Penceroboh/pencuri itu mesti ditangkap dan diserahkan kpd penguasa, utk dijatuhkan hukuman. Sekiranya org yg mengejar dan setelah dpt menangkap penceroboh/pencuri itu lalu dibunuh penceroboh/pencuri itu, maka dia akan masuk neraka.

-Dosa sesama manusia adalah yg berkaitan dgn darah.

-Sumpah palsu hingga buleh menyebabkan kematian org (Islan) yg dituduh, maka mereka yg bersumpah dgn sumpah palsu itu akan dimasukkan dlm neraka, dan mereka itu akan lemas di dlm neraka.

Hukum membunuh org kafir:
1) Tidak berdosa - hukum membunuh org kafir yg menentang agama Islam, maka tidak berlaku dosa besar.
2) Berdosa -hukum membunuh org kafir (zimmi) yg taat kpd pemerintahan Islam.
-sabda Rasulullah: barangsiapa yg membunuh org kafir zimmi (yg ada perjanjian dgn pemerintahan Islam), dia tidak dpt mencium bau syurga, walaupun bau syurga itu dr jarak 40 tahun perjalanan.

Balasan kpd org yg membantu hingga terbunuhnya seorg muslim:
-memberi pertolongan utk membolehkan seorg Islam dibunuh, sekalipun dgn satu perkataan, matinya nanti tertulis di dahinya org yg terputus rahmat Allah. 

No comments: