Monday, June 20, 2011

Ikhlas

- Us Azhar Kuliah Subuh Sabtu 18 Jun 2011 (**catatan kuliah)

Ikhlas
kata dasarnya adalah khalasa
-khalasa= sesuatu yg pernah bercampur dan kemudian dibersihkan.
-Mukhlasin= org2 yg terpilih

-org2 yg terlepas dr godaan iblis adalah org2 yg terpilih.
 
-al durjani mendafsirkan ikhlas sbg: tidak mencari makhluk utk menjadi saksi kpd amal yg dilakukan.
-spt juga dlm bab sedekah, org2 terdahulu mencari penerima sedekah dr kalangan org2 buta, atau fakir2 yg sedang tidur.
-sikap yg tidak mengharap dirinya telah ikhlas. Bermakna dia berterusan amalan ikhlasnya.

Ciri2 ikhlas

1. hanya kerana Allah.
-kisah Umar Abd Aziz:, jika Umar Abd Aziz sedang berkhutbah, dan dia merasa ujub akan dirinya, maka dia memendekkan khutbahnya. Ketika dia menulis surat dan dia merasa ujub maka dia mengoyakkan surat tsbt. Ujub adalah suatu penyakit hati yg mendatangi hati sewaktu beramal kpd Allah.

-merasakan kekuatan utk beramal adalah dr Allah, maka dia berniat kerana Allah Dan meneruskan amalan tersbt.

2. Sentiasa memperbaiki kualiti amal.
-amal berkait rapat dgn hati. Sbb itu setiap amal yg baik dimulakan dgn basmallah.
-dlm hadis Nabi: 
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

-Allah melihat hati dan amalan kita. Ilmu fekah adalah berkenaan amalan manusia dgn 5 hukum. Halal, haram, sunat, harus dan makruh.
 
-hati ibarat raja dan badan itu ibarat pengawalnya. Kejayaan dunia adalah berdasarkan usaha, tetapi kejayaan akhirat adalah berdasarkan hati.

- 3 perkara yg menyokong manusia (menjadi hebat)
1). Ikhlas
-org yg beramal tanpa ikhlas, ibarat berjln di pdg pasir dan membawa bekalan yg penuh  dgn pasir.
-sebaik-baik amal manusia adalah yg benar dlm amalannya dan ikhlas.
2). Solat.
-solat dgn cara yg betul, menjaga keperibadian individu tsbt.
3). Taat.
-ketaatan menjaga seseorg dr menyimpang dr melanggar perintah Allah.

No comments: