-us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Jan-2016
Kaitan Rasulullah dan Madinah
- Rasulullah berasal dr keturunan Bani Hashim.
- Dakwah Rasulullah kpd kabilah2 di Mekah tidak mendapat sambutan dlm 10 thn pertama, kemudian baginda berpindah ke Madinah iaitulah dakwah kpd kabilah2 di luar Mekah, dgn menjanjikan kewujudan sebuah kerajaan Islam.
- Pertemuan yg tidak dirancang apbl Rasulullah bertemu dgn 6 ketua kabilah, yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji.
- Sebelum itu Bani Saqif yg berpusat di Taif. Taif ketika itu adalah sebuah bandar yg sama besar dgn Mekah. Juga pd ketika itu mempunyai berhala yg terkenal (ie latta).
- Rasulullah lahir di Mekah, namun kewafatannya baginda memilih di Madinah.
- Rasulullah, selain dr Bani Hashim suku kaum Quraisy. Dlm syair nama datuk Rasulullah, disebutkan sebagai Syaibah, tidak dipanggil sebagai Abdul Mutalib.
- Syaibah adalah nama asal datuk Rasulullah. Syaibah berkulit putih dan ranbutnya beruban putih.
- Moyang Rasulullah, bernama Hashim bin Abdul Manaf. Seorg peniaga. Ketika dia berniaga ke Syam, beliau berkahwin dgn wanita Madinah (ie Salma) dan mendapat anak ie Syaibah.
- klik sini utk kuliah berkenaan Abdul Mutalib bin Hashim (datuk Nabi).
- Mutalib bin Abdul Manaf adalah adik kpd Hashim.
- Selepas kematian Hashim, Mutalib memujuk Salma utk membawa Syaibah ke Mekah, utk mewarisi peninggalan harta bapanya.
- Nama Abdul Mutalib diberikan oleh penduduk Mekah kpd Syaibah kerana disangkakan Syaibah adalah hamba yg dibeli oleh Mutalib ketika berniaga.
- Abdul Mutalib bermaksud "hamba kepada Mutalib". Namun Mutalib berjaya memperbetulkan hal ini dan mengatakan Syaibah adalah anak kpd Hashim.
- Selepaa itu berlakulah proses mendapatkan semula harta peninggalan bapanya (Hashim).
- Pertemuan Rasulullah dgn 6 ketua kabilah dr Madinah yang kemudiannya menerima Rasulullah.
- Bani Najjar, diketuai oleh As'ad bin Az-Zurarah, yg juga keturunan baginda Rasulullah di Madinah dr keluarga Hashim.
- Dlm pertemuan itu 2 org dr Bani Najjar, salah seorgnya adalah As'ad. As'ad adalah org yg paling muda dlm kumpulan 6 org tsbt.
- Pd thn berikutnya (tahun ke-11), As'ad dtg ke Mekah bersama 11 org lagi bertemu Rasulullah pd kali ke2.
- Dalam masa 1 thn As'ad berjaya menyampaikan berita berkenaan Rasulullah kpd Bani Aus dan Khazraj, dan ugama baru yang di bawa oleh Rasulullah.
- 2 dari 12 itu adalah wakil dari Bani Aus.
- Mus'ab bin Umair ra dikirimkan oleh Rasulullah utk menyertai rombongan 12 org Madinah pulang ke Madinah dan membantu As'ad berdakwah di Madinah.
- Sebelum berangkat pulang ke Madinah, mereka meminta Rasulullah utk menghantarkan sesorang bagi menyampaikan dakwah kepada penduduk Madinah.
- Rasulullah melantik Mus'ab bin Imair ra, sebagai wakil baginda (duta) utk berdakwah di Madinah.
- Mus'ab bin Umair ra dan As'ad Az-Zurarah berjaya mengislamkan kaum Aus dan Khajraj. Hinggakan tiada sebuah rumah di Yathrib yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang telah memeluk Islam.
Hijrah ke Madinah
- Hijrah Rasulullah pd bulan Safar tahun ke 13 Hijrah dan tiba di Yathrib pd bln Rabiul Awal.
- Org Islam Mekah mula berhijrah ke Yathrib lebih awal i.e. bermula pd bln Muharram thn ke 13 hijrah.
- Hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar ke Yathrib, baginda singgah di Quba dan mendirikan masjid di sana.
- Rasulullah mendapat perlindungan kemasukan ke Yathrib, oleh pejuang2 dari Bani Najjar.
- Abu Ayub berasal dr Bani Najjar, baginda tinggal di rumah Abu Ayub.
- Selepas kematian As'ad, Bani Najjar menemui Rasulullah utk dipilih ketua mereka. Maka Rasulullah mengatakan bhw baginda adalah ketua Bani Najjar seterusnya, selepas meninggalnya As'ad.
No comments:
Post a Comment