Sunday, January 15, 2017

Kemulian manusia kerana iman

- us Sabir Kuliah Suboh Ahad 15-Jan-2017

Kemuliaan manusia kerana iman

- Surah Ali-Imran Ayat 3:110 (klik sini utk paparan ayat

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- Surah Al-Munafikun Ayat 63:8 (klik sini

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ


Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

- mulianya org yg beriman kerana mereka mengenali Allah.
- sombong Allah kerana Allah mimiliki sifat sombong itu.
- bagi org yg beriman, mereka rasa mulia kerana diberikan pinjaman oleh Allah terhadap harta, keluarga, kesihatan, etc, mereka rasa bersyukur kpd Allah.

- Apa bukti org yg beriman itu mulia
1) Faham akan tugas utk mengajak kpd maaruf dan mencegah kemungkaran.

2) Faham akan memberi/mengeluarkan infak. Sekiranya tidak mempunyai harta utk diinfak, mereka ringan tulang membantu org lain. Sekiranya tidak berpeluang utk berkhidmat, mereka mengajak kpd perkara kebaikan.
  • Kita jangan jadi org yg tidak berfikir dan menganalisa berita yg diterima (spt media sosial) dgn menyebarkan berita yg salah/palsu hingga menyebabkan fitnah tersebar.

3) Menahan diri dari mengatakan suatu yg tidak baik.
  • siapa yg paling cepat memaafkan org lain, mereka adalah org yg lebih beriman.
  • siapa yg lebih awal memberi salam apbl bertemu dgn org lain, dia adalah lebih beriman.
  • Hadis: “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisiNya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.”

4) Faham akan kecintaan yg diredhai Allah

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • 2 kebaikan yg diberikan kpd mereka yg mencintai Allah:
(i) Dpt keampunan Allah, dan
(ii) Dpt kasih sayang Allah
- diangkatkan darjat, dimudahkan urusannya.

5) Diberikan akal fikiran yg kemudiannya diiktiraf oleh manusia sebagai buah fikiran org yg pakar.

6) Dipelihara oleh Allah, diberikan petunjuk dan hidayah dlm kehidupannya

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

  • siapa yg dimaksudkan dlm ayat ini adalah para sahabat, yg meninggalkan kehidupan mereka sebelum itu, utk menjadi pengikut Rasulullah hingga menjadi para sahabat yg hebat.
  • utk mengerjakan umrah, banyakkan membaca sirah utk kita menghargai pengorbanan para sahabat yg berjuang di jalan Allah, juga kenali tempat2 yg terpahat sejarah berkaitan kebangkitan dan keagungan Islam di bumi Mekah dan Madinah.





No comments: