- us Johari Kuliah Maghrib Isnin 2-Jan-2017
Surah An-Nur Ayat 24:11
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
- ayat ini turun khusus kpd Aisyah ra, yg dituduh oleh Abdullah bin Ubai, dgn tuduhan berzina.
- Rasulullah sebelum melakukan musafir baginda akan melakukan undian utk memilih isteri yg akan dibawa musafir bersama. Dlm peperangan ini, Aisyah dibawa oleh baginda Rasulullah.
- dlm rombongan perang ini tentera Islam telah menang. Aisyah disediakan seekor unta, yg ada spt petak (bilik di atasnya). Apbl rombongan berhenti rehat, Aisyah telah kehilangan kalung (mirjan zaafar) ketika memunaikan qadak hajat. Aisyah kembali semula ke tempat dia qadak hajat utk mencari kalungnya. Apbl rombongan bergerak meninggalkan tempat rehat td, dan Aisyah telah tertinggal rombongan. Askar yg ditugaskan menjaga unta Aisyah juga tidak perasan ketiadaan Aisyah.
-Soffuan bin Muattok juga tertinggal atau askar yg ditugaskan utk memastikan tiada apa2 barang rombongan yg tinggal. Dia kemudiannya terlihat Aisyah yg ketika itu terbaring dgn hijab Aisyah terbuka. Soffuan kenal akan Aisyah dan terkedu kerana tidak tahu bagai mana utk mengejutkan isteri Rasulullah.
- Soffuan kemudiannya meneriak "Innalillahi wainna ilaihi rojiun", Aisyah terjaga dan perasan hijabnya terbuka dan segera menutupnya. Soffuan kemudiannya membawa Aisyah kembali ke rombongan Rasulullah. Soffuan tidak bercakap sepatah kata dgn Aisyah.
- Rasulullah apbl dimaklumkan perkara itu tidak memarahi askar petugas yg menjaga unta Aisyah, kerana tidak perasan sama ada Aisyah ada atau tidak dlm rombongan.
- Abdullah bin Ubai, mendengar berita ini kemudiannya menyebarkan cerita Aisyah telah melakukan zina bersama Soffuan.
- berita ini tersebar di Madinah dan tuduhan ini berlangsung hingga sebulan.
- Rasulullah terkesan dgn tuduhan itu dan antara tindakan baginda adalah hubungan yg kurang mesra dgn Aisyah. Juga membenarkan Aisyah utk kembali ke rumah ibu bapanya (Abu Bakar as-siddiq). Rasulullah mendptkan pandangan dr sahabat yg rapat termasuk kpd Barirah ie pembantu kpd Aisyah.
- Aisyah menafikan segala tuduhan, dia menangis dan kesihatannya terganggu. Aisyah mengatakan dia bersabar spt Nabi Yaakob bersabar terhadap kehilangan Nabi Yusof yg dikatakan oleh abang2nya dgn tuduhan telah dimakan oleh serigala.
Surah Yusof Ayat 12:8
إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."
- Rasulullah kemudiannya menerima wahyu yg membersihkan tuduhan fitnah ke atas Aisyah spt yg dirakamkan dlm Surah An-Nur Ayat 24:11 hingga 24:20.
- kesimpulan:
(1) kita tak byk buat pahala, kurangkan hal-hal yg boleh mendatangkan dosa.
(2) jangan forward berita yg kita terima, kerana apbl berlaku kesilapan kita tak dpt tarik balik tuduhan/fitnah yg kita sebarkan.
- Hal berdoa apbl tahun masihi bertukar
Tiada doa khusus menyambut tahun baru masihi. Tidak diajarkan oleh Rasulullah atau mana2 fatwa utk berdoa apbl tahun masihi bertukar.
No comments:
Post a Comment