Saturday, January 14, 2017

Tafsir Surah Yasiin Ayat 36:54 hingga 62

- us Zamri Kuliah Suboh Sabtu 14-Jan-2016

Surah Yasiin Ayat 36:54 (klik sini utk paparan ayat)

فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

- setiap perkara di dunia adalah ujian kpd manusia utk dinilai iman mereka. Allah sediakan balasan di akhirat.

- ayat seterusnya adalah keadaan manusia di akhirat nanti. Allah kaitkan semua perkara dgn Syurga dan Neraka.

Ayat 36:55 (klik)  

إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

- sibuk yg dimaksudkan adalah sibuk dgn nikmat, leka dgn kenikmatan, seronok sgt hingga tiada masa, hingga tidak pernah terlintas utk memikirkan kesusahan atau kekurangan.

Ayat 36:56 (klik

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

- manusia suka berpasangan, maka di akhirat disediakan pasangan utk manusia. Tidak ada rasa kecewa tentang pasangan yg dikurniakan.

Ayat 36:57 (klik

لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

- penduduk syurga akan diberikan makanan dari pelbagai buah. Rupa buah yg sama spt buah-buahan di dunia namun rasa enaknya melebihi keenakan buah di dunia.

- Ayat 36:58 (klik)

- سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

- penduduk syurga akan disapa oleh Allah, diucapkan selamat sejahtera.

- balasan kpd org2 yg tidak beriman:

- Ayat 36:59 (klik)

- وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ

Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

- Allah pisahkan org yg berdosa yg mengingkari perintah Allah dgn manusia yg mentaati perintah Allah.

- Ayat 36:60 (klik)

- أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

- Ayat 36:61 (klik)

وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

- Ayat 36:62 (klik)

وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا ۖ أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

- Allah mengingatkan utk tidak mengikut hasutan syaitan. Allah ciptakan akal fikiran utk menilai perkara utk tidak terjerumus kpd melakukan kemungkaran.

- Org yg mahukan janji balasan syurga adalah mereka yg berlaku kebaikan, masa dan harta utk kebaikkan terhadap org lain.

No comments: