Monday, August 22, 2022

Iman Menimbulkan Pengharapan (Sambungan 1)

Kuliah Suboh Ahad 21-Ogo-2022

Iman Menimbulkan Pengharapan (Sambung an 1)

Surah As-Soffat Ayat 37:172-173 
Ayat 37:172 (klik sini utk paparan ayat
{ إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ }

Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan

ayat 37:173 (klik sini
{ فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ }

Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.

- ayat 172 merujuk kpd Perang Badar.

Surah Asy Suraa Ayat 26:78 (klik sini
{ ٱلَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهۡدِينِ }

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

- di mana kita sebelum hidup kita yg 50, 60, 70 tahun? Di mana kita selepas dari kematian kita nanti? Adakah masa 50, 60, 70 tahun yg dipinjamkan kita ini hendak disia-siakan?

Surah Al-Insyiqaq Ayat 84:5-6 

Ayat 84:5 (klik sini
{ وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ }

Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

Ayat 84:6 (klik sini
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحٗا فَمُلَٰقِيهِ }

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

- bagi setiap org beriman mesti meletakkan pengharapan kpd Allah, bukan kpd manusia. Pengharapan kpd manusia seperti firaun atau namrud, mahupun juga kpd objek² ciptaan manusia spt patung, tidak memberikan apa² jaminan kpd pembalasan di hari Akhirat.

- cubaan kpd Nabi² dan Rasul ² bukanlah Tanda kebencian. Para Nabiydan Rasul menjadi contoh kpd kita bagaimana menghadapi ujian kehidupan. Ujian² kpd manusia adalah utk menguji kita dgn apa yg kita imani. Adakah hanya di lidah semata², atau ianya diimani di hati.

Surah Muhammad Ayat 47:7 (klik sini) 
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ }

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

- Kita rasa tidak mampu hadapi ujian kerana lemahnya iman kita.
- Kita perlu berdoa kpd the Allah tidak ditimpakam dgn ujian berat yg tidak mampu kita tanggung.
- Apbl kita diuji maka tingkatkan amalan kita, dekatkan diri dgn Allah, Al-Quran. Ujian kehidupan dlm bentuk kesempitan wang, lebihan wang, kuasa, harta, kesihatan.

Surah Al-Mulk Ayat 67:2 (klik sini
{ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ }

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

- Tiada guna kekayaan yg byk jika ianya menjauhkan kita dari Allah.
- Usia yg meningkat bukan alasan utk mengurangkan amalan. Allah tegur kita dgn mememukan kita dgn org yg lebih susah dari apa yg kita hadapi. Kita rasa penat utk bersolat jemaah, tetapi diperihatkan org yg lebih susah dari keadaan kita namun berusaha datang bersolat jemaah.
- Kita diuji dgn Covid-19, selepas Covid ramai yg merasakan berkumpul dlm masjid atau majlis² ilmu itu tidak selamat (kpd kesihatannya), dia meninggalkan majlis² ilmu, atau langsung balik ke rumah selepas solat, tidak lagi menyertai kuliah² Maghrib, Suboh.


- kematian adalah suatu kerehatan.  Allah jadikan ujian kesakitan dan kematian adalah suatu pengakhiran kpd ujiannya.




No comments: