Monday, August 22, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:208

- kuliah Suboh Sabtu 13-Ogo-2022

-Surah Al-Baqarah Ayat 2:208 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

- ayat ini adalah panggilan yg tidak akan berhenti hingga hari kiamat, iaitulah panggilan utk amalkan Islam sepenuhnya bukan sebahagian (sekular).
- haram (tidak boleh) ditokok tambah apa yg diperintahkan/diarahkan oleh Allah. Contoh tambah sujud dlm solat, naikkan kadar zakat.
- haram (tidak boleh) dikurangkan apa yg diperintahkan/diarahkan oleh Allah. Namum dlm cara dakwah kpd yg bukan Islam, terima mereka utk memeluk Islam kemudian bimbing dgn ajaran Islam yg sempurna. Contoh seorg yg baru memeluk Islam masih tidak boleh tinggalkan amalan yg tegar (seperti minum arak) atau tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, dgn ajaran dan kesedaran dan faham maksud ayat² Al-Quran, dia akan berubah menjadi seorg yg beriman.

- ayat ini diturunkan dlm peristiwa Abdullah Ibnu Salam seorg paderi yahudi dia memeluk Islam di hadapan Rasulullah saw. Dia memohon dari Rasulullah supaya dibenarkan sedikit dari ayat kitab taurat dibaca dlm solat, kerana kitab taurat juga diturunkan dan diperintahkan oleh Allah. Turun Ayat ini (208 Surah Al-Baqarah) menegaskan bhw Islam telah sempurna dan tidak boleh ambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian.

- Surah Mumtahana Ayat 60:5 (klik sini
{ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".




No comments: