Saturday, August 6, 2022

Tadabbur Surah At-Tur Ayat 52:17 hingga 28

- us Hasnan Kassan kuliah Maghrib Jumaat 5-Ogo-2022

Nikmat² dalam syurga seperti dinyatakan dalam surah At-Tur ayat 52:17 hingga 24

{ إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّٰتٖ وَنَعِيمٖ }

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

Ayat 52:18 (klik sini)

{ فَٰكِهِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمۡ رَبُّهُمۡ وَوَقَىٰهُمۡ رَبُّهُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ }

Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

Ayat 52:19 (klik sini)

{ كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }

(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

(i) Rahmat Allah datang kerana amalan yg dilaksanakan. Rahmat tidak datang melayang tanpa melakukan amal ibadah.


Ayat 52:20 (klik sini)
{ مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ سُرُرٖ مَّصۡفُوفَةٖۖ وَزَوَّجۡنَٰهُم بِحُورٍ عِينٖ }

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Ayat 52:21 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖۚ كُلُّ ٱمۡرِيِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٞ }

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

- nikmat dlm syurga ie bertemu dgn zuriat (anak²) di sebutkan dlm ayat ke-21 ini.
- tidak semua org yg beriman dapat mengecapi nikmat syurga yg dinyatakan dlm ayat ke-21 ini.
- tanda iman adalah amal.
- ayat ini menegaskan ibu bapa yg melakukan amalan dan dituruti oleh anak² mereka lakukan amalan yg dilakukan, Allah akan temukan mereka (ie ibu bapa yg beriman) dgn anak² yg soleh.
- Dlm ayat ini difahamkan/diajarkan kpd kita sekiranya ibu/bapa berada pd tingkatan syurga yg tinggi, sementara anak berada di tingkatan syurga yg di bawah, maka mereka akan bertemu di tingkatan syurga yg tinggi. "Tidak menguranginya" maksudnya, yg telah berada di tingkatan syurga yg tinggi tidak akan diturunkan nikmat mereka untuk bertemu dgn ahli keluarga di tingkatan syurga lebih bawah.

Ayat 52:22 (klik sini)
{ وَأَمۡدَدۡنَٰهُم بِفَٰكِهَةٖ وَلَحۡمٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ }

Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

Ayat 52:23 (klik sini)
{ يَتَنَٰزَعُونَ فِيهَا كَأۡسٗا لَّا لَغۡوٞ فِيهَا وَلَا تَأۡثِيمٞ }

Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.

- "kaksan" = gelas dlm bentuk piala (yg spt gelas wine) 

Ayat 52:24 (klik sini)
{ ۞وَيَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ غِلۡمَانٞ لَّهُمۡ كَأَنَّهُمۡ لُؤۡلُؤٞ مَّكۡنُونٞ }

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

// Bermula dari Ayat ke-25 ini, sebab² diberikan nikmat kpd ahli syurga yg dinyatakan dlm ayat 17 hingga 24

Ayat 52:25 (klik sini)
{ وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ }

Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.

Ayat 52:26 (klik sini)
{ قَالُوٓاْ إِنَّا كُنَّا قَبۡلُ فِيٓ أَهۡلِنَا مُشۡفِقِينَ }

Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

- rasa cemas itulah yg menyebabkan kita akan sentiasa memerhati dan mengawas dan mengarahkan anak² utk taat dan patuh kpd perintah Allah. Ibu bapa yg tiada perasan cemas/takut terhadap anak² yg melalaikan perintah Allah atau melakukan kemaksiatan kpd Allah, mereka tidak dijanjikan nikmat syurga (merujuk kpd ayat ke-21). 

Ayat 52:27 (klik sini)
{ فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَىٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ }

"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.

- Rahmat Allah yg dimaksudkan adalah yg dinyatakan dlm ayat 17 hingga 24.

Ketakutan/Kerisauan ibu bapa dlm ayat ini dijelaskan dlm surah At-Tahrim Ayat 66:6 

Surah At-Tahrim Ayat 66:6 muka surat 560 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

- Jaminan syurga itu adalah dia (ie ibu bapa) prihatin kpd anak²nya/zuriatnya.

Surah Al-Furqan Ayat 25:74 muka surat 366 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا }

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Ayat 52:28 (klik sini)
{ إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلُ نَدۡعُوهُۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡبَرُّ ٱلرَّحِيمُ }

"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".

- aktiviti keluarga semasa hayat mereka (ie ibu bapa dan anak²)

- Doa Nabi Ibrahim as, baginda berdoa terhadap anak²/zuriatnya. 
Surah Ibrahim Ayat 14:40 (klik sini)
{ رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ }

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Sebagai anak ikuti doa Nabi Ibrahim as terhadap ibu bapanya. 
Surah Ibrahim Ayat 14:41 (klik sini)
{ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ }

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



No comments: