Monday, August 22, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:208 hingga 209

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 15-Ogo-2022

- Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:208 hingga 209

Ayat 2:208 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

- ayat ini diturunkan kpd kita, supaya ambil kesemua perintah Allah. Tidak ada panduan (hidup, politik, ekonomi, etc) selain dari Islam.

- setiap org Islam perlu menerima perintah Islam.  Namun pelaksanaan masih ada pengecualian.  Contoh seorg yg baru memeluk Islam,  dia perlu terima solat 5 waktu,  tetapi dari aspek pelaksanaan,  dia tidak dituntut utk terus bersolat. Dia perlu dibimbing/diajar tentang solat,  Al-Quran dll,  hingga lah dia boleh menunaikan solat. 

- iman itu ada 3 bhgn yg boleh diukur:
  1. Melafaskan melalui ucapan
  2. Menjiwai 
  3. Menterjemahkan dlm perbuatan (beramal dgn Islam) 
- syaitan menggoda kita dari sudut kelemahan kita.  3 "ta"  yg menjadi punca godaan syaitan:
  1. Wanita
  2. Harta
  3. Tahta (merujuk kpd kuasa/kedudukan) 

- perkataan berulang dlm ayat ini juga boleh ditemui dlm Surah Yunus Ayat 51 dan 90.
{ أَثُمَّ إِذَا مَا وَقَعَ ءَامَنتُم بِهِۦٓۚ ءَآلۡـَٰٔنَ وَقَدۡ كُنتُم بِهِۦ تَسۡتَعۡجِلُونَ }

Patutkah (kamu mengingkari azab itu), kemudian apabila ia menimpa kamu, kamu mengakui benarnya? (Sedang pengakuan pada masa itu tidak diterima bahkan dikatakan kepada kamu): "Sekarangkah baharu kamu mengakui benarnya, padahal sebelum ini kamu telah menunjukkan keingkaran dengan meminta disegerakan kedatangannya?"

{ ءَآلۡـَٰٔنَ وَقَدۡ عَصَيۡتَ قَبۡلُ وَكُنتَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

Ayat 2:209 (klik sini)
{ فَإِن زَلَلۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡكُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- jika diwakaf bacaan pada "fak la mu", maka "mu" di baca 2 harkat shj, bukan 5 harkat.

- Dlm ayat 209 ini Allah peringatan kpd kita jika masih lagi tergincir (tewas dgn godaan syaitan), setelah diberi peringatan,  Allah ancam kita bhw Allah Maha Kuasa,  Maha Bijaksana,  dan balasan/azab yg bakal menunggu amat dahsyat, tidak terbayang dek fikiran. 
  • Tinggalkan apa² perbuatan yg bertentangan dgn ajaran Islam,  juga yg melanggar perintah Allah. 








No comments: