Monday, August 1, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:203 hingga 207

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 1-Ogo-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:203 hingga 207

Ayat 2:203 (klik sini utk paparan ayat)
{ ۞وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ فِيٓ أَيَّامٖ مَّعۡدُودَٰتٖۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوۡمَيۡنِ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۖ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُمۡ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ }

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

- ayat ini ayat terakhir hal haji. 
- hari² tertentu yg dimaksudkan adalah hari² tasyrik
- di hujung ayat 203 ini, Allah peringatkan kpd jemaah haji yg sedang berkumpul di Mekah (bersama jemaah lain yg pelbagai bangsa, keturunan dan negara), seolah-olah atau melambangkan suasana perhimpunan manusia di Padang Mahsyar.

Ayat 2:204 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ }

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

- Dlm ayat ini merujuk kpd org munafik. Apbl mereka berkata-kata, berhujah mereka memetik ayat² Al-Quran bagi menunjukkan kepetahannya berbicara, hingga org yg mendengarnya tertarik dan terpengaruh dgn kata² yg disampaikan. 
- Dlm hati mereka org munafik, itu ada kebencian yg teramat sangat terhadap org Islam. 

Ayat 2:205 (klik sini)
{ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ }

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

- ke mana shj org ini pergi, dia sebenarnya hendak menjahanamkan tanaman, haiwan dan benda hidup (termasuk manusia). 
- org² munafik terpaksa berlakon (berpura-pura) hebat kerana pada ketika itu Rasulullah saw adalah pemimpin dan org munafik berada di bawah pemerintahan Islam. Org munafik sebenarnya penakut, bersifat talam dua muka. 

Ayat 2:206 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ }

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

- zaman sekarang susah kita nak labelkan seseorg itu munafik. Namun kita boleh katakan seseorg itu mempunyai ciri² org munafik. 
- org munafik apbl ditegur akan melenting kerana sekiranya dia seorg yg benar² beriman, mereka akan berterima kasih dan sedia membetulkan kesilapannya. 
- cerita² palsu dibalut/disadur dgn ugama (Al-Quran dan hadis), demi menjayakan hajat jahat utk memesongkan org Islam dari perkara sebenar. 
- cerita² palsu seperti seseorg yg mengaku wakil nabi, nabi baru, disulam dgn Allah, nabi-nabi dan rasul-rasul, demi kepentingan dirinya. 

Ayat 2:207 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ }

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

- ayat ini merujuk kisah Suhail bin Amr yg berhijrah ke Madinah. Suhail yg membawa bersamanya harta (hasil perniagaannya) sewaktu berhijrah ditahan oleh org² kafir Quraisy supaya berpatah balik atau meninggalkan segala harta yg dibawa. Alasan mereka harta kekayaan itu dikumpul hasil dari perniagaannya di Mekah. Suhail berkata ambillah harta yg dimaksudkan asalkan dia diberikan meneruskan perjalanan utk berhijrah ke Madinah. 
Apbl tiba di Madinah dia di sambut oleh Rasulullah dan org² Islam, dan Rasulullah memberi tahu dia bhw beruntunglah dia berniaga dgn Allah. 


Hukum tajwid - tanda "jim"
Jim di sini ie "Jaiz" bermaksud dlm ayat 203 dan 206 harus utk berhenti bacaan, atau harus juga berhenti bacaan di situ.



No comments: