Sunday, September 18, 2022

Iman Menimbulkan Pengharapan (Sambungan 2)

- us Mohamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Sep-2022

Iman Menimbulkan Pengharapan (Sambungan 2)

- kota Baghdad menjadi pusat pembelajaran/ilmu, banyaknya kajian berasaskan Islam dan Al-Quran. Ilmuan dari serta pelosok dunia termasuk kerajaan Rom/Kristian menuntut ilmu di Baghdad dan mencipta dan menempa nama dlm bidang mereka. Pada waktu kepesatan ilmu Baghdad dikatakan mempunyai sejuta penduduk, ramainya pengkaji ilmu dilahirkan dari tokoh² ilmuan Islam.

- org² bukan Islam mengkaji Al-Quran demi mencari kesalahan Al-Quran atau mencari punca utk mencaci Nabi Muhammad saw.
  1. tidak dinafikan ada org bukan Islam yg memeluk Islam setelah mengkaji Al-Quran, hadis, yg asalnya utk menghina Islam.
  2. hakikatnya kajian² yg berseterusan dilakukan oleh org² bukan Islam menghasilkan ciptaan.

- kata ustaz Yusof Al-Qardawi,
a) org Islam hari ini lemah kerana tidak mahu mencari ilmu, malah malas membaca sumber² yang sohih dgn merujuk Al-Quran, hadis dan kitab² penulisan. Sebaliknya mudah menerima tulisan² yg disebarkan melalui media sosial.

b) umat Islam perlu menguasai ilmu² dunia, tidak boleh berhenti dari membuat kajian ilmu dlm pelbagai bidang. Inovasi yg disumbangkan menjadi asas kpd penciptaan lain.

c) sekiranya para ilmuan tidak menghiraukan bidang ilmu dunia, maka org² bukan Islam akan menguasai ilmu dunia dan memaksa org² Islam menggunapakai bidang/ciptaan yg dicipta oleh org bukan Islam.

- Kita perlu ambil kesempatan utk memanfaatkan ilmu dunia, tuliskan, ceritakan, buatkan bahan² supaya ianya menjadi rujukan kpd org lain,  semoga dia mendapat hidayah dan terbuka hati utk menerima, memeluk,  mendalami Islam. 

Nota:
  • Siri kuliah sebelum ini (siri 1)


No comments: