Friday, September 2, 2022

Perintah Membimbing Anak Untuk Menunaikan Solat

-us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 2-Sep-2022

Perintah Membimbing Anak Untuk Menunaikan Solat

Surah Luqman ayat 31:16 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ }

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

- Luqman didik anaknya bukan dgn cara ugutan,  jangan buat itu, jangan buat ini, sebaliknya baginda mengajarkan bhw Allah cukup detail/terperinci hingga tiada suatu perkara yg tercicir. Jadi jangan sekali-kali lakukan kemaksiatan kerana ianya akan dihitung satu-persatu. 

- pesan Luqman kepada anaknya, supaya dirikan solat kerana solat membentuk jati diri. 

Surah Luqman ayat 31:17 (klik sini
{ يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ }

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

- jika kita hanya suruh anak² utk bersolat, tanpa kita  membimbing cara yang betul lakukan perbuatan, rukun solat, bacaan dlm solat, maka mereka membesar dgn tiada bimbingan mendirikan solat yg betul.
  • Ramai yg tidak tahu bersolat dgn cara yg sebetulnya. Mereka bersolat mengikut/meniru kawan². 

- zionis bersungguh-sungguh menjahanamkan remaja Islam agar mereka leka dgn pelbagai perkara yg melalaikan para remaja dari membaca Al-Quran, dan mendirikan solat. 

- Tuntutan/Suruhan Allah (kpd kita) supaya kita menyuruh anak² dan ahli keluarga utk mendirikan solat spt dlm surah Taha ayat 20:132

- Surah Taha ayat 20:132 (klik sini
{ وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقٗاۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ }

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

- Kita perlu bersabar membimbing anak² mendirikan solat dgn cara yg betul. Perlu istiqamah membimbing mereka, mungkin selepas beberapa ketika mereka ikut cara kawan bersolat,  maka kita perlu tegur dan membetulkan semula cara mereka bersolat. 

- dalil perintah kpd kita utk membimbing anak² lakukan solat dgn cara yg betul, dlm Surah At-Tahrim ayat 66:6 (klik sini

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

- Perintah ke atas kita:
  1. menyuruh anak² mendirikan solat,  dan membimbing mereka cara mendirikan solat. 

- anak² yg berumur 7 tahun,  perlu dibimbing mendirikan solat. 
- anak² yg berumur 10 tahun dan tidak bersolat, kita wajib denda/rotannya. 

Video: Praktikal cara mendirikan solat (YouTube <-- klik) 



No comments: