Tuesday, September 27, 2022

Kenapa Kita Perlukan Nabi dan Rasul?

- us Abdull Rahman bin Mahmood kuliah Suboh Sabtu 24-Sep-2022

Kenapa Kita Perlukan Nabi dan Rasul?

- hadis: Suwaid bin 'Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah memberitahukan kepada kami dari Ma'mar dan Yunus dari Az Zuhri bahawa Urwah bin Az Zubair memberitahukan kepadanya bahawa Al-Musawwar bin Makramah memberitahukan kepadanya bahawa Amr bin Auf iaitu orang yang mempunyai ikatan sumpah dengan Bani Amir bin Luayy, dia ikut perang Badar beserta Rasulullah SAW memberitahukan kepada ku bahawa Rasulullah SAW mengutus Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, kemudian dia datang dengan membawa wang dari negeri Bahrain. Para Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah lalu mereka melaksanakan solat Subuh beserta Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW selesai mengerjakan solat, maka beliau pulang lalu mereka menghadap beliau, kemudian Rasulullah tersenyum ketika melihat mereka, kemudian beliau bersabda :"Aku yakin kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dengan membawa sesuatu". Mereka menjawab :"Tentu wahai Rasulullah". Beliau bersabda :"Bergembiralah atau berangan-anganlah dengan apa yang telah menyenangkanmu. Demi Allah bukanlah kekafiran yang aku khuatirkan atasmu, tetapi aku khuatirkan atas kamu bahawa dunia dibuka lebar atasmu sebagaimana telah dibuka lebar atas umat sebelum kamu lalu kamu bersaing memperolehnya sebagaimana mereka bersaing memperolehnya lalu dunia mencelakakanmu seperti telah mencelakakan mereka". Hadis ini hadis sahih. (Sunan al-Tirmizi)

- apa perlunya Nabi kepada kita?
Setelah kita yakin kpd Tuhan, maka kita perlu adanya Nabi utk mengetahui dan memahami amalan yg diterima oleh Tuhan.

Dlm kitab As-Syamail, imam At-Tirmizi meriwayatkan berkenaan pemakanan Rasulullah saw.
  • Makanan: nabidz, madu, susu dan cuka
  • Bijirin: barli dan gandum
  • Buah-buahan: tembikai, timun, labu, kurma dan zaitun.
  • Minuman: air sejuk dan manis, susu dan air zamzam
  • Daging: kambing, ayam, ayam turkey
  • Tenusu: susu dan keju
- bagaimana kita nak menjadi org yg bertaubat kpd Allah? Kata imam Ghazali:
  • Kita perlu kenal siapa kita dan kehambaan kita kpd Allah.
  • Jika kita buat dosa kita tidak akan terlepas dari balasan dan azab Allah
  • Kita merasa takut akan kemurkaan Allah. 

Ringkasnya, kita perlukan Nabi dan Rasul:
1. Nabi ajar kpd kita kehidupan berugama. Nabi² dan Rasul diutuskan kpd manusia utk membimbing manusia mengenali Allah dan menghambakan diri kpd-Nya.

- hadis:

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.( رواه البخاري

Daripada Abu Hurairah ra bahawa ada seorang lelaki ( Abu Darda ) telah berkata kepada Nabi SAW: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda : “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “ Jangan marah”. ( Hadith riwayat al-Bukhari)

- jika nak melihat kpd ugama yg benar, lihat lah kpd ajarannya.

2. Menjelaskan tentang akhlak

3. Mengajarkan hal-hal ghaib

4. Memandu cara kita berfikir


No comments: