Friday, September 16, 2022

Isu Berkaitan Harta Pusaka

- kuliah Suboh Jumaat 16-Sep-2022

Isu Berkaitan Harta Pusaka

Apbl berlaku kematian, maka akan ada harta yg ditinggalkan oleh si mati yg menjadi harta pusaka, yang perlu diuruskan.

Surah Al-Anbiak ayat 21:35 (klik sini utk paparan ayat)
{ كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةٗۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ }

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Surah An-Nisa Ayat 4:29 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا }

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

- Dlm ayat ini, amaran jangan makan harta itu meliputi makan harta adik-beradik (waris si mati) disbbkan kita tidak tahu cara pembahagian, kiraan bhgn, atau harta² yg termasuk dlm bidang harta pusaka. Mungkin juga kerana kita buat andaian adik-beradik yg masih di kecil tidak perlukan wang pembahagian yg banyak.

Surah An-Nisa Ayat 4:10 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرٗا }

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

- Jika berlaku kematian dan harta anak yatim tidak diuruskan dengan cara yg betul maka berlaku kezaliman ie makan harta anak yatim dan atau makan harta adik-beradik.
  1. di Malaysia takrif anak yatim adalah seorg anak yg masih di bwh umur 21 tahunyg kematiah bapanya (si mati). 
  2. dlm hukum fekah, disyaratkan supaya diuji "kecerdikan" anak² si mati dlm menguruskan harta, sebelum harta pusaka itu diserahkan kpd mereka utk diuruskan sendiri. Sekiranya anak² si mati masih belum berumur 21 tahun maka pemegang amanah perlu menjaga dan menguruskan harta anak² yatim dgn cara yg baik. Namun dia boleh lakukan pengeluaran wang menggunakan harta itu utk keperluan kehidupan, pelajaran anak² si mati. Tahap kecerdikan bukannya aqil baligh.

- Islam menggalakkan pembahagaian harta pusaka awal, ie tidak menangguhkan urusan pembahagian harta. Banyak kes dimana pembahagian harta tidak dapat dilakukan kerana waris telah meninggal dan anak kpd waris yg telah meninggal tidak ditemui, atau sukar mendapat persetujuan kerana bilangan yg terlibat dlm urusan agihan menjadi besar dan merumitkan keadaan.
  1. urusan pembahagian harta tanah di Malaysia mengambil masa sekitar 4 1/2 bulan.
  2. waris sentiasa berubuah, kelewatan pembahagian harta pusaka menjadi rumit apbl ada waris yg meninggal. Jika waris yg meninggal itu mempunyai anak maka proses pembahagian harta melibatkan ahli yg lebih besar (dgn pertambahan anak² waris yg telah meninggal).
  3. tempoh masa pengurusan harta pusaka itu bergantung kpd saiz keluarga.
  4. tiada kaitan bhw roh tersiksa jika lewat lakukan pembahagian harta pusaka.
  5. kebiasaanya waris yg menuntut diuruskan harta pusaka kerana mereka memerlukan bhgn harta pusaka utk keperluan kehidupannya.
- Apa itu harta pusaka?
Ditakrifkan sebagai suatu harta yg di tinggalkan oleh si mati yg menjadi miliknya sewaktu hidup yg kekal sewaktu dia meninggal. Harta yg bernilai dari hukum syarak yang ada pemiliknya, maka ia adalah harta pusaka.
  1. harta tanah yg mana tanah yg telah dijual atau masih dlm proses penjualan walaupun nama si mati masih ada dlm geran tanah, adalah bukan harta pusaka. 
    • Ini termasuk juga kes dimana nilai penjualan harta tanah adalah di bawah harga pasaran. Dlm kes ini penjualan oleh si mati kepada pembeli adalah sah. Ahli waris tiada hak untuk menuntuk hak milik tanah yg telah dijual oleh si mati (yg kini dlm proses penjualan atau terlah terjual).
  2. pengagihan brg² pakaian si mati perlu mendapat persetujuan ahli waris. Syarat utk lakukan sedekah adalah harta sendiri.
    • Adalah lebih baik dilakukan penilaian terhadap barangan si mati kemudian setelah dipersetujui nilai harta utk agihan pusaka, maka barulah barang milik si mati disedekahkan/diserahkan kpd org. Wang nilaian barangan itulah dijadikan harta pusaka utk diagihkan kpd waris.
  3. syarat utk beri persetujuan agihan harta pusaka adalah waris telah aqeel baligh.
  4. harta saham (contoh akaun Central Depository System CDS) yg patuh syariah sahaja yg termasuk dlm harta pusaka.

Isu tabung kutipan selepas sesuatu kematian:
- Contoh di suatu pejabat: Apbl si mati meninggal maka satu tabung dibuka oleh pejabat tempat kerja atas nama isteri si mati.
  • Maka jumlah kutipan tabungan itu tidak termasuk harta pusaka, dan tiada hak kpd lain² waris, kerana niat (tujuan) tabung itu adalah utk isteri (membantu isteri si mati) dlm urusan kehidupannya selepas kematian suaminya. 
  • Jika tabung tadi dinamakan kpd "keluarga si mati", maka ianya utk kegunaan isteri dan anak² si mati.
  • AJK yg menguruskan tabung kutipan perlu menjelaskan tujuan kutipan (sumbangan) dan kepada siapa yg ditujukan, agar tidak timbul isu penggunaan wang kutipan itu.
- Wang sumbangan dari badan khairat kematian tidak termasuk dlm harta pusaka utk agihan kepada waris. Namun lebihan dari wang khairat itu boleh digunakan oleh ahli waris (contoh isteri atau anak si mati) utk kegunaan jamuan/kenduri arwah, byrn bil, dan sebagainya. 


Isu suami hilang dalam tempoh yang lama:
- Mazhab Syafie meletakkan tempoh empat (4) tahun bagi kiraan sorg suami itu hilang. Malaysia menggunapakai tempoh 4 tahun utk tempoh suami yg hilang. 
  • Maka masuk tahun ke-lima isteri boleh memfailkan kematian suami (yg telah hilang) bagi tujuan kiraan edah, dan juga utk lakukan pembahagian harta pusaka.

- Hilang itu boleh ditakrifkan seorg yg hilang tanpa khabar berita, dan timbul syak bhw dia telah meninggal dunia.


No comments: